Wednesday, April 1, 2009

BERWASPADALAH WAHAI WANITA MELAYU


Fenomena wanita Melayu minat mat asing

APA pun kisah di sebalik kejadian seorang janda dirogol oleh Mat Afrika yang menyewa bilik di rumahnya di Kuala Lumpur beberapa hari lalu, satu perkara yang jarang difikirkan sejak ketibaan orang asing dari zaman penjajah Portugis dan British ke Tanah Melayu ialah 'pengorbanan' besar atau dengan lain perkataan musibah yang menimpa ramai wanita Melayu.

Ini kerana umat Melayu dari dulu hingga sekarang masih cuba menjadi masyarakat Islam yang baik, yang mana antara rukun-rukun kemasyarakatan ialah melindungi kaum wanitanya daripada fitnah dan segala jenis bahaya.

Oleh sebab ketiadaan budaya perlindungan ini ditambah pula dengan faktor-faktor kemiskinan maka dari zaman Portugis dan British lagi, wanita dan gadis Melayu bebas bergaul dan berinteraksi dengan orang asing.

Selain daripada kaum Cina dan India yang tiba selepas orang Portugis dan British keluar, maka wanita Melayu bertembung pula dengan pelbagai 'Mat' dari seluruh dunia hasil dasar membuka negara ini kepada pelabur dan pelancong asing.

Di zaman Portugis ramai perempuan Melayu dikahwini oleh askar-askar Portugis dan hasilnya ialah sisa-sisa masyarakat Portugis di Melaka sekarang hasil daripada perkahwinan itu.

Oleh kerana pihak berkuasa Islam tidak punya taring untuk melindungi wanita Melayu maka mereka dengan senang meninggalkan Islam.

Di zaman British juga ramai wanita Melayu bekerja dengan 'tuan-tuan' British, tinggal di banglo-banglo besar di ladang-ladang getah dan ramai juga yang menjadi perempuan atau isteri tidak rasmi 'Mat Salleh.'

Kalau disingkap kisah-kisah sejarah penjajahan bangsa Eropah, ketibaan bangsa-bangsa asing yang menjanjikan hidup lumayan pasti akan menawan hati wanita setempat.

Paling ketara sekali ialah kebanyakan penduduk kulit hitam Amerika Syarikat sekarang adalah hasil hubungan antara tuan-tuan kulit putih dengan wanita-wanita Afrika yang diculik dan dibawa ke Amerika. Mereka yang cantik bekerja di dalam rumah dan menjadi tempat pemuas nafsu tuan-tuan kulit putih.

Jadi wanita Melayu juga terpaksa menjalani nasib yang serupa lebih-lebih lagi sejak 20 tahun lalu apabila Malaysia terpaksa mengimport pekerja-pekerja asing seperti Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Nepal dan negara-negara lain.

Selain daripada itu pelabur-pelabur asing juga membanjiri negara ini yang menjanjikan suasana pelaburan yang terbuka dan pekerja-pekerja (wanita Melayu) yang bergaji murah.

Maka berpuluh ribu wanita Melayu keluar dari kampung untuk bekerja di kilang-kilang pelabur asing dan berinteraksi dengan bos-bos yang kebanyakannya orang asing ataupun orang Cina dan India yang menjadi penyelia mereka.

Kalau dulu wanita Melayu berinteraksi dengan Cina dan India yang kadang-kadang terjadi juga kisah-kisah sedih, maka sekarang wanita Melayu terpaksa pula berinteraksi dengan pendatang baru seperti bangsa Indonesia, Afrika, Bangladesh, Pakistan, Vietnam dan Nepal.

Kalau di kilang ada wanita Melayu yang tertarik atau ditipu oleh Mat Indonesia, Mat Bangladesh dan Mat Pakistan, jadi tidak menghairankan ramai juga wanita Melayu yang ditipu melakukan jenayah oleh Mat Afrika, Mat Iran dan sebagainya.

Setakat ini sudah ramai wanita Melayu yang meringkuk di penjara-penjara negara asing setelah ditangkap membawa dadah, sama ada diperalatkan oleh teman-teman lelaki asing atau pun berbuat demikian dengan pengetahuannya sendiri.

Di samping itu ada juga wanita Melayu yang jatuh cinta dengan mat-mat asing ini yang berakhir dengan perceraian dan kemudian bertarung di mahkamah mendapatkan hak penjagaan anak yang melibatkan budaya dan kuasa mahkamah yang berlainan.

Sekarang kelihatan ramai Mat Afrika di Kuala Lumpur yang rata-ratanya datang dari negara-negara yang jauh lebih miskin dari Malaysia.

Seorang yang saya 'tangkap' sedang mengurat gadis Melayu di KLCC terang-terang menyatakan bahawa dia sedang mencari gadis Melayu untuk dikahwini kerana dia mahu menetap di negara ini.

Dalam menghadapi fenomena ini, ramai juga wanita Melayu yang mula berfikiran terbuka dan lebih suka mendapatkan mat asing termasuk wanita Melayu yang berjaya dalam bidang hiburan dan media kerana bagi mereka this is the way forward atau inilah cara hidup masa depan.

Tetapi rata-rata wanita Melayu yang tidak tahu dan tidak sempat membuat pertimbangan berhemah apabila berdepan dengan mat asing yang bermulut manis dan pandai mengambil hati ini.

Akhir kata, persoalan ini patut dijadikan persoalan politik yang perlu dikaji oleh Wanita dan Puteri UMNO dan UMNO seluruhnya kerana selain daripada dasar-dasar pelancongan yang terlalu terbuka, persoalan wanita Melayu berinteraksi dengan orang asing perlu juga diambil tahu kerana ia melibatkan maruah Melayu, maruah negara.

Lebih-lebih lagi kalau wanita Melayu dipermainkan dan diperdaya oleh lelaki asing.

SAAD HASHIM

Ampang, Selangor


Putrakencana :

Kepada gadis-gadis Melayu beringatlah sebelum nasi menjadi bubur, fenomena ini seharusnya di kengkang dari terus merebak. Gadis Melayu sangat mudah dengan tutur kata manis warga asing ini. Telah ramai anak gadis kita merengkok di dalam penjara di seluruh dunia kerana tertipu dengan sindikit pengedaran dadah.

Gadis di bawa lari kekasih ke negara mereka pun ada. Mereka hidup merempat disana.

Banyak kes telah berlaku, jadi beringatlah wahai gadis/ wanita Melayu Malaysia.

Kepada Ibu bapa, pantaulah aktiviti anak gadis kita supaya mereka tidak terjebak dengan perkara ini.

Kepada pihak berkuasa tempatan, perhebatkanlah tangkapan di atas pasangan yang bersedudukan dengan warga asing ini.

Pilihlah anak tempatan dari memilih warga asing ini.

2 comments:

  1. Alhamdulillah,terjumpa pula blog ni,teringat balik nostalgia hampir 8 tahun sya belajar dipakistan dulu,tntang isu perkahwinan rakyat kita dgn pakistan ni mmg hot dan wujud sejak dulu lagi,sya sempat berjumpa wanita kita yg kawin pakistan ni bkn dinegara kita je bahkan disana juga,rasanya dah boleh buat buku tapi sya tak pandailah nk mengarang,bab kawin ni kita kena ingat,ada 2 situasi dlm hal ini,1 situasi di sini dan 1 disana,bnyak kisah yg tak dpt nk sya utarakan disini,kpd mereka yg ingin bertanya atau berkongsi pengalaman dgn sya yg lemah dan daif ni boleh lah email ke uzairku@gmail.com,kpd warga pakistan yg berkahwin dgn warga malaysia, apa yg sya nk katakan disini ialah 'jo allah taala ne apa ko shahdi ata permaya he,isi se hefazat karo,khianat or zulum na karo,ye hamara watan he,hamara aurat he,naram wali he,'
    (warga kita ditipu lagi)

    ReplyDelete
  2. Sy berkahwin dgn warga indonesia... Alhamdulillah semuanya baik... beriman, bertanggungjwb, solat 5 waktu... baik budi bicara. Semua tu adalah MAT INDON WARGA ASING yg admin bicarakan tu... jgn hanya pndg yg jahat... ramai jgak yg baik kdg2 lagi baik dri bgsa melayu kita... nasib la... bukan xde org melayu kwin sama melayi isteri kna pukul... kena tinggal... kena bunuh... ade jer kan... jdi admin mntak jasa baik jgn provoke la bnda2 mcm ni... bukan semua org kwin cmpur ni nak kerakyatan... suami sy pon ada ckp... klu x dpt kerakyatan pon x heran... kita bkn duduk lama pon kat dunia nt... nak masuk syurga pun x pakai kad pengenalan katanya... yg pntg Allah tgok amalan kita... jgn terlalu racist ye admin... isu ni terlalu sensitif utk dbicarakan... klu dah jodoh... garam di laut asam didarat la admin.. semua tu ketentuan Allah yg x dpt kita lari

    ReplyDelete