Sunday, April 5, 2009

UMAT ISLAM, ANDA FIKIRLAH SENDIRI



PMS, BBPM kutuk Kor Ming persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 5 April - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mempersendakan ayat suci al-Quran semasa mengadakan ceramah di Bukit Gantang, Perak, malam tadi.

Presidennya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, Kor Ming wajib meminta maaf secara terbuka terhadap perbuatannya itu yang merupakan penghinaan terbesar kepada umat Islam bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia.

Beliau menegaskan, bagaimana mungkin Kor Ming yang langsung tidak beriman dan mempercayai Allah adalah tuhannya dengan sewenang-wenangnya membaca al-Quran demi agenda politiknya.

"Perbuatan ini cukup melampau, satu penghinaan kepada umat Islam, GPMS mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya, kami mahu beliau meminta maaf kepada seluruh umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reezal Merican mengulas tindakan Kor Ming yang membaca al-Quran dalam ceramahnya dengan tujuan bagi meraih sokongan orang Melayu.

Difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Sementara itu di Taiping, Perak, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan tersebut dibuat oleh Presiden BBPM, Osman Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada pukul 6.30 petang ini.

Beliau berkata, ini bukan kali pertama ADUN berkenaan mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran tetapi sudah banyak kali dilakukannya bagi meraih sokongan orang Melayu.

"Ini satu penghinaan kepada orang Islam dan kami menuntut Kor Ming meminta maaf kepada seluruh umat Islam.

"Kami juga minta beliau berhenti berkempen menggunakan ayat al-Quran kerana bacaannya bukan sahaja tidak betul malah beliau menyebut ayat yang dibacanya dari 'Surah Aura' yang tidak wujud dalam al-Quran, tetapi yang ada surah al-A'raf," katanya kepada pemberita di pekarangan IPD Taiping di sini hari ini.

"Kalau orang bukan Islam boleh mempersendakan ayat suci al-Quran, hina sangatlah kita kerana bertolak-ansur selepas Raja Melayu dan hak-hak istimewa orang Melayu dipermainkan.

"Lebih dikesalkan, ada orang Islam yang hadir pada ceramah itu bertepuk tangan dan bersorak gembira selepas Kor Ming membaca ayat al-Quran walaupun salah," ujarnya.

Katanya, Kor Ming boleh membaca al-Quran kalau dia memeluk Islam atau pun untuk tujuan pembelajaran perbandingan agama.


Putrakencana :

Tak perlulah ulas panjang-panjang. Anda fikirlah sendiri betapa begitu mudahnya mereka memperlekehkan kita Umat Islam dan Umat Melayu.

5 comments:

  1. Assalamualaikum anakku,

    Mak Cik pun tak faham mengapa ada juga orang Melayu Islam yang masih kata TIDAK MENGAPA si DAP ini gunakan ayat suci Al-Quran dalam kempen Politik meraih undinya.

    Kita TIDAK melarang kalau mereka mahu mendalami Islam dan mengkaji Al-Qur'an secara tertib untuk tujuan Ilmiah. Islam memang untuk semua. Ini semua orang tahu.

    Tapi dalam konteks DAP ini, (Mak Cik pun tak mahu tahu siapa nama dia) Dia jelas MENGGUNAKAN ayat ini untuk tujuan Pancing Undi.

    Tidakkah ini menghina kesucian Ayat suci Al-Qur'an dan terang terang dalam tv tu, Si Lim Guan Eng tersengih-sengih mungkin geli hati mendengarnya?

    Maka Mak Cik pun tergaman dan rasa terlalu dihina dan terus blog,tapi ramai pula yang MENYOKONG si DAP tu.

    Bayangkan Apa dah jadi dengan Melayu sekarang??

    Adakah DAP fikir semua orang Melayu boleh diBonekakan macam mereka buat pada Nizar??

    Sedih, Pelik dan Ajaib, ramai yang masih tak sensitif akan hal ini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Mak Cik yang saya ingati,

    Teman pun merasa terhina dan marah bila mendengar dan melihatnya. Ia satu penghinaan yang tidak sepatutnya disokong oleh Nik Aziz dan pengikut-pengikutnya yang buta mata dan buta hati itu.
    Apalah nak jadi dengan alim ulama Pas ini yang sanggup bersedudukan dengan kafir laknat DAP ini.

    Demi untuk mendapatkan undi Rakyat, mereka sanggup mengadaikan maruah Islam dan Melayu.

    Sungguh sedih rasanya.

    Semoga Allah akan membuka hati mereka kembali.

    ReplyDelete
  3. kalau dia baca al-Quran tu tidak betul, maka perbetulkan lah dia...

    sekurang²nya dia mencuba utk membaca al-Quran..bukan dia ambil drp kitab Injil, Taurat atau Zabur?...

    setengah² drp pemimpin UMNO yg mengaku ISLAM pun tidak ada membaca ayat Quran dlm ucapan mereka...

    tidak kah kita sedar bahawa ramai org yg bukan Islam sebelum ini memeluk Islam setelah mereka membaca dan mengkaji ayat-ayat quran?

    ReplyDelete
  4. PAS memang laknat sebab sanggup berkawan dengan DAP laknat. Saya setuju UMNO berkawan dengan MCA sebab MCA sokong Islam. MCA tak pernah hina Islam. MCA sentiasa jaga perasaan umat Islam. MIC dan Gerakan pun sama.

    Saya sokong UMNO sebab UMNO pejuang Islam tulen. Saya tak kisah walau pun isteri pemimpin negara dan pemimpin BN + wanita-wanita UMNO tak pakai tudung sebab tutup aurat bukannya wajib pun.

    Saya sokong UMNO walau pun UMNO membenarkan industri judi dan arak berkembang pesat sebab kedua-duanya mendatangkan hasil kepada negara. Saya tak kisah walau pun ada pemimpin-pemimpin UMNO miliki saham dalam syarikat judi sebab biasa la zaman moden. Kalau itu perniagaan yang boleh untung, apa salahnya.

    Saya sokong UMNO high-lightkan isu Nga baca ayat Quran ini sebab dengan cara itu kita boleh dapat tambahan undi orang Melayu. Saya tetap sokong mainan ini walau pun sebenarnya pemimpin bukan Islam komponen BN pun buat perkara yang sama. Saya ada rakaman video ucapan Datuk Seri Samy Velu dan Datuk Seri Lim Kheng Yeik berucap menyebut ayat Quran malah mentertawakannya. Kalau makcik dan pKencana nak video tu, saya boleh kirimkan. Tapi kita kena diamkan saja hal itu, takut nanti pembangkang laknat gunakan pula untuk hentam kita.

    HIDUP UMNO !!!

    ReplyDelete
  5. Org melayu/islam pun baca al Quran xbetul apatah lagi bukan melayu/islam. jom lepas ini kita bunuh je sesiapa sahaja bukan islam yang berani membaca petikan ayat-ayat suci alquran. sesiapa bukan islam yang membaca alquran dan terjemahannya tidak boleh dimaafkan. dengan cara ni je kita dapat halang islam berkembang.. aduh... tolong jgn politik sgt dalam berfikir. sedar la korang, kita halang bukan islam baca@fahami@ dekati alquran samalah kita halang agama allah berkembang. tolong la ... ingat sikit alquran diturunkan utk semua manusia bukan utk melayu/islam sahaja. Allah itu tuhan sekalian alam bukan tuhan org melayu/islam je. tolong la faham... umat melayu yang makin jumut hoi... berfikirla utk islam bukan utk UMNO, bukan utk PAS, bukan utk melayu, kita ni hamba allah, berfikirla demi agama allah..

    ReplyDelete