Wednesday, April 8, 2009

KEKECEWAAN SEORANG YANG DIPANGGIL IBU


SAYANGILAH BANGSAMU

Salam pada anak-anak semua,

Terima Kasih pada komen-komen anda. Banyak yang Mak Cik pelajari darinya InsyaAllah.

Pada anda yang sayang pada DAP ini adalah hak anda.
Baguslah..

Memang Mak Cik tak salahkan kamu semua sebab 'darah muda' dan belum merasai pahit maung hidup seperti yang pernah Mak Cik lalui. Belum tahu siapa mereka sebenarnya, belum kena lagi.

Darah Muda memang mudah terpedaya. Kamu generasi senang, lahir lahir semua sudah ada. Mak Cik lahir dan membesar dalam suasana berbeza. Naik bas dari Seremban ke KL pun masa itu memakan masa berjam-jam.

Mak Cik dah rasa 13hb May 1969. Ramai Orang Melayu yang tua bangka macam Mak Cik ni sekarang pun dah lupa pada tarikh ini dan taboo pula kalau menyebutnya tambahan yang baik dengan DAP. Kalau Mak Cik sebut pun mesti dilempari kata kata Mak Cik ni racist. Racist tu maknanya orang yang ada sifat Perkauman. Sayang pada Bangsa dia sahaja.

Mak Cik mengaku memang Mak Cik sayangkan Bangsa Melayu. Adakah ini salah? Dan Mak Cik rasa hubungan Mak Cik dengan MCA atau DAP atau Cina dalam Gerakan biarlah ada batasannya. (Cina dalam PKR langsung aku tak percaya). Kalau MCA pun yang buat macam si DAP tu pun Mak Cik akan marah juga. Malah siapa sahaja.
Kebetualan masa kempen tu si DAP tu yang buat.

Ada yang kata sayang pada Melayu sahaja Haram sebab Assobiyah. Ianya Haram jika kita sayang pada Bangsa kita tanpa peduli langsung pada bangsa lain sekeliling kita. Mustahil kalau jiran kita dari bangsa lain minta tolong kita tak tolong kerana dia Cina India atau Bengali.

Tapi dalam hal lain mestilah kita utamakan Bangsa kita sendiri. Ini biasa, Naluri kurniaan Illahi. Setiap Bangsa sayangkan bangsanya sendiri. Bela bangsanya sendiri. Ada yang tak kena kalau seseorang itu tidak ada kasih pada bangsanya.

Sekarang ini macam macam yang pelik pelik berlaku. Rasa macam banyak yang tidak kena. Sedih rasanya orang Melayu pandai pada yang Salah.

Pandai Fitnah, Pandai menghasut, Pandai Maki Hamun, Pandai Mencarut, Pandai mengadu domba, Pandai Dengki, Pandai segala yang tidak baik. Pandai terbaring tengah jalan..ini mereka ikut style Tian Chuah tapi Tian Chuah (yang sekarang senyap sejak kes dia hot wartawan tanya ia pasal Eli dulu) tidak baring atas jalanraya dia duduk sahaja.

Panjang Umur kita tengoklah nanti apa perkembangan pada Malaysia khasnya orang Melayu. Memang susah jadi Pemimpin Orang Melayu sebab orang Melayu susah sangat hendak bersyukur berTerima Kasih.

Buatlah baik macam mana pun, silap sikit diingat, dikenang, diungkit sampai bila bila. Tak boleh salah langsung. Mereka mahu Pemimpin bersih tetapi mereka sendiri tidak bersih. Bergelumang dosa memaki hamun dan fitnah maharajalela.

Semoga Pemimpin Negara sekarang ada kekuatan Jasmani dan Rohani untuk tugasan berat yang menanti.

Ikhlas dari :

melayuangkat.blogspot.com

3 comments:

  1. apa heran nizar menang. bukan boleh ambil alih kerajaan pusat pun. Pas memerintah dengan kelebhan 1 undi pun tak ada pun dia orang sibuk Jadi simple majoriti pun menang juga. Teruskan perjuangan anda. jangan berputus asa. Penghuni Gua

    ReplyDelete
  2. biasala tu...zaman sebelum masihi pun dah pernah berlaku....tapi kita kena fikir sendirila..tuhan dah bagi akal fikiran kat kita..

    ReplyDelete