Wednesday, December 1, 2010

MARUAH TERGADAI, BANGSA MENDERITA DI TANAH AIR SENDIRI JIKA ........




Maruah tergadai, bangsa menderita

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengingatkan raja-raja Melayu supaya berhati-hati dengan 'Si Kitol' yang didakwanya bermuka-muka mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu.

Sebenarnya tidak sukar mengenali 'Si Kitol' yang beliau maksudkan itu. Mereka adalah orang yang menolak ketuanan Melayu kerana raja-raja adalah sebahagian daripada ketuanan Melayu itu sendiri.

Khalid tidak perlu berselindung di sebalik kepura-puraan itu kerana beliau adalah sebahagian daripada mereka yang menolak ketuanan Melayu itu.

Khalid harus sedar ketuanan Melayu itulah juga yang meletakkan kedudukan beliau dari seorang kampung menjadi kaya raya hasil daripada dasar kerajaan yang bertunjangkan ketuanan Melayu.

Elok sangatlah kalau Khalid Ibrahim menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya, Wan Azizah dan Azmin Ali supaya jangan menjadi 'Si Kitol' yang memporak-perandakan bangsanya dengan menolak ketuanan Melayu.

Azmin mahu berperang habis-habisan untuk menghapuskan ketuanan Melayu. Adakah beliau sedar dengan penghapusan itu maka hak-hak orang Melayu yang dilindungi perlembagaan akan turut terhakis?

Mungkin beliau boleh berlagak sombong kerana beliau juga sudah kaya-raya yang tidak lagi memerlukan ketuanan Melayu. Tetapi bagaimana dengan bangsa Melayu termasuk Melayu di dalam PKR yang masih memerlukan pembelaan?

Saya masih tidak dapat membayangkan bagaimana jadinya orang Melayu jika PKR memerintah kerana hak ketuanan Melayu sudah tidak ada lagi. Dengan apa orang Melayu mahu menuntutnya?

Orang-orang Melayu dalam PKR patut memikirkan hal ini dengan fikiran yang waras. Bukan bertepuk tangan apabila Anwar, Wan Azizah dan Azmin berucap mahu menghapuskan ketuanan Melayu.

Mengapa orang Melayu dalam PKR begitu gembira bila pemimpinnya berkata ketuanan Melayu wajib dihapuskan? Semoga Tuhan membuka hati mereka. Bersoraklah secara rasional.

Ingatlah jangan menang sorak, kampung tergadai. Tanpa ketuanan Melayu masa depan anak cucu cicit kita akan menanggung derita. Jangan memikirkan kepentingan politik jangka pendek hingga sanggup membuang apa yang menjadi hak kta.

Hendak berpolitik biarlah ada kewarasan dan rasional. Jangan gadaikan maruah bangsa sendiri semata-mata kepentingan diri walaupun seperti kata Azmin beliau sanggup dianggap sebagai pengkhianat bangsa. Begitu sekali bencinya beliau kepada ketuanan Melayu.

Beliau seorang memang tidak rugi apa-apa termasuk Anwar dan Wan Azizah. Tetapi bagaimana dengan bangsa Melayu seluruhnya? Mereka akan merempat di tanah air sendiri. Segala-galanya tidak berguna. Ambillah iktibar daripada peristiwa 13 Mei.

Jadi memang patut sangat Khalid Ibrahim bimbang dengan kewujudan 'Si Kitol' yang sebenarnya ada di dalam rumahnya sendiri dan 'Si Kitol' inilah yang akan menendang beliau keluar. Kalaulah mereka sanggup menendang bangsa sendiri, apalah sangat Khalid.

M. HANAFIA A. SAMAD

Muar, Johor

Thursday, October 21, 2010

HAK MELAYU TIDAK BOLEH DIGUGAT


‘Hak Melayu tidak boleh digugat’

Oleh MARHAINI KAMARUDDIN
pengarang@utusan.com.my



Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin bergambar dengan Ahli Majlis Tertinggi parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, semalam. – Bernama

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu tidak boleh digugat sama sekali kerana ia dilindungi sepenuhnya di bawah peruntukan yang ‘terkunci kemas’ dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO dalam ucapan dasarnya menerangkan secara panjang lebar mengenai teras kontrak sosial nasional yang telah dimuafakati oleh bapa-bapa pengasas mewakili semua kaum di ambang kemerdekaan negara.

Menurut beliau, perkara-perkara yang dimuafakati itu termaktub jelas dalam artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 152 tentang bahasa kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi soal rizab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran majlis yang dianggotai sembilan orang raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit-pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dimulakan dengan dua firman Allah dari surah al-Baqarah dan a-li Imran, ucapan bertajuk Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran yang disampaikan dalam nada serius itu berjaya memaku para perwakilan dan pemerhati selama satu setengah jam untuk sama-sama menghayati isi hati dan wawasan perjuangan beliau.

Perdana Menteri mahu semua pihak memahami dan mengetahui bahawa pindaan terhadap artikel-artikel itu tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan.

Malah tambahnya, undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan dan kedaulatan yang diperuntukkan itu.

Hikmah di sebalik peruntukan yang meletakkan perkara-perkara itu di luar daripada forum perbincangan, katanya, adalah untuk mengelak perbahasan yang dibimbangi akan membangkitkan keresahan dan mengapi-apikan sentimen perkauman berasaskan naluri etnik (primordial instinct).

“Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, sekiranya naluri asal yang wujud tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabii manusiawi itu sendiri,” katanya.

Najib memberi contoh kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi ‘holocaust’ di benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda.

“Bayangkan apa kesudahannya jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka,” ujar Perdana Menteri.

Justeru tegas beliau, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kontrak sosial itu, amat menghiris perasaan orang Melayu yang telah membuat pengorbanan terbesar berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum lain bagi mencapai kemerdekaan.

Najib menarik perhatian tentang penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip ‘jus soli’ atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip ‘jus sanguinis’ iaitu hak darah telah mentransformasikan landskap politik Malaysia selama-lamanya.

“Kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu menghormati muafakat murni di antara Melayu dan bukan Melayu sebagai ‘timbal balas’ ketika menuntut kemerdekaan kerana rasa penghormatan dan kepercayaan itu akan hancur jika ikrar setia itu dilanggar sewenang-wenangnya.

Pada masa ini, menurutnya, rakyat sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud sejak 53 tahun kemerdekaan negara.

Jika polemik nasional itu tidak ditangani dengan baik, beliau amat cuak ia mungkin menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

“Sebab itulah saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum.

“Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa mahupun ikhtiar eksklusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif,” tegasnya.

Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini kata Najib, ketegangan timbul apabila sejarah dienteng atau dilupakan akibat perjalanan masa atau apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula sejarah mengikut kepentingan dan agenda sempit kelompok masing-masing.

Beliau mengingatkan semua agar berwaspada dengan pemimpin oportunis yang licik memainkan api perkauman dan memanipulasi keadaan.

“Mereka tidak layak digelar pemimpin.

“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dongengan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan-silu mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segalanya,” tegas Najib disambut sorakan dan tepukan gemuruh perwakilan.

Dalam hal ini, katanya, kepercayaan berterusan yang diberikan kaum-kaum lain wajar menjadi perangsang kepada Melayu untuk sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudah cara antara kaum.

“Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan,” tegasnya.

Sebagai generasi kepimpinan mutakhir, beliau menegaskan landasan baru perhubungan kaum di Malaysia perlu dibina dengan mengambil kira aspek masa depan yang dikongsi bersama dan faktor sejarah tanpa mengetepikan realiti hari ini dan potensi masa depan.

“Dalam arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara automatik, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur,” katanya.

Sejak perhimpunan agung lepas, beliau memberitahu kepimpinan parti telah membuat perancangan dan strategi bagi memastikan UMNO berpegang kuat kepada tujuan asal untuk berterusan menjamin survival bangsa.

Wednesday, September 22, 2010

BERINGATLAH WAHAI UMAT ISLAM.

Masihkah Kita Lupa?

Masihkah Kita Lupa?

Elok juga rasanya, sekali-sekali kita membaca kembali bagaimana kejamnya orang kafir membunuh dan menzalimi umat Islam. Sekiranya pembunuhan Datuk Sosilawati sudah dianggap kejam, maka bacalah kisah di bawah ini pula. Apa kita rasa?

MENGIMBAS KEMBALI AWAL TRAGEDI AMBON BERDARAH

oleh Alexanderwathern

1. Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

2. Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagiInilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebu


3. Perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.

4. Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.


5. Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon.

6. Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya. Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.

7. Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus.

8. Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak.

9. Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya.

10. Beginilah nasib yang akan menimpa umat Islam jika tidak ada membuat sebarang persediaan. Adakah kita telah melengkapkan diri dengan ilmu bertempur? Adakah masa kita di gelanggang beladiri dan majlis-majlis kerohanian (keagamaan) lebih banyak daripada di padang bola dan di depan televisyen? Adakah hubungan kita dengan Allah kini semakin rapat agar kita mudah diberi pertolongan ketika susah? Adakah kita pernah berdakwah kepada orang bukan Islam? Pernahkah kita berdakwah kepada orang Islam sendiri? Kerana banyak orang Islam yang cedera parah, mereka terpaksa di hantar ke hospital. Malangnya hospital tersebut letaknya di perkampungan Kristian dan para pekerjanya juga beragama Kristian. Sampai sahaja di sana, kesemua Muslim yang cedera telah dilanyak dan dibunuh dengan lebih mudah.

11. Sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik. Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong.

12. Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan. Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon.
Orang-orang Islam membuat tiga benteng pertahanan iaitu di Masjid An Nur, persimpangan Masjid Al Fatah dan yang terakhir sekali di Masjid Al Fatah sendiri yang menempatkan orang-orang tua, kaum wanita dan kanak-kanak.


13. Gelombang serangan pengganas Kristian yang begitu besar dan lengkap peralatannya menyebabkan pertahanan di Masjid An Nur roboh. Para pejuang Islam berundur ke persimpangan jalan sementara Masjid An Nur dibom pengganas. Pertahanan di simpang jalan juga tidak lama kerana banyak pejuang Islam yang syahid dan cedera. Saki-baki pejuang terpaksa mempertahankan kubu terakhir mereka iaitu Masjid Al Fatah. Ketika ini para mujahiddin berperang sambil menangis kerana terlalu sedih dan amat mengharapkan pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

14. Mereka yang lemah di dalam masjid berdoa beramai-ramai dengan sepenuh hati. Fikir mereka, kali ini habislah umat Islam Ambon seluruhnya. Dengan kuasa Allah Yang Maha Besar, pertolongannya tiba di saat-saat segenting itu. Orang-orang melihat ada cahaya biru yang jatuh ke kubah Masjid Al Fatah.

15. Entah dari mana dengan tiba-tiba sahaja ribuan kanak-kanak kecil yang berjubah keluar dari dalam Masjid Al Fatah lalu membuat benteng pertahanan di sekitar masjid. Mereka dipimpin oleh seorang tua. Orang tua itu bertakbir, semua kanak-kanak kecil turut bertakbir.

16. Gerombolan pengganas Kristian tiba. Mereka menyerbu benteng kanak-kanak kecil tadi tetapi gagal kerana tiada keizinan Allah SWT Yang Maha Gagah. Kanak-kanak itu tidak lut ditikam, ditetak ataupun dipanah. Para pengganas Kristian gempar lalu berundur ke tempat masing-masing. Umat Islam di dalam masjid melakukan sujud syukur di atas pertolongan Allah itu.

17. Esoknya heboh diperkatakan orang Islam dan orang Kristian tentang kanak-kanak kecil tersebut. Orang ramai menyangkakan semua kanak-kanak itu disimpan di dalam Masjid Al Fatah. Sebenarnya Imam masjid sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Tidak syak lagi… mereka ialah tentera-tentera Allah Yang Maha Besar Kerajaan-Nya.


18. Dalam satu peristiwa lain, seramai tujuh puluh pemuda berjubah dari sebuah perkampungan bergerak menuju Ambon kerana mereka mendengar khabar angin mengatakan Masjid Al Fatah telah hancur dan imamnya dibunuh. Apa gunanya lagi hidup jika sudah demikian keadaannya. Mereka berjalan berpuluh-puluh kilometer melalui hutan dan gunung-ganang agar tidak bertembung dengan pengganas Kristian. Bukan bermaksud mereka takut tetapi mereka enggan bertempur di luar kota Ambon. Hasrat mereka adalah untuk mengamok di dalam kota.

19. Sungguhpun demikian, mereka dipertemukan Allah juga dengan pengganas Kristian dari sebuah perkampungan. Setelah disekat, mereka pun tiada jalan lain melainkan jihad menggunakan senjata. Dengan izin Allah SWT Yang Maha Hidup, seluruh perkampungan itu bersama para pengganas dibereskan dalam masa setengah jam sahaja. Lima buah gereja turut dibakar hangus.


20. Pihak keselamatan (polis) Ambon yang 70% beragama Kristian merasa gentar dengan tentera Allah ini lalu cuba menyekat dengan senjata api. Sebagaimana yang kita sedia maklum, polis-polis beragama Islam pulang berhari raya ke kampung masing-masing. Mudahlah mereka bertindak sewenang-wenangnya.

21. Para pejuang terpaksa bertahan apabila ditembak bertalu-talu sedangkan mereka hanya bersenjatakan alatan perang tradisional. Mereka ditembak begitu lama sehingga habis semua peluru pihak keselamatan. Pihak keselamatan nampak pasukan pejuang masih kuat lalu cuba menyekat dengan cara lain pula.

22. Mereka meminta jasa baik seorang ulama Islam tempatan untuk memujuk para mujahiddin membatalkan hasrat mereka. Ulama itu sedia bekerjasama agar jalan perbincangan dapat dibuka dan keganasan dihentikan. Dia menemui para pejuang dan memberi jaminan bahawa Masjid Al Fatah masih teguh dan imamnya masih hidup. Para pejuang bersetuju untuk pulang ke daerah mereka.

23. Pihak polis Kristian memeriksa medan pertempuran tetapi gagal menemui sebarang mayat pejuang Islam. Darah mereka pun tidak ada tinggal kesannya. Rupa-rupanya kesemua tujuh puluh pemuda itu selamat pulang dengan sejahtera. Hanya pokok-pokok pisang yang tumbang. Mereka sangat hairan dngan peristiwa tersebut. Ketahuilah, segala yang mustahil akan menjadi kenyataan atas kemahuan Allah SWT.

24. Rupanya sewaktu pihak polis Kristian menembak ke arah tujuh puluh pemuda tersebut, mereka lihat pejuang-pejuang Islam berjumlah ribuan orang dan dipimpin oleh seorang tua yang menunggang kuda putih. Oleh itu pihak polis pergi ke kampung halaman pemuda-pemuda itu untuk menangkap orang tua berkuda putih itu. Hasilnya, mereka bertambah hairan kerana tidak ada orang tua di sana dan tidak ada seorangpun yang memelihara sebarang kuda. Jadi, siapakah orang tua berkuda putih itu?

25. Pengganas Kristian tetap mengamok di kota Ambon. Habis kampung orang Islam di kota Ambon dibakar dalam masa setengah jam. Ketika itu api sudah menghampiri masjid Al Fatah. Fikir mereka, kali ini habislah masjid tersebut.


26. Dengan kuasa Allah Yang Maha Gagah, secara tiba-tiba angin bertukar arah dan tiupannya begitu keras. Arah api berpatah balik lalu membakar sebuah gereja. Namun apabila gereja terbekar, dua buah kereta bomba sudah tersedia untuk memadamkannya sedangkan ketika rumah, pasar dan kedai orang Islam terbakar, pihak bomba buat tidak tahu. Begitulah siksanya orang-orang Islam di bawah pemerintahan orang kafir sedangkan orang bukan Islam hidup aman di bawah pemerintahan orang Islam.

27. Suatu ketika bekalan elektrik di seluruh Ambon terputus, boleh jadi juga sengaja diputuskan oleh pengganas Kristian. Ketika inilah para pengganas mengikat kepala mereka dengan kain putih sebagaimana orang-orang Islam sedangkan sebelum ini pihak pengganas berlilit kepala merah. Apabila bertemu pejuang Islam, pengganas sama-sama bertakbir. Ketika inilah banyak pejuang Islam gugur syahid kerana terpedaya dengan helah pengganas Kristian.

28. Imam Masjid al Fatah mengusulkan agar orang Islam menyebut abjad jawi jika bertemu kumpulan yang tidak dikenali. Sekiranya orang Islam sebut alif, kumpulan satu lagi akan menyebut ba. Jika kumpulan itu gagal menjawab, bererti mereka musuh. Dengan ini kekuatan pengganas dapat dikendurkan.


29. Saudara kita di Ambon, Maluku, Poso dan sekitarnya makan hanya sekali sehari, kadang-kadang langsung tidak makan sedangkan kita di sini sangat mewah makan minum. Mereka tidak tidur kerana takut, kalau tidur pun sejam sehari sedangkan kita di sini tidur lebih daripada enam jam. Dalam keadaan sesenang inipun kita masih tidak mahu membudayakan kehidupan Islam dalam keluarga kita. Ke mana perginya sikap patriotik kita kepada Islam?


30. Pihak Kristian sebenarnya ingin menjadikan Timor Timur, Irian Jaya dan Ambon sebagai negara baru mereka di sebelah sini untuk menandingi kebangkitan Islam akhir zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Tentera Australia memainkan peranan penting di sana. Bagaimanakah pengganas boleh mendapatkan machine gun automatik AK-47 dalam jumlah yang banyak kalau bukan pihak Kristian luar negara yang menghulurkannya?


31. 21 Disember 1999- Pengganas Kristian menyerang Kampung Togolihua, Maluku. Kanak-kanak dan kaum wanita berlindung di dalam Masjid Al Ikhlas. Masjid dikepung lalu dibom, dilempari batu-batu besar dan dipanah dengan anak panah yang dilumuri darah babi. Setelah bertahan selama sejam, orang-orang Islam menyerah lalu dibunuh sewenang-wenangnya. Alangkah tidak bertamadunnya membunuh orang yang sudah menyerah? Hampir 600 mayat Muslim bergelimpangan dibantai.


32. Kaum perempuan banyak yang dibogelkan dan dirogol dijalan-jalan bahkan di halaman masjid sendiri. Mereka kemudian diangkut dengan trak bersama anak-anak kecil untuk diKristiankan. Kaum wanita yang enggan menurut dicincang hidup-hidup. Sekiranya ada seorang yang sedang mencincang, yang lainnya akan menyerbu untuk mencincang sama seolah-olah mencincang ular. Ada seorang muslimah yang digantung lalu dibakar hidup-hidup. Cerita ini disampaikan oleh Mufli M. Yusuf berusia 15 tahun yang dapat menyelamatkan diri walaupun badannya banyak melecur.


33. Seorang wanita yang terselamat bernama Musriah (40 tahun) memberitahu yang dia menyaksikan sendiri bagaimana 50 orang lelaki Islam termasuk suaminya sendiri dicincang hingga mati. Kepalanya sendiri berdarah kena tetakan golok sementara tapak tangannya ditembusi anak panah. Tidakkah kita merasa simpati dengan penderitaannya?


34. Seorang lagi yang terselamat bernama Syahnaim (20 tahun) menceritakan bagaimana dua orang anaknya berusia 6 dan 7 tahun diambil oleh pengganas untuk diKristiankan. Anak kecilnya berusia 2 tahun pula dicincang hingga maut. Seorang lelaki bernama Bahrul telah dibunuh dengan cara disalib. Kemaluannya dipotong lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Seorang budak berusia 5 tahun digantung lalu dibelah dari atas hingga ke bawah seperti membelah ikan. Seorang nenek tua berusia 80 tahun digantung dengan rambutnya sendiri dipokok lalu dicincang. Mengalirlah darah para muslimin dan muslimat oleh tangan orang-orang Kristian. Kalau kita dapat mengalirkan air mata berdoa untuk mereka pun sudah cukup-cukup baik…


35. Nurain (20) menceritakan yang suaminya mati syahid dibunuh pengganas Kristian sementara dia sendiri terkena panah di pinggul kirinya. Dia meraya agar tidak dibunuh lalu dinaikkan ke atas trak bersama anaknya (3 tahun) dan enam orang muslimah lagi. Kepala mereka diikatkan dengan kain merah (lambang pengganas Kristian) lalu dibawa pergi. Anaknya telah diserahkan ke rumah paderi Kristian untuk dibesarkan secara Kristian sementara dia terselamat. Nurain sempat menyaksikan bagaimana seorang gadis Islam dibakar hidup-hidup kerana enggan melayan nafsu para pengganas Kristian semasa di masjid



36. Nasib yang hampir serupa dialami oleh Yani Latif (17 tahun). Suaminya terbunuh manakala bayinya berusia 13 bulan diambil untuk dibesarkan secara Kristian. Dengan izin Allah, dia berjaya melarikan diri.


37. Hamida (18) yang berlindung di Masjid An-Nashr dirampas dari bapanya yang syahid. Dia hendak dikahwin paksa oleh pengganas Kristian dengan anak seorang paderi. Dengan pertolongan Allah Yang Maha Penyayang dia berjaya diselamatkan. Diapun menceritakan pengalamannya sewaktu berlindung di Masjid An-Nashr. Seorang lelaki bernama Munir (25) dibakar hidup-hidup dan mulutnya disumbat dengan najis manusia. Kepala Haji Man (70) dipenggal dan dicucuk panah lalu dibuat mainan di dalam masjid. Malang (50) dibunuh dengan kejam. Badannya dibelah lalu jantungnya ditarik keluar dan ditayangkan. Kata pengganas Kristian, “ Inilah hadiah untuk Hari Raya.”


38. 26 Disember 1999- lebih daripada 7,000 orang pengganas Kristian menyerang Desa Lamo. Desa Lamo dipertahankan oleh 200 orang sahaja para pejuang Allah. Nisbahnya 1 Muslim: 35 pengganas Kristian. Namun begitu peperangan menjadi seimbang kerana kebanyakan pejuang Islam memiliki ilmu persilatan yang tinggi. Pejuang Muslim dipimpin oleh Imam Masjid Nurul Huda bernama Haji Djailani yang begitu ampuh ilmunya


39. Pengganas Kristian menukar helah lalu melumurkan senjata-senjata mereka dengan darah babi. Berpuluh-puluh ekor babi dipotong di sekeliling kampung. Sementara itu perenpuan-perempuan Kristian bertelanjang bulat beramai-ramai sambil menari-nari memeperagakan tubuh mereka kepada pejuang Islam. Helah ini ternyata berjaya melemahkan sebahagian daripada keampuhan ilmu persilatan para pejuang dan akhirnya mereka tewas hingga terpaksa melarikan diri. Alangkah hinanya perbuatan perempuan-perempuan Kristian, tidak ubah seperti binatang dan babi yang mereka korbankan.


40. Imam Djailani tetap tidak berganjak hinggalah dia ditakdirkan gugur syahid dan berjaya menempatkan dirinya di syurga Allah. Mayatnya disalib dan dipamerkan di tepi jalan. Pada waktu malam barulah orang-orang Islam berjaya mendapatkan balik jasadnya lalu dikebumikan sebagai seorang pejuang. Namun ada sesuatu yang perlu kita fikirkan… dengan 200 orang pendekar sahaja kita sudah setanding dengan 7000 pengganas, bayangkan kalau kesemua penganut agama Islam memahirkan diri dalam ilmu kependekaran dan kerohanian!!!

41. 28 Julai 1999- Pengganas Kristian menyerang dusun Latta 12 km dari Kota Ambon. Rumah-rumah penduduk Islam dimusnahkan. Pengganas berjaya mendapatkan dua orang wanita Islam lalu dirogol beramai-ramai. Dipercayai lebih daripada 50 orang telah merogol gadis-gadis itu. Kemudiannya kedua-dua mereka dilanyak dengan kejam dan tubuh mereka dipotong-potong. Inilah bukti menunjukkan agama Kristian penyerang adalah agama yang salah dan sesat kerana Kristian mereka membenarkan tentera-tenteranya merogol, menyeksa mayat, membunuh kanak-kanak dan kaum wanitanya berbogel untuk menang dalam peperangan. Inikah sifat agama yang kononnya suci?

42. Kisah sebegini sebenarnya adalah ulangan sejarah. Ia pernah berlaku dalam usaha tentera Kristian Eropah untuk merampas Baitul Maqdis daripada pemerintah Islam dalam Perang Salib yang terkenal itu pada tahun 1095.


43. Patriach Ermite ialah seorang paderi yang bertanggungjawab menjadi batu api dalam Perang Salib pertama ini. Asalnya dia seorang tentera yang berwatak bengis dan kasar. Dalam usahanya untuk menarik simpati masyarakat Kristian Eropah, dia sanggup menunggang kaldai mengelilingi Eropah sambil memikul sebuah kayu salib yang besar. Dia hanya berkaki ayam dan memakai pakaian compang-camping. Dia berpidato di mana-mana sahaja untuk menaikkan kemarahan orang-orang Kristian.



44. Dia berbohong kononnya pemerintah Islam sangat kejam kerana menindas orang-orang Kristian di Jerusalem dengan zalim sekali. Malahan kubur Nabi Isa juga telah diceroboh. Selain itu dia juga berjaya meminta Paus Urbanus 11 (Ketua Paderi Sedunia) mengisytiharkan pengampunan seluruhnya kepada sesiapa saja yang mahu menjadi tentera salib walaupun sebelum itu mereka menjadi penyamun, pembunuh dan penjenayah terkemuka. Maksudnya, sesiapa yang mengikuti angkatan ini terhapus segala dosa-dosanya. Segala usahanya ini mendapat sokongan yang besar.

45. Tentera Salib yang pertama ini sangat besar iaitu lebih kurang 300,000 orang lelaki dan perempuan. Di sepanjang perjalanan mereka semua diizinkan merampas harta kekayaan, berzina sesama sendiri, merogol orang lain, berpesta arak dan sebagainya yang terang-terangan perkara maksiat dalam agama Kristian sendiri. Rupanya sejak dahulu lagi agama Kristian membenarkan maksiat dan kekejaman asalkan hajat mereka tercapai. Keadaan ini berterusan hingga ke hari ini dan selama-lamanya. Bilakah agaknya para penganut agama Kristian akan sedar hakikat ini.



46. Namun begitu, perancangan Allah adalah yang Maha Teratur. Sewaktu melalui negara Hungary dan Bulgaria. Sambutan terhadap tentera salib ini amat dingin walaupun sama-sama beragama Kristian. Ternyata penduduk Hungary dan Bulgaria penganut agama Kristian sejati kerana mereka masih boleh membezakan perbuatan yang baik dan perbuatan yang buruk. Dalam diam-diam mereka membenci perilaku tentera salib yang tidak ubah seperti binatang.


47. Akhirnya, meletuslah peperangan sesama mereka. Pertumpahan darah yang berlaku tidak dapat dibayangkan lagi. Daripada 300,000 tentera salib pada awalnya, kini hanya tinggal 7,000 orang yang selamat sampai ke Semenanjung Thracia di bawah pimpinan sang paderi.


48. Mendarat sahaja di Asia Kecil, tentera salib disambut dengan hayunan pedang oleh tentera-tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Kalij Arselan sehingga hancur binasa pasukan ini keseluruhannya. Kita berharap kejadian yang serupa juga akan berlaku kepada pengganas-pengganas Kristian di Ambon, maluku, Poso dan sekitarnya tidak lama lagi. Untuk itu, marilah kita bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu senjata mukmin.

49. Berbalik ke Indonesia, sungguhpun penganut agama Kristian bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan namun ini tidak bermakna yang orang-orang Islam akan membalas seperti itu juga. Di sinilah terletaknya keagungan dan kebenaran agama Islam. Dalam sebuah kisah, para pengganas Kristian telah menyerang penduduk Islam di Pulau Seram. Mayat orang-orang Islam bergelimpangan di jalan-jalan. Umat Islam membalas balik serangan tersebut menyebabkan pihak pengganas Kristian pecah-belah. Seramai lebih kurang 1,000 orang Kristian dari Kampung Werinama, Tehoru, Bula dan lain-lain terpaksa melarikan diri kerana diburu oleh penduduk Islam yang mahu membela penyembelihan saudara-saudara mereka. Barulah mereka kenal erti ketakutan yang berasal daripada mereka sendiri.


50. Dengan kuasa Allah, mereka diselamatkan oleh para penghuni Pondok (sekolah agama tradissional) Al Khairat, Wahai, Maluku Tengah. Guru pondok itu dengan senang hati menempatkan para pengganas Kristian itu di sekitar pondoknya. Mereka dilayan dengan baik dan disediakan makan-minum yang seadanya. Majlis Ulama Indonesia (MUI Maluku) menyifatkan tindakan itu telah menunjukkan keperibadian dan akhlak Islam yang sejati. Sehingga ke hari ini, sudah ribuan masyarakat Kristian Ambon dan Maluku yang memeluk agama Islam kerana mereka menyaksikan sendiri kebenaran agama Islam melalui tingkah laku para pejuang dan juga peristiwa-peristiwa luarbiasa yakni bantuan Allah.


51. Di Masjid Dufa-dufa, Dusun Gamsungi, Tobelo, Maluku Utara, seramai 250 orang terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan orang tua dibakar hidup-hidup bersama masjidnya sekali walaupun mereka sudah menaikkan bendera putih tanda menyerah. Imam masjid sendiri dipoton-potong tubuhnya lalu dilemparlkan ke dalam api.

52. Mengapa ini semua terjadi? Menurut masyarakat Islam di sana, tidak mustahil ini adalah bala yang diturunkan Allah kepada mereka kerana perbuatan mereka sendiri. Dahulunya Islam sangat subur dan disuburkan di Ambon dan Kepulauan Maluku. Namun kini Islam hanya tinggal adat, bukan ibadat.


53. Masyarakat Islam di sana turut sama menyambut perayaan Christmas dan Tahun Baru secara besar-besaran sedangkan Christmas adalah perayaan Kristian sempena kelahiran Jesus Kristus sementara Tahun Baru adalah tahun baru kalendar Kristian sinambungan daripada perayaan Christmas. Kita semakin bimbang kerana begitu ramai masyarakat Islam yang terpengaruh dengan budaya menyambut hari-hari perayaan agama Kristian tersebut.

Sunday, August 22, 2010

Bagi betis mahu peha, itulah Kaum Pendatang.



Subject: Apabila Melayu Enggan Bersatu...
Apabila Melayu Enggan Bersatu...

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

APA lagi orang Melayu hendak katakan apabila MCA semakin lantang membuat tuntutan untuk meraih keuntungan politik daripada kalangan kaum Cina?

Apa lagi yang orang Melayu boleh buat apabila DAP hari demi hari semakin menunjukkan taringnya untuk menjadikan mereka juara kepada kaum Cina?

Apa yang boleh orang Melayu lakukan dalam menangani telatah itu? Apakah sekadar melahirkan kekesalan dan memberikan peringatan supaya hak orang Melayu jangan disentuh dan hak bumiputera jangan dicabuli.

Bagaimana pula dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa sudah ada pihak mewujudkan perlembagaan baru bagi memastikan hak orang Melayu dan Islam dihakis.

Penulis percaya kelantangan puak-puak yang ingin menghapuskan hak-hak orang Melayu dan Islam itu tidak akan terhenti di sini sahaja. Banyak lagi yang bakal mereka lakukan terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Semua itu mereka lakukan demi mencari kuasa politik dan mahu memastikan sokongan kaum tertentu menyebelahi mereka.

Tetapi apa yang orang Melayu boleh lakukan? Akui sahaja tiada apa-apa yang boleh dibuat kerana orang Melayu masih berpecah belah.

Ketika MCA dengan terbuka menyatakan tidak keberatan untuk senada dengan musuh politik Barisan Nasional (BN) iaitu DAP bagi memperjuangkan nasib kaum Cina, parti-parti yang mewakili orang Melayu terus berbalah.

Ia jelas apabila Pas yang terang-terang sebuah parti yang dianggotai seratus peratus orang Melayu dan Islam tidak mahu senada dengan UMNO.

Bagi sesetengah pemimpin Pas seolah-olah satu dosa kalau mereka menyokong apa yang diperjuangkan oleh UMNO hatta demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam sekalipun.

Justeru apa sahaja yang UMNO perjuangkan dengan memikirkan situasi di mana parti-parti lain makin bersatu untuk kepentingan kaum mereka, ia akan dinafikan oleh Pas.

Malahan di Pulau Pinang, contohnya, ada pemimpin Pas tetap menganggap apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng yang dilihat menindas orang Melayu dan bumiputera adalah betul.

Begitu juga di Selangor, apabila ada pemimpin Melayu PKR dan Pas bersetuju dengan pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Phua agar diskaun kepada bumiputera dalam pembelian hartanah di negeri itu dihapuskan.

Semua gelagat ini bukan sahaja 'menggembirakan' MCA dan DAP malah memberikan mereka semangat untuk terus membuat tuntutan dan melakukan tindakan kerana mereka memahami bahawa orang Melayu yang berada di dalam Pas sama sekali tidak akan senada dengan UMNO.

Adalah sesuatu yang malang, apabila ketika UMNO terus bermati-matian mempertahankan orang Melayu dan bumiputera tidak dicabuli, pemimpin-pemimpin Melayu lain di dalam Pas dan PKR hanya mendiamkan diri.

Lebih mengecewakan, ada antara mereka akan tergamak menganggap UMNO rasis sedangkan apabila MCA dan DAP membuat tuntutan untuk kaum Cina, mereka berhujah ia demi keadilan.

Segalanya kerana kelompok-kelompok tersebut hanya memikirkan kepentingan politik. Mereka ingin meraih sokongan daripada kaum lain demi survival politik dan merebut kekuasaan.

Justeru dalam soal ini, orang Melayu perlu segera sedar bahawa selagi mereka tidak sekata dan senada dalam mempertahankan hak mereka, maka selagi itulah sedikit demi sedikit ia akan dicabuli dan dihakis.

Orang Melayu terutamanya di dalam Pas dan PKR perlu segera sedar bahawa sudah wujud keberanian luar biasa di kalangan kaum lain untuk membuat tuntutan berlebihan.

Mereka perlu faham bahawa telah ada kecenderungan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru yang bakal menyaksikan kedudukan orang Melayu sudah tiada apa-apa keistimewaan di bumi bernama Tanah Melayu ini.

Malahan mereka juga perlu mengerti bahawa sekadar amaran sahaja ia tidak akan melunturkan semangat sesetengah pemimpin di dalam MCA dan DAP untuk terus bermain dengan api.

Apa yang boleh memberikan amaran berbisa kepada parti-parti berkenaan supaya tidak melampau di dalam membuat tuntutan ialah penyatuan di kalangan orang Melayu.

Mereka amat bimbang kalau UMNO dan Pas bersatu, seia sekata, senada sehaluan!

Mengulas perkara ini seorang pemimpin kanan UMNO memberitahu penulis seandainya orang Melayu terus berpecah maka tidak mustahil mereka (tanpa mengira UMNO atau Pas) akan kehilangan kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Ia kerana kuasa 30 peratus pengundi bukan Melayu di dalam sesebuah kawasan pilihan raya boleh menjadi penentu.

''Kalaulah mereka secara padu memberikan sokongan kepada calon mereka sedangkan undi orang Melayu berpecah maka tidak mustahil, semua kerusi orang Melayu akan hilang,'' katanya ketika berbual-bual dengan penulis.

Mungkin sekali lagi, orang Melayu masih belum nampak bahaya yang menanti. Walaupun satu demi satu bukti dan sikap sebenarnya sudah ditunjukkan oleh kaum-kaum lain.

Tetapi kata mereka, semua itu hanya gertakan atau mainan politik BN dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang Melayu.

Jika tanggapan semua ini berterusan maka tidak mustahil, orang Melayu akan terus diperkotak-katikkan dan kaum bukan Melayu termasuklah sahabat karib UMNO sendiri akan sanggup mengamalkan perbuatan yang dilihat tikam dari belakang.

Oleh itu, orang Melayu terutamanya di dalam PKR dan Pas perlu sedar bahawa sebarang kesepakatan kononnya atas dasar hormati menghormati yang dikatakan oleh rakan parti bukan Melayu mereka hanya retorik dan mainan lidah politik semata-mata.

Apabila tiba masanya dengan melihat kuasa politik Melayu semakin melemah maka tidak mustahil mereka akan bersatu dan meninggalkan parti-parti Melayu sendirian.

Mereka tahu berupaya berbuat demikian kerana memahami bahawa Pas dan pemimpin Melayu dalam PKR melihat UMNO ibarat 'musuh kamu yang paling nyata.'

Oleh itu ketika mereka semakin memperkukuhkan ikatan memperjuangkan nasib kaum mereka tanpa mengira perbezaan politik, orang Melayu pula terus kekal dengan sikap berpecah-belah dan tidak mahu bersatu.

Percayalah, jika situasi ini berterusan, semua orang Melayu hanya menjadi penonton kepada kehilangan kuasa politik dalam pilihan raya akan datang.

Janganlah anggap ini sesuatu yang mustahil kerana sebelum pilihan raya umum 2008 siapa sangka BN akan kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, Perak hampir diperintah oleh seorang Menteri Besar daripada DAP (jika Perlembagaan tubuh negeri membenarkan) dan Selangor akan jatuh ke tangan pembangkang.

Oleh itu belajarlah daripada sejarah wahai orang Melayu supaya kita tidak menjadi bak kata orang 'berputih mata tiada berguna, berputih tulang sudah tidak bererti."

Thursday, August 19, 2010

Apa Dah Jadi..................................



Nama Guan Eng ganti Agong

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my

TASEK GELUGOR 19 Ogos – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

“Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.

“Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

“Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

Monday, August 16, 2010

BANGSA PENDATANG INI TIDAK SERIK-SERIK LAGI .





‘Elak perang besar’

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.

“Saya tahu siapa, parti politik mana terlibat dalam menubuhkan perlembagaan baru itu. Tetapi saya tidak akan dedahkan, biarlah sekadar memberitahu terdapat kegiatan pihak tertentu untuk mewujudkan perlembagaan baru menggantikan Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya didedahkan kesannya terlalu besar sehingga boleh mencetuskan peperangan besar di negara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Harussani mendedahkan terdapat kegiatan pihak tertentu mewujudkan ‘perlembagaan baru’ bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan dalam satu Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya, Ipoh, Perak.

Menurut beliau, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Mengulas lanjut, Harussani bagaimanapun berkata, beliau mungkin akan mendedahkan maklumat mengenai pihak yang terlibat sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan.

“Buat masa ini tiada pendedahan akan dibuat,” katanya.

Sunday, August 15, 2010

JANGAN TERLALU BERANI MENCABAR WAHAI BANGSA PENDATANG ???




Jangan terlalu berani mencabar

Ada orang yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Saya cadangkan mereka berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke Barat, kerana di sana lebih banyak 'kebebasan' untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Ternyata orang ini amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami Perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah orang ini tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu orang ini masih tidak berpuas hati. Mereka mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan orang ini supaya membawa ideanya itu ke negara Barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang dimahukan terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan orang ini akan 'dibakulsampahkan' sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah orang ini tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam Perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah orang ini masih buta mata hatinya? Jangan pula kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak berapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Perlembagaan

Ketika Perlembagaan digubal, kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan British sendiri, Penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jemaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Orang ini tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya ini pun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna Perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah? Beri betis nakkan peha.

Satu sahaja yang saya pinta agar orang ini dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negara China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara Barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh orang ini terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh spesies sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu dimalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Anak

Orang ini tidak perlu menghantar 'anaknya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran 'anak' orang ini tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja 'anak'nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah Perlembagaan, jangan jadi jahil.

Orang ini juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah orang ini tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu orang ini yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Orang ini janganlah terlalu berani.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Thursday, June 3, 2010

SEDARLAH DARI TIDUR MU WAHAI UMAT MELAYU PULAU PINANG.





Hadiah Sempena Kemenangan DAP dalam PRU12 di P. Pinang : Robohnya Gerai Melayu,Tanda Kebesaran Hak Istimewa puak Lanun DAP Cilanat!!!

Gerai Do Re Me akhirnya diruntuhkan :sini menandakan episod menghapuskan peniaga kecil melayu berterusan secara sistematik :klik sini

ANGGOTA penguat kuasa MPPP sedang merobohkan Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah, Pulau Pinang semalam.

Telah Pisau katakan dalan artikel sebelum ini, bagaimana peniaga cina mendapat keistimewaan dan perlindungan oleh semua pihak,bukan saja daripada Adun mereka tetapi turut dijaga oleh pihak PBT.

Untuk memahami situasi ini cukup mudah,perkara ini bukan saja berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan BN malah makin buruk dibawah sosialis DAP. Peniaga Cina bagaikan kebal tidak boleh disentuh oleh mana mana pihak.

Pisau menyelidiki ,apa yang istimewa sangat dengan mereka ini, jawapannya Adun Cina terutamanya dari Cina DAP amat menjaga dan memberi perhatian yang lebih kepada peniaga berbangsa cina.

Perkara ini sudah lama berlaku kerana rata rata peniaga cina banyak memberi sumbangan kewangan kepada operasi dan perbelanjaan DAP.


Keadaan menjadi bertambah buruk apabila rata rata jalan penyelesaian kepada beberapa masaalah peniaga kecil ini langsung tidak membantu,contohnya pihak majlis perbandaran mendirikan kompleks perniagaan yang tidak ada kedudukan yang strategik yang secara langsung terus membunuh peniaga yang berpindah ke lokasi yang baru.

Berbalik kepada peniaga cina,mereka turut mengunakan kuasa wang atau bahasa pasar mengunakan kuasa Agung untuk membeli dan merasuah kepada penguatkuasa atau mana mana pihak berkenaan.

Dengan mengunakan kuasa agung,tidak kira siapa yang datang sudah pasti semua akan dapat ditundukkan,jalan penyelesaian tetap ada, kawtim atau duit kopi mesti boleh settle problem mereka.

Buktinya banyak kawasan peniaga dan gerai gerai cina langsung tidak disentuh ,malah penguatkuasa langsung tidak berani angkat muka jika kekawasan tersebut.

Perihal keistimewaan peniaga cina makin mengila dan makin bertambah kuasa apabila DAP memerintah. Mana ada tindakan kepada gerai gerai haram?mana ada tindakan keatas peniaga cina yang melanggar undang undang? TIDAK ADA! Semua Kebal.

Baru baru ini TKM1 Dr Mansoor boneka Guan Eng mengadakan rundingan bersama persatuan peniaga melayu,kononnya memperolehi persefahaman,sebetulnya rundingan itu lebih kepada memohon kembali hak untuk berniaga di kawasan yang sudah menjadi tapak perniagaan puluhan tahun yang lalu, contohnya pasar ramadhan di Chow Rasta. Apa perlunya memohon kembali hak yang sudah ditarik balik semasa pemerintahan DAP?

Perkara ini ibarat, mengadakan rundingan untuk mendapatkan kembali hak daripada penyangak yang dari awal sudah menindas,setelah ditindas perlu pula berunding dan atas belas ehsan dari penyangak barulah dibenarkan untuk kembali berniaga.

Perkara ini langsung tidak berlaku dimana mana kawasan peniaga cina,pergilah ke seluruh pelosok negeri Pulau Pinang, pergilah tengok ke mana mana kawasan tumpuan peniaga cina, tidak ada sekatan malah diberi pula kelebihan dan keistimewaan seperti di New Lane:klik sini ,kawasan peniaga melayu yang langsung tidak mendapat bantahan ataupun mengganggu penduduk dirobohkan,Ya hanya kerana dia seorang MELAYU.

Monday, April 26, 2010

ITU DIA BANGSA YANG LUPA DARATAN


ril 26, 2010
JANGAN BERI LAGI MCA & GERAKAN TONGKAT...
Tahniah BN. Rata-rata kawasan yang majoritinya kaum Melayu dan india, BN menang. Kalau kalah pun hanya kekalahan tipis.

Tapi yang masih tidak berubah ialah kawasan majoriti cina. Rata-rata BN kalah, kecuali kawasan yang mempunyai pengundi bercampur.

Setiap kali PRK berlangsung, setiap kali itulah segala bantuan akan diminta oleh masyarakat cina. Permintaan wajib mereka ialah bantuan ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kali ini di Hulu Selangor peruntukan sekolah cina diumumkan sebanyak RM35 juta.

Apabila dibuat program makan besar, mereka akan ramai-ramai keluar dan menunjukkan tanda sokongan. Tapi bila undi dikira, mereka masih tidak menyokong BN.

Mungkin boleh dibuat kesimpulan, PRK adalah peluang dan medan terbaik bagi kaum cina untuk membuli BN. Mohon segala bantuan tapi pangkah pembangkang.

Apakah ini memang adat dan budaya kaum cina?

Atau, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka masih tidak mahu menyokong MCA dan Gerakan?

Atau, adakah mereka bersetuju dengan DAP?

Siapakah yang mempunyai pengaruh besar ke atas pengundi cina? MCA & Gerakan atau DAP? Atau adakah NGO kaum cina?

Apakah NGO kaum cina ini lebih rasis dari PERKASA yang mereka tuduh rasis? Kalau perjuangan PERKASA berkiblatkan perlembagaan, ke manakah pula kiblat perjuangan NGO cina ini? Adakah mereka lebih Malaysia dari PERKASA?

Kalau difikirkan semua persoalan-persoalan ini, kita akan mempunyai seribu satu macam alasan untuk kita tidak berpuas hati dengan sikap kaum cina ini. Tapi tak perlulah kita analisa dalam-dalam. Buat penat saja. Sekilas ikan di air, tahu kita sama ada jantan atau betina.

Sekarang pucuk pimpinan BN harus mengubah pendekatan yang masih tetap menemui kegagalan ini.

BN harus memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada MCA dan Gerakan untuk mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Suruh buat dulu, ‘reward’ kemudian. BN perlu berhenti dari melakukan pendekatan ‘reward’ dulu para pemimpin MCA dan Gerakan dengan pelbagai jawatan, dengan harapan kaum cina akan menyokong BN. Pendekatan ini telah terbukti gagal.

Walaupun prestasi MCA dan Gerakan sejak PRU12 sehingga kini, masih ditakuk lama, iaitu ‘insolven’ sokongan kaum cina, tapi komposisi jawatan dalam kabinet dan kerajaan yang diserahkan kepada mereka masih kekal sama, malahan bertambah. Dulu tak ada Menteri PERMUDAH. Sekarang jawatan menteri Permudah dan NKRA diberi pada Koh Tsu Koon.


BN harus fikir hal ini masak-masak.

BN tidak boleh lagi beri kawasan selamat kepada para pemimpin MCA dan Gerakan dengan cara memberi mereka bertanding di kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu.

Mereka perlu bertanding di kawasan-kawasan ‘hardcore’ cina. Mereka perlu buktikan bahawa mereka mampu mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Mereka harus dinilai prestasinya melalui kaedah meritokrasi yang mereka agungkan selama ini. Mereka tidak boleh lagi diberi tongkat dan perlindungan istimewa dengan cara memberi mereka peluang bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Tongkat Melayu semua mereka suruh buang jauh-jauh, rupa-rupanya bila Melayu buang tongkat, mereka yang kutip dan pakai.

Tak guna betul… mereka tipu Melayu hidup-hidup!!!

Tuesday, April 20, 2010

ANWAR PENGKHIANAT BANGSA



TPM ulangi Anwar pengkhianat


HULU SELANGOR 20 April – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi ketegasannya dengan melabelkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara.

Beliau berkata, label itu adalah satu fakta kerana rakyat sendiri dapat melihat bagaimana Anwar begitu rakus dan taksub untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup berusaha menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah.

Katanya, selain sanggup memburukkan institusi-institusi yang telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu, Anwar juga menjelajah dari benua ke benua untuk memburukkan negara sendiri tanpa rasa segan dan silu.

“Dia kata nak saman saya kerana label dia sebagai pengkhianat, saya tunggu juga tapi sampai sekarang pun tak dapat-dapat (saman).

“Saya tak takut dan sekali lagi saya mengulangi Anwar adalah seorang pengkhianat negara,” katanya semasa berceramah di Hulu Yam Bharu di sini malam ini.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan dan bekas Bendahari PKR Cabang Hulu Selangor, Datuk Dr. Halili Rahmat.

Pada majlis itu juga, Dr. Halili turut menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri mengajak rakyat supaya menilai kenapa semakin ramai pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) terutamanya di kalangan pengasas parti itu dan rakan karib Anwar keluar daripada parti tersebut.

Katanya, kebanyakan daripada bekas pemimpin PKR telah dan mengakui bahawa mereka sebenarnya hanya dipergunakan bagi mencapai cita-cita politik Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin turut membidas Anwar kerana bijak mengambil peluang dengan mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi yang dihadapi apabila bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat oleh beliau.

Kata Muhyiddin pada mulanya, Anwar mendakwa dia dizalimi dan membuat satu dakwaan baru bahawa rakyat turut menjadi mangsa kezaliman kerajaan.

“Apakah benar kita menzalimi rakyat? Kalau betul kerajaan yang ada sekarang zalim pada rakyat tidak mungkin sejak 52 tahun yang lalu BN tetap dipilih oleh rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, Dr. Halili dalam nada sebak menceritakan bagaimana bapanya tidak mengetahui tindakannya untuk keluar parti.

Kata beliau, bapanya, Rahmat Buyong, 87, hanya mengetahui tindakan itu melalui media dan menghubunginya.

‘‘Kebiasaannya saya yang menghubungi dia tetapi kali ini dia telefon saya dan memuji tindakan kembali kepada UMNO selepas 10 tahun berada dalam PKR,” katanya.

Monday, April 19, 2010

JANGAN HINA DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK - SULTAN PERAK




Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my

KUALA KANGSAR 19 April - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengingatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya tidak menghina dan mencemari Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perbuatan yang memalukan.

Baginda bertitah, sebagai institusi perundangan negara, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang menjejaskan martabat Dewan.

Sebaliknya titah baginda, wakil rakyat yang dipilih sebagai penggubal undang-undang seharusnya beradab dan beretika semasa berada di dalam Dewan sejajar dengan panggilan 'Yang Berhormat.'

"Ahli kepada Dewan-Dewan tersebut dirujuk sebagai Yang Berhormat. Amatlah memalukan jika prosiding Dewan-Dewan berkenaan berlangsung dalam suasana memekik dan menjerit dengan mengeluarkan kata-kata kasar lagi kesat.

"Adalah satu penghinaan kepada Dewan-Dewan tersebut jika ahli-ahlinya membawa kertas bertulis kata-kata yang merendah dan menghina antara satu sama lain.

"Untuk itu, perilaku ahli kepada Dewan-Dewan tersebut hendaklah menghormati kemuliaan Dewan-Dewan berkenaan dan mencerminkan sifat seorang yang telah diberi pengiktirafan dengan panggilan Yang Berhormat," titah baginda.

Sultan Perak bertitah demikian pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Ke-82 di sini hari ini.

Dalam pada itu, titah baginda, semua rakyat perlu mempunyai jati diri dan kesetiaan untuk mempertahankan maruah negara tanpa membenarkan campur tangan pihak luar.

Baginda bertitah, perasaan kekitaan yang ekstrem dan melampau hanya akan menyebabkan seseorang bertindak mengikut emosi sehingga hilang pemikiran rasional.

"Lebih membahayakan kegiatan menghina negara sendiri dilakukan tanpa segan silu di forum-forum antarabangsa seolah-olah menjemput campur tangan pihak luar dalam urusan negara sendiri.

"Warga yang mempunyai jati diri dan kesetiaan kepada negara bangsanya hendaklah mempunyai kekuatan pendirian untuk mempertahankan maruah negara tanpa sama sekali membenarkan campur tangan pihak luar," titah baginda.

Sultan Azlan Shah juga mengingatkan semua pihak supaya tidak mencabar tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjadi teras kewujudan Perlembagaan Negara.

Titah baginda, ketujuh-tujuh wasiat tersebut yang berteraskan Melayu telah diamanahkan oleh sembilan raja-raja Melayu ketika memberi perkenan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.

Sehubungan itu titah baginda, Perlembagaan Persekutuan yang digubal dengan memaktubkan fasal tertentu memerlukan keizinan dan perkenan Majlis Raja-Raja sebelum ia dikuatkuasakan.

Formula itu yang selama ini menjadi gagasan menjamin kestabilan negara, titah baginda, jangan sama sekali mahu dirombak atau cuba dicabar secara keterlaluan .

"Perbuatan demikian dikhuatiri akan menjemput kepada risiko besar yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum dan antara agama.

''Kegiatan dan usaha untuk mendapat pengaruh politik perlu ada etika dan batasan," titah baginda.

Thursday, April 1, 2010

Sedarlah Diri Wahai Bangsa Asing :



Menjawab Tohmahan Yg Mengecam Mantan PM Tun M dan Perkasa Ini Racist Oleh MCA dan Gerakan
Share
Today at 9:40am
Sidang Media Wira Perkasa Malaysia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kepada Rakan2 Media Yang Saya Hormati. Terpanggilnya Saya Untuk Mengadakan Sidang Akhbar Ini Adalah Untuk Menjawab Tuduhan2 Dan Tohmahan Pihak GERAKAN Oleh Datuk Teng Hock Nam Dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA Low Chew June Dimana Telah Mengatakan Perkara-Perkara Yang Tidak Sepatutnya Mereka Campur Tangan Dan Melebelkan PERKASA Sebagai Sebuah Pertubuhan Racist Dan Haluan Kanan.

Kebelakangan Ini Pelbagai Tuduhan, Tohmahan ,Kejian Dan Kata-Kata Yang Tidak Enak Didengar Dimana PERKASA Di Labelkan Sebagai Pertubuhan Racist Dan Haluan Kanan Oleh Pihak-Pihak Yang Sebenarnya Tidak Memahami Perjuangan PERKASA Dan Tidak Mempunyai Minda Yang Matang Lagi Professional Serta Tidak Kaji Apa Yang Dinyatakan.

Dalam Keadaan Kini Mencari Kesalahan Orang Lain Daripada Melihat Kelemahan Diri Sendiri Lebih Mudah Untuk Mendapat Publisiti Murah Dengan Mengelar Sesebuah Pertubuhan Itu Racist Dan Haluan Kanan. Ini Cukup Membimbangkan Saya Dimana Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanahair Adalah Perjuangan Setiap Kaum Pribumi Negara Bagi Generasi Akan Datang Bagi Memastikan Hak, Maruah Dan Martabat Pribumi Negara Ini Dihormati Dan Kekal.Jangan Kerana Terlalu Memikirkan Kehendak Orang Lain Sehingga Terlupa Pada Hak Dan Martabat Kaum Pribumi Negara. Apabila Wujud Satu Pertubuhan Seperti PERKASA Yg Mahu Pertahankan Hak, Martabat Dan Maruah Org2 Melayu Dikatakan Racist, Perkauman Dan Haluan Kanan, Kenapa Mereka Diam Bila Suqiu ,Dong Zio Jong Dan Hindraf Desak Kerajaan Dulu, Mereka Diam Sahaja..Soalan Ini Kita Renungkan Bersama-sama.


Perkara Begini Amat Meresahkan Pihak Pribumi Negara Dimana Kebelakangan Ini Diasak-Asak Oleh Golongan-Golongan Yang Tidak Bertanggungjawab Tentang Hak, Martabat Dan Maruah Pribumi Negara. Adakah Pribumi Harus Mengalah Atas Desakan-Desakan Pihak-Pihak Ini Dimana Akhirnya Akan Terhakis Sedikit Demi Sedikit Hak Pribumi Negara Tanpa Disedari

.Dalam Ertikata Ini Menjadi Tanggungjawab WAJIB Setiap Warganegara Malaysia Untuk Memahami Perlembagaan Negara Dan Mempertahankan Perlembagaan Negara Tanpa Mengira Bangsa, Kaum Dan Agama Selagi Kita Bergelar Warganegara Malaysia.

Soalan Saya Disini Kepada Kedua-Dua Pemimpin Gerakan Dan MCA , Memandangkan Mereka Adalah Warganegara Malaysia Dan Daripada Parti Komponen BN Iaitu Parti Kerajan Yang Memerintah. Adakah Mempertahankan Hak, Maruah Dan Martabat Perlembagaan Negara Serta Fasal-Fasal Didalam Perlembagaan Negara Dianggap Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan.

Saya Menyeru Tiap-Tiap Warganegara Malaysia Khususnya Kedua-Dua Pemimpin Ini Untuk Memahami Perlembagaan Negara Serta Menghormati Perlembagan Negara Serta Segala Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara. Sebagai Warganegara Malaysia Yang Berjawatan Didalam Parti Masing-Masing Seharusnya Mereka Juga Harus Menghormati , Hak, Maruah Dan Martabat Perlembagaan Negara.

Disini Saya Ingin Menyeru Seluruh Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Kaum, Bangsa Dan Agama Untuk Memahami Secara Dekat Apa Yang Di Perjuangkan Oleh PERKASA.

Disini Saya Nyatakan Dimana PERKASA Ditubuhkan Untuk Mempertahankan Perlembagaa Negara Supaya Dihormati Terutama Fasal-Fasal Didalam Perlembagaan Negara Yang Berkenaan Dengan Hak Pribumi Negara. Diantara Yang Diperjuangkan Oleh PERKASA Adalah Seperti Tersebut Dibawah :

1. Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu Dan Kemulian Melayu Kekal
2. Mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu Agar Terus Dihormati
3. Mempertahankan Islam Kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu Kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan

PERKASA Mempertahankan Perlembagaan Negara Seperti Diatas Ini Sebahagian Perjuangan Yang Menjadi Teras Utama Perjuangan PERKASA Dalam Ertikata Yang Mudah Adalah Mempertahankan Fasal-Fasal Didalam Perlembagan Negara Yang Mempunyai Hak-Hak Istimewa Pribumi Negara Dan Kepentingan SAH Kaum-Kaum Lain Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara. Adalah Ini Dikatakan Pertubuhan Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan Sila Nilaikan Dan Kaji Secara Matang Terutama Kepada Kedua-Dua Pemimpin MCA Dan Gerakan Dimana Seharusnya Turut Serta Mempertahankan Perlembagaan Negara.

Jesteru Itu Kepada Pihak-Pihak Yang Sebelum Ini Tidak Memahami Perjuangan PERKASA Harus Buka Mata Dengan Jelas Dan Kaji Dengan Pemikiran Yang Matang Dimana Bagi Saya , Sebagai Warganegara Malaysia Sudah Menjadi Tanggungjawab Untuk Bersama-Sama Pertahankan Perlembagaan Negara. Negara Kita Akan Maju Dan Terus Kehadapan Jika Kita Menghormati Dan Memahami Perlembagaan Negara Kita.

Disini Ingin Saya Jelaskan Kepada Kaum-Kaum Lain, Mereka Tidak Perlu Risau Dan Khuatir Tentang HAK-HAK SAH Mereka Didalam Perlembagan Negara Telah Dijamin Dan Termaktub Didalam Perlembagan Persekutuan Dan Peruntukan-Peruntukan Yang Terkandung Didalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Di Malaysia Yang Telah Terkndung Didalam Perlembagaan Negara.

Saya Dengan Ini Penjelasan Dan Menegar Kepada Pihak-Pihak Yang Menuduh PERKASA Sebuah Pertubuhan Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan Supaya Memahami Dahulu Apa Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara Sebelum Mengempak-Gemburkan Isu Ini. Disini Saya Berharap Segala Kekeliruan Terhadap PERKASA Dikalangan Rakyat Malaysia Yang Menghormati Perlembagaan Negara Dipahami. Kerana PERKASA Mahu Wujudkan Satu Situasi Dimana Kita Hidup Dengan Aman, Harmoni, Semangat Perpaduan Serta Hormat-Menghormati Satu Sama Lain Diantara Seluruh Rakyat Malaysia Agar Dapat Mewujudkan Ketenteraman Dinegara.

Saya Juga Ingin Maklumkan Kepada Pihak Gerakan Dan MCA Dimana Kebanyakakan Tempat-Tempat Calon Mereka Bertanding Untuk Kerusi ADUN Dan Parlimen ,PERKASA Mempunyai Ahli-Ahli Dikawasan-Kawasan Tersebut, Jika Perkara Persepsi Ini Tidak Diselesaikan Secepat Mungkin Ianya Mungkin Akan Menjejaskan Kedudukan Mereka Di Pilihanraya Yang Akan Datang Dimana Kawasan-Kawasan Tersebut Mempunyai Ahli-Ahli Yang Begitu Komited Kepada Perjuangan PERKASA.

Saya Secara Tegas Mahu Pihak Gerakan Dan MCA Meminta Maaf Kepada Mantan PM Tun Dr Mahathir Dan Kepada PERKASA Kerana Mempertahankan Perlembagaan Negara Bukan Salah Tetapi Menjadi Tanggungjawab Setiap Warga Negara Malaysia. Sebagai Pemimpin BN Seharusnya Mereka Juga Mempertahankan Perlembagan Negara Kerana Itu Tanggungjawab Kita Semua. Sebelum ini kita lihat mereka melebelkan beberapa pemimpin didalam UMNO sebegitu juga kerana mempertahankan Perlembagan Negara. Kini saya ingin menegaskan jika mereka warganegara Malaysia yang seharusnya menghormati Perlembagaan Negara Kedua2 Pemimpin Yg Mengeluarkan Kenyataan Ini Harus meminta Maaf Atau Kami Desak Barisan Kepimpinan Tertinggi PArti Mereka Mengambil Tindakan Terhadap Mereka Kerana tidak Menghormati dan Mempertahankan Perlembagaan Negara Dimana Menjadi Asas Tunjang Kekuatan Negara Kita.Adakah Mereka Tidak Menghormati perlembagaan Negara Sehingga Menyelar Mantan PM Kita Yang menyeru Rakyat Malaysia menghormati Perlembagaan Negara.Siapa disini yang Patut digelar Racist..

PERKASA Bukan Pertubuhan Racist, Perkauman Dan Haluan Kanan , Tetapi Pertubuhan Yang Menghormati Perlembagan Negara Dan Mahukan Hak-Hak Pribumi Dihormati Oleh Seluruh Warganegara Malaysia. Teruskan Transformasi Penyatuan Pribumi Negara .Sekian

Yang Benar
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, March 31, 2010

KEBODOHAN PARTI PEMBANGKANG PERAK




rovokasi pembangkang gagal

Beberapa wakil pembangkang mencetuskan kekecohan sebaik sidang Dewan Undangan Negeri Perak bermula, semalam.

SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.

Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat.

Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit.

Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini?

Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

IKUTLAH PERLEMBAGAAN NEGARA





Asskum rakan yg saya hormati, terpanggil saya utk menulis perkara yg begitu dekat dihati saya iaitu perjuangan Alif, Baa, Taa...Asas dlm perjuangan PERKASA juga.

Kebelakang ini saya lihat pelbagai tuduhan, cemuhan , tohmahan, makian dan kata2 yg tidak enak didengar dilontarkan kepada PERKASA. Kenyataan2 yg dikeluarkan oleh sesetengah golongan terhadap PERKASA bagi saya ianya dilihat sebagai satu cabaran, halangan serta asam garam dalam politik.

Mereka mengeluarkan kata2 dimana PERKASA ini rasist dan haluan kanan dan sebagainya.Dalam hidup ini adalah mudah mencari kesalahan orang daripada melihat kesalahan diri sendiri. Ini cukup membimbangkan saya bila perjuangan untuk agama, bangsa dan negara adalah perjuangan setiap manusia pribumi untuk memastikan kuasa pribumi ini kekal untuk diwaris generasi yang akan datang. Jangan sampai kita terlalu memikirkan hak orang lain dan kehendak orang lain sehingga kita lupa pada hak dan kehendak orang2 pribumi negara.

Perkara begini amat membimbangi pihak saya kerana kebelakangan ini asakan-asakan kaum-kaum lain cukup tinggi, adakah kita hanya akan berserah dan akhirnya apa yang ada pun sedikit demi sedikit akan terhakis. Perkara ini benar2 sudah berlaku, adakah sesetengah pihak hanya menutup sebelah mata dan buat seperti perkara ini tidak penting. Nyata dan jelas keresahan orang2 pribumi negara sudah terdetik didalam hati kecil mereka untuk memastikan HAK Mutlak Pribumi di pertahankan.

Dalam ertikata ini PERKASA khususnya dilahirkan utk memastikan PERLEMBAGAAN NEGARA dihormati oleh semua masyarakat dan rakyat. Soalannya disini Adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA DIKATAKAN HALUAN KANAN DAN RACIST ( PERKAUMAN). Seharusnya rakan2 diluar sana harus menilai secara matang mengenai perkara ini. PERKASA hanya mahukan Perlembagaan Negara Dihormati terutama fasal2 yg berkenaan dgn Pribumi Negara. Adakah perkara yang saya nyatakan dibawah ini dikatakan Racist dan haluan kanan:

1. Hak2 Keistimewaan,Kedudukan dan kemulian Org2 Melayu kekal.
2. Kebesaran Raja-Raja Melayu dipertahankan
3. Pertahankan Agama Islam kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ni sebahagian daripada perjuangan PERKASA.Rakan2 harus paham PERKASA mempertahankan perlembagaan negara, dalam ertikata sebenar PERKASA mempertahankan kedudukan istimewa orang2 Melayu dan kepentingan SAH kaum2 lain mengikut perlembagaan Negara. Soalan saya mudah adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA dianggap Racist dan Haluan kanan, cuba rakan2 nilaikan.

Jesteru itu, jika sesetangah pihak yang tidak melihat dan menkaji perkara ini secara matang akan hanya menyebabkan perpecahan bukan sahaja antara kaum2 pribumi malah akan wujud perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan,pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Negara kita akan menuju kehadapan dan terus berjaya jika Perlembagaan Negara dihormati oleh semua kaum dinegara kita. Maka bagi saya secara peribadi adalah menjadi tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan menghormati Perlembagaan Negara .

Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak SAH mereka kerana HAK-HAK tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalamUndang2 tubuh negeri2 Di Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Saya dengan ini mengharapkan penjelasan dan menegas disini PERKASA bukan RACIST dan HALUAN KANAN seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang tidak memahami Perlembagan Negara. Disini saya secara peribadi berharap segala kekeliruan berhubung PERKASA dikalangan Rakyat Jelata akan dibendung dan akan wujud satu suasana, aman, harmoni dan sikap saling hormat-menghormati dikalangan rakyat Malaysia akan terus dapat diwujudkan demi ketenteraman negara.

Disini ingin saya nyatakan kepada rakan2 diluar sana Teruskan Agenda Transformasi Penyatuan dimana bila kaum Pribumi Bersatu, kaum2 lain akan menghormati kita atas dasar Perlembagaan Negara Malaysia.

Maka PERKASA Bukan Pertubuhan Racist dan Haluan Kanan , Kerana Mempertahankan ' Perlembagaan Negara " Adalah tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia..Kepada Wira2 Perkasa Seluruh Negara Teruskan perjuangan dan laungkan " H.O.M' dengan penuh rasa bangga dan hormat..Kerana perjuangan kita belum selesai..wasalam


YangSayangkanPerlembagaanNegara
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, March 24, 2010

SATU LAGI PENDEDAHAN DI PARLIMEN




Ganjaran lumayan fitnah PM, isteri

KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara.

Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’.

Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya.

Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya.

Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu.

Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya.

Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.

“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.


Putrakencana :

Satu demi satu pendedahan telah di luahkan di Parlimen Malaysia. Itulah dia Pakatan Rakyat yang ingin memerintah Negara dengan cara memfitnah dan tohmahan yang menjijikkan. Rakyat boleh menilai sekarang. Mana Kaca dan mana Intan.
Bersyukurlah seorang demi seorang Ahli Parlimen sudah sedar dengan Pemimpin Pakatan Rakyat. Berpeganglah kembali kepada Al-Quran. Betapa rakusnya Pemimpin PKR ni untuk memegang jawatan tertinggi negara.

Tunggulah.............masih ada lagi kejutan di Parlimen.

Tuesday, March 23, 2010

PEMBOHONGAN PALING BIADAP DI MALAYSIA. SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA.




Pembohongan 16 September

DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.

''Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,'' itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.

Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.

Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.

Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.

Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.

Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan 'jahat' beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.

Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.

Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.

Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.

Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.

Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda 'gila' itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.

Gagal

Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," kata Karpal.

Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Walaupun kini segala tembelang dan 'topeng raksaksa pelbagai wajah' Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.

Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau 'ulama terompah'.

Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.

Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh 'dihalalkan'? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?

Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

''Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi 'askar upahan' kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.

Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap 'itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO'', bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.

Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.

Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ''berputar-putar membelitkan kata-kata'' - yang sebelum ini menjadi 'alat' untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.

Penipuan

Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya 'telinganya tidak terus panas' mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.

"Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

"Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?

Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.

Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.

Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.

Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?

Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.

Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai 'pemimpin yang bersih dan murni'.

Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan.