Tuesday, April 21, 2009

LELONG, LELONG, LELONG.

Perak lelong 16 Camry

Oleh Oleh Ridzuan Yop
bhnews@bharian.com.my


KERETA Toyota Camry 2.4 yang pernah digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco Pakatan Rakyat akan dilelong kerajaan Perak.

Kereta diguna bekas MB pakatan pembangkang juga ditender

IPOH: Kerajaan Perak akan melelong semua 16 Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan akhbar berbahasa Melayu di sini semalam, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.



Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 itu semuanya didaftarkan pada 9 Januari lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, ketika dihubungi mengesahkan kereta bernombor pendaftaran AGS10 yang ketika ini digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga akan dilelong.

Semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin gelap bernilai RM2,000, perbatuan rendah serta bebas daripada sebarang kemalangan.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum jam 12 tengah hari, 18 Mei ini.


Putrakencana :

Biarlah lelongan ini berbaloi dari segi harganya, jangan melelong dengan harga rendah, ini akan merugikan wang rakyat yang sebelum ini pun telah dibazir oleh Pemimpin Pakatan Rakyat ini dengan membeli Toyota Camry 2.4. Dengan no pendaftaran yang ekslusif tersebut sudah pasti ramai akan membelinya dengan harga RM 148,ooo.00.

Gunakanlah kembali kenderaan Nasional Proton yang di bina oleh anak bangsa kita sendiri.

Kita sebagai Rakyat Malaysia semestilah menyokong Industri Automobil kita sendiri,

Kalau bukan kita siapakah lagi ?




3 comments:

  1. Assalamualaikum Putra,

    Apa khabar Putra?

    Betul, semoga harga yang dilelongkan itu berbaloi atau yang sebaiknya, walaupun agak competitive sebab sekarang pasaran kereta agak lembab (ini kawan yang bagi tahu).

    Agak-agaknya kereta-kereta masih dalam konsidi baik.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam ibu,

    Putra dan seisi keluarga sihat sejahtera.
    Harapan Putra semoga ibu sihat sejahtera juga bersama keluarga tersayang.

    Tak kemana ke hujung minggu ini ?

    25 dan 26.4.2009 ada Pangkalan TLDM Terbuka di Lumut. Boleh merasa melawat Kapal-kapal TLDM nanti.

    ReplyDelete
  3. Cdo jangka harga akan melambung tinggi,sebabnya bukan pasala kereta tu aje,tapi pasal 'sentimental value', 'historical value' dan juga' plat number' nya...Kaum cina mesti rebut plat number yang ada agka 88 tu..

    ReplyDelete