Wednesday, May 20, 2009

Kaduk naik junjung

NGO buat laporan polis terhadap Hindraf

KUALA LUMPUR 20 Mei - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap pertubuhan haram Hindraf berhubung khabar angin kemungkinan ia merancang mengadakan satu protes jalanan di ibu negara pada pertengahan bulan depan.

NGO tersebut, Pertubuhan Sukaralewan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah) yang diwakili Presidennya, R. Jeevan (gambar) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, pada pukul 5 petang.

Menurut Jeevan, Pencegah membuat laporan polis tersebut sebagai tanda bantahan ke atas sebarang tindakan di luar batasan undang-undang yang dirancang Hindraf.

"Pencegah membantah sebarang perhimpunan haram kerana ia menggugat ketenteraman dan keselamatan awam. Kita tidak mahu insiden pada 25 November 2007 berulang dan menyebabkan keadaan di ibu negara huru-hara.

"Jadi kami harap pihak berkuasa akan mengambil tindakan bagi mengelak ia berlaku lagi," katanya kepada pemberita sebaik membuat laporan polis di sini hari ini.

Tambah Jeevan, pihaknya berpendapat Hindraf sengaja merancang mengadakan protes jalanan kerana ingin membalas dendam selain mencabar kerajaan dan undang-undang negara.

"Hindraf tidak patut menguji dan mencabar kerajaan dengan tindakan sedemikian (protes jalanan), segala masalah boleh diselesaikan menerusi rundingan," ujarnya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengerusi Hindraf, P. Waythamoorthy yang juga adik kepada Uthayakumar.


Putrakencana :

Kebiadapan Hindraf ini patut dibendung dari awal lagi. Jangan jadi Kaduk naik junjung.

Hormatilah undang-undang Malaysia.

Kalau tak mahu hormati boleh berambus keluar dari Malaysia.

Jangan ingat Umat Melayu diam bererti takut. Kami Umat Melayu ada toleransinya dan jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kemurahan hati Umat Melayu.

Kemurahan hati ada hadnya.

Jangan sesekali bermain api, kesannya sungguh dasyat.

Tuesday, May 19, 2009

Dimana Bumi dipijak Di situlah Langit Dijunjung

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa

KUALA LUMPUR 19 Mei – Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jika tidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahan keselamatan negara yang lebih besar.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau telah menyampaikan kebimbangan itu kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan timbalannya, Tan Sri Ismail Omar dalam pertemuan hampir dua jam hari ini.

“Hindraf ini satu kumpulan kecil rakyat Malaysia yang rasa diri mereka cukup hebat, mereka rasa jika dibakar pun tak hangus, mereka rasa kebal dari segi undang-undang dan mereka buat macam-macam manakala kita majoriti rakyat sedang melihat sahaja.

“Kita beritahu kepada Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis, jangan sampai rakyat lain juga tidak menghormati undang-undang dan kalau ini berlaku maknanya negara kita tidak akan selamat,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan itu di Bukit Aman di sini hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan Hindraf merancang mengadakan protes jalanan sekiranya arahan terhadap pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar untuk bertemu dengan Lembaga Penasihat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak ditarik balik.

Tambah Ibrahim, Uthayakumar perlu menghormati institusi polis dan kaum lain di negara ini.

“Bukan Uthayakumar sahaja penduduk Malaysia, saya pun penduduk negara ini. Saya orang Melayu, penduduk asal negara ini, tentu terasa bila beliau membuat kenyataan mencabar institusi yang kita beri kepercayaan untuk menjaga keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain Hindraf, beliau juga berbincang mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tindakan Majlis Peguam meluluskan usul mendesak Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana dikatakan menahan lima peguam secara salah.

Katanya, dalam isu Majlis Peguam itu, perbincangan mendalam dengan pihak polis mendedahkan bahawa jabatan itu telah bertindak dengan tepat dan profesional.

“Oleh itu kita mengecam sekeras-kerasnya Majlis Peguam meluluskan usul agar Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri meletakkan jawatan,” katanya.


Putrakencana :

Sungguh biadap sekali bangsa pendatang ni.

Kalau tak suka duduk di Tanah Melayu ni boleh berambus balik negara asal.

Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung.

Semua kaum harus menghayati peribahasa ini.


Thursday, May 14, 2009

TERIMA KASIH CIKGU


Jasamu guru terpahat di hati

ESOK 16 Mei adalah Hari Guru. Memang sudah sewajarnya satu hari diperuntukkan sebagai mengingati dan mengenang jasa guru-guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak-anak menjadi insan yang cerdik pandai serta berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Tentunya satu hari yang dikhususkan kepada para guru ini tidak mencukupi jika hendak dibandingkan dengan jasa bakti yang telah mereka curahkan sepanjang masa, sehingga kadang kala terpaksa mengorbankan kebahagiaan, kebajikan dan kepentingan diri sendiri kerana tuntutan tugas.

Ada waktunya guru lebih banyak menghabiskan masa di sekolah dan bersama anak murid dibandingkan dengan waktu mereka di rumah atau bermesra dengan anak dan kaum keluarga sendiri.

Inilah guru yang bagai lilin membakar diri tetapi ada kalanya khidmat mereka bagai tidak dihargai. Tunjuk ajar dan bimbingan mereka kepada anak-anak bangsa ada kalanya dibalas dengan maki hamun, kekasaran fizikal malah sehingga dibawa ke mahkamah.

Seringkali ibu bapa tidak puas hati jika anak dimarahi atau didenda oleh guru, lantas mengambil tindakan melulu tanpa cuba mencari atau memahami punca kenapa ia berlaku.

Sebarang tindakan atau teguran guru tentulah ada sebabnya. Justeru ibu bapa tidak harus mudah melatah menyalahkan guru tanpa menyelidiki adakah anak-anak mereka baik tingkah laku, patuh pada guru dan peraturan sekolah. Pada mereka anak mereka sahaja yang betul.

Seharusnya mereka yang berkelakuan seperti ini hendaklah mencermin diri adakah mereka sendiri telah memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak dan menyemai akhlak mulia dalam diri anak-anak? Harus diingat anak-anak lebih lama berada bersama mereka di rumah dibandingkan dengan waktu mereka di sekolah bersama guru.

Guru pula mempunyai tanggungjawab mengawasi ratusan pelajar. Perhatian mereka tidak boleh tertumpu kepada individu tertentu sahaja.

Tidak dinafikan ada kalanya guru keterlaluan cara terhadap anak murid. Namun kes terpencil ini tidak seharusnya dijadikan andaian umum sehingga menenggelamkan nama baik keseluruhan guru lain yang telah berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi.

Malah selalunya sikap keterlaluan guru ini banyak didorong oleh sikap pelajar sendiri. Misalnya tidak membuat kerja rumah, melanggar disiplin, merosakkan harta benda dan sebagainya. Adakah salah jika guru memberi nasihat atau peringatan dan mengenakan hukuman yang menasabah kepada murid atau pelajar yang bersikap sedemikian?

Namun ada pelajar dan murid yang tidak boleh menerima teguran atau hukuman, lalu bertindak balas keterlaluan terhadap guru. Dalam keadaan seperti inilah guru boleh hilang perimbangan diri dan bertindak di luar kelaziman. Janganlah kita lupa guru juga adalah manusia biasa yang ada perasaan. Kesabaran mereka ada batasnya.

Ada ibu bapa yang hanya pandai mengkritik atau menyalahkan sekolah dan guru. Tetapi mereka ini tidak pernah pun peduli berjumpa dan berbincang dengan pihak sekolah dan guru jika ada masalah timbul. Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pun tidak pernah menunjukkan muka. Inilah pertanda orang yang tidak ambil berat persekolahan anak-anak mereka.

Sewajarnya ibu bapa dan masyarakat umum turut berganding bahu dan membantu guru melaksanakan tugas mereka. Jika ada kerjasama ini saya percaya bukan sahaja tugas guru mendidik anak bangsa menjadi lebih mudah tetapi kesan baiknya akan sama dirasai oleh ibu bapa dan murid-murid sendiri.

Berapa ramai pulakah antara anak murid yang telah didik oleh guru-guru ini ingat dan menghargai jasa mereka? Berapa ramaikah yang masih sudi berkirim salam, berhubung telefon bertanya khabar atau mengirim kad ucapan pada hari jadi atau hari perayaan?

Guru-guru tidak mengharapkan ini semua daripada bekas anak-anak murid mereka kerana mereka mencurahkan ilmu dengan tulus ikhlas. Namun sebagai insan yang berbudi bahasa dan mengenang jasa tidak ada salahnya sekali sekala kita menghargai guru kita pada waktu-waktu tertentu.

Sudah tentu guru akan berasa sangat gembira jika orang yang pernah mereka didik ingat pada mereka. Guru-guru tidak mengharap wang ringgit kita, tetapi ingatan mesra itu lebih berharga daripada segala-galanya.

Kepada guru-guru yang selama ini begitu gigih menabur bakti, terutama di kawasan-kawasan pedalaman, tiada kata secantik bahasa atau gambar seindah lukisan dan tiada juga gunung intan yang dapat menyamai nilai bakti yang dicurahkan. Hanya Allah Yang Maha Esa sahaja dapat memberikan ganjaran setimpal terhadap pengorbanan guru.

Doa dan harapan saya juga para guru akan terus gigih berbakti dan dapat menempuhi segala kepayahan yang datang bersama tugas.

Sesungguhnya anda semua telah dapat membuktikan hujan atau panas, susah atau senang, segala rintangan tetap tabah dihadapi dan dilalui. Rintangan tidak mematahkan semangat meneruskan bakti.

Kepada semua guru yang sangat saya sanjungi, terimalah ucapan Selamat Hari Guru, ucapan ikhlas dari lubuk hati. Pengorbanan para guru tetap subur dan dikenang abadi. Jasamu terpahat di hati.


Terima kasih Cikgu.

Wednesday, May 13, 2009

13 Mei 1969 Genap 40 Tahun


13 Mei 1969 Menjadi Pengajaran Buat Kita Semua

Latar belakangIsu perkauman dalam pilihan raya 1969Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang meraikan kemenanganPeristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.Dr. tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato'' Harun Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (''menyingkir'') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.Perarakan kematian CinaDi Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.Pada hari Selasa 13 Mei, selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.Rumah Menteri Besar SelangorUMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato'' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato'' Harun Idris untuk mengamuk.Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan konggelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Rejimen RenjerPasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.Askar MelayuAkhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.Panggung OdeonPemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.Angka korbanAngka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.Di mana TunkuKetika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku.

Putrakencana :

Al-Fatihah..........,

Teman sedekahkan Al-Fatihah ini untuk pejuang-pejuang negara yang berkorban semasa zaman darurat dan tragedi 13 Mei 1969.

Sudah 40 tahun peristiwa itu berlaku, masih ada yang mengingati peristiwa tersebut.

Sejarah tidak boleh kita pinggirkan, buatlah ia sebagai satu pengajaran yang berguna buat kita Rakyat yang berbilang kaum.
Hidup dalam aman dan damai.

Sekarang inipun bibit-bibit perpecahan sudah mula kedengaran di merata pelusuk negara akibat dari agenda pihak tertentu yang gila kuasa dan pendendam.

Kita tidak boleh mengulangi apa yang kita tempuh itu.

Kalau ia berlaku maka akan hancurlah negara yang kita sayangi ini.

Menang jadi arang dan kalah jadi debu.

Bersamalah kita mengekalkan keharmonian di antara satu dengan yang lain. Jangan cuba menuntut yang bukan-bukan.

Perjalanan kita masih jauh lagi.

Tuesday, May 12, 2009

KERJAYA PEGUAM MALAYSIA DICEMARI


Kerjaya guaman dicemari

SEJAK berdekad lamanya, kerjaya guaman dianggap sesuatu yang hebat dan mulia, bukan sahaja di Eropah malahan di Malaysia.

Namun, sejak penghujung 1970-an, kerjaya ini dilihat semakin negatif dan bukan lagi sesuatu yang mulia.

Filem-filem di Hollywood sendiri menggambarkan kerjaya guaman sebagai sesuatu yang keji, melindungi penjenayah semata-mata untuk duit.

Hollywood sering kali mengajuk mereka sebagai 'yang pasti masuk neraka, rakan subahat iblis', ataupun 'manusia yang tidak perlu diselamatkan.'

Semakin ramai penduduk tempatan juga hilang pandangan baik terhadap kerjaya tersebut yang rata-rata dianggap lebih mementingkan wang daripada mencari kebenaran. Di mana silapnya?

Sejak saya pulang belajar dari luar negara pada 2004, jelas kelihatan terdapat gerakan untuk memporakperandakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kestabilan dan keamanan negara dilihat semakin tergugat akibat tindakan segelintir pihak yang berkepentingan, ingin mengambil kesempatan, gila kuasa dan jelas sekali 'biadab'.

Walhal, saya dan rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama tidak mempunyai masalah besar dalam pergaulan atau kerja.

Paling dikesali, golongan yang dilihat paling banyak membawa masalah adalah yang terpelajar dan kebanyakan daripada mereka ditanggung kerajaan ketika sedang belajar dahulu.

Saya bukan menuduh mana-mana pihak, tetapi hampir setiap kali timbul sesuatu isu negatif, dapat dilihat kumpulan terbabit didalangi mereka yang bergelar 'peguam.'

Tidak perlu dinyatakan acara atau kejadian mana yang melibatkan golongan ini kerana sudah terlalu banyak. Pastinya mereka ingin mempertahankan sesuatu atau menentang ketidakadilan, sekurang-kurang sesuatu yang tidak adil pada pandangan mereka.

Namun, tindakan segelintir peguam yang ingin menunjuk kehebatan diri mereka terus-menerus membuat kecoh dan mencari kesalahan orang jelas sekali mempunyai motif tertentu.

Apakah yang begitu tidak memuaskan hati segelintir daripada mereka ini sehingga boleh dikatakan setiap bulan, atau setiap minggu pasti ada isu berkait dengan peguam, mahupun ahli politik yang juga peguam?

Jika benar sekalipun mahu membangkitkan sesuatu yang benar, kenapa tidak boleh dilakukan secara beradab?

Perlukah diadakan perhimpunan atau perarakan, mahupun konfrontasi secara terus dengan pihak berkuasa?

Selain itu, tidakkah peguam perlu berbudi bahasa, bukan sahaja kepada pelanggan tetapi juga kepada sesiapa sahaja sebagai seorang manusia bermaruah.

Kenapa ada yang perlu menggunakan bahasa yang bongkak, takbur mahupun mengelirukan semata-mata untuk kepentingan diri?

Sudah tentu bukan semua peguam ingin menimbulkan isu (untuk menaikkan nama dan perniagaan).

Bagaimanapun, segelintir kecil daripada mereka dilihat terus membusukkan nama kerjaya tersebut dengan terus-menerus ingin mencabar semua pihak, membawa tanggapan 'mereka (peguam) tahu semuanya' mengenai undang-undang dan kebal dari sebarang tindakan.

Ini seolah-olah mereka mempunyai imuniti yang tidak dinikmati sultan dan raja sendiri. Namun mereka lupa, setiap tindakan diperhatikan rakyat biasa seperti saya.

Kami tidak pandai berpolitik dan kurang arif akan undang-undang, tetapi setiap seorang daripada masyarakat majmuk Malaysia mempunyai 'pandangan peribadi' masing-masing.

Buruk tindakan anda, maka buruklah pandangan kami terhadap diri dan juga kerjaya anda!

Bukan mudah menaikkan nama dan kerjaya, tetapi amat mudah untuk memusnahkannya.

Apa yang ingin ditekankan di sini bukanlah semua peguam itu jahat atau tidak bermoral, tetapi pandangan umum terhadap kerjaya guaman telah menjadi terlalu negatif akibat tindakan segelintir daripada mereka yang mempunyai agenda tersendiri.

Saya menyaran golongan kecil peguam terbabit mahupun mana-mana pihak yang menganggap diri mereka amat besar dan hebat supaya berhenti berangan.

Negara kita bukan dibina dengan kerjaya guaman mahupun politik semata-mata. Banyak lagi kepakaran yang perlu untuk negara kekal makmur dan harmoni.

Ingatlah, seseorang yang bijak, mulia dan hebat tidak mengaku mahupun menganggap diri mereka bijak, mulia dan hebat.

Hanya si bodoh sahaja berasa diri mereka hebat dan tiada tandingan.

AMIR HAMZAH

Klang Gate, Selangor


Putrakencana :

Sejak kebelakangan ini kerjaya peguam telah dicemari oleh peguam sendiri yang menyalahguna ilmu undang-undang demi untuk kepentingan individu dan parti politik tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Malaysia yang pelbagai kaum.

Gejala ini seharusnya disekat demi menegakkan kedaulatan Undang-undang Malaysia.

RAYUAN ZAMBRY DIBENARKAN


Zambry kekal MB Perak

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.

Hakim Datuk Ramly Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.

Hakim Ramly ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, mahkamah menggunakan bidang kuasanya mengeluarkan perintah penggantungan tersebut berdasarkan kepada keunikan dan kepentingan situasi politik di Perak.

Beliau menyatakan, perkembangan di Perak bukan hanya melibatkan Zambry selaku Menteri Besar malah ia turut membabitkan keseluruhan perjalanan politik di negeri tersebut.

''Mahkamah menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu setelah berpuas hati bahawa perkembangan kes ini amat penting dan unik. Rayuannya akan didengar pada tarikh awal,'' ujar Hakim Ramly.

Semalam, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, setelah hampir 18 jam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan, Zambry memfailkan permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 9.30 pagi ini agar perintah itu digantung sementara menunggu rayuan selesai.

Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz semalam yang menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakilinya untuk menangguhkan perintah keputusan tersebut.

Permohonan itu ditolak setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu.

Selain permohonan penangguhan, Zambry hari ini turut memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Zul Rafique & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara kira-kira pukul 9 pagi ini.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah agar penangguhan perintah itu ditolak dan memohon mahkamah mengembalikan isu berbangkit ke Mahkamah Tinggi.

Beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi laluan bahawa penangguhan boleh dibuat asalkan Zambry memfailkan permohonan secara bertulis di samping mengemukakan nas undang-undang yang berkaitan.

Sulaiman dalam hujahnya turut memohon agar satu tarikh awal ditetapkan untuk mendengar rayuan terhadap perintah tersebut bagi membolehkan ia diselesaikan segera.

''Jalan penyelesaian yang ada ialah menolak permohonan penangguhan atau mengembalikan ke Mahkamah Tinggi melainkan mahkamah berpendapat isu berbangkit sudah akademik kerana Zambry bukan lagi Menteri Besar Perak,'' ujar Sulaiman.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melainkan setelah mendapat perkenan Sultan Perak yang mana ia pernah ditolak pada kali pertama permohonan dibuat.

Kata Sulaiman, jika mahkamah menetapkan tarikh awal, kemungkinan Sultan Perak akan menangguhkan perkenan baginda (agar Dewan dibubarkan) dan menunggu sehingga keputusan dikeluarkan.

Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry pula berhujah, perintah Mahkamah Tinggi itu perlu ditangguhkan segera bagi menyekat Mohammad Nizar memperoleh perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah bagi kerajaan Malaysia berhujah agar isu itu diselesaikan ke peringkat Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.

Beliau menyatakan, perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.

Sementara itu di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama-sama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Barisan Nasional (BN) memberitahu, keputusan itu menandakan kejayaan awal BN yang diperoleh berlandaskan kepada lunas undang-undang.

Menurut Mohd. Hafarizam, penangguhan itu dengan sendirinya menjadikan perintah semalam digantung manakala status quo Zambry serta barisan Exconya kekal.


Putrakencana :

Segala masalah boleh diselesaikan di Mahkamah, jangan tunjuk perasaan di jalanan.

Kita ada Undang-undang.

Monday, May 11, 2009

KEPUTUSAN MAHKAMAH


Mohammad Nizar sah MB Perak

KUALA LUMPUR 11 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim itu sekali gus menamatkan krisis politik antara pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) yang telah berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun keputusan tersebut masih belum muktamad kerana Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan itu masih boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Abdul Aziz turut menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan tersebut sementara menunggu rayuan.

Beliau menolak permohonan itu setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu tetapi beliau menyatakan peguam itu boleh memfailkan permohonan penangguhan itu kemudian secara bertulis.

Zambry dipercayai akan memfailkan rayuannya esok sementara seorang lagi peguam yang mewakilinya memaklumkan bahawa pihaknya akan mendapat arahan lanjut berhubung permohonan penangguhan tersebut.

Terdahulu, dalam penghakiman lisannya, Hakim Abdul Aziz berkata, jawatan Menteri Besar Perak tidak boleh dianggap kosong kerana usul undi tidak percaya terhadap Mohammad Nizar tidak dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, tegas beliau, Mohammad Nizar selaku pemohon dalam semakan kehakiman itu tidak boleh dikatakan hilang kepercayaan majoriti anggota DUN mengikut Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP).

''Berdasarkan amalan demokrasi, isu hilang kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Mohammad Nizar). Melalui cara ini sahaja Menteri Besar boleh disingkirkan,'' kata Hakim Abdul Aziz.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 13 Februari lalu, Mohammad Nizar, 52, memohon mendapatkan perintah perisytiharan bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang DUN.

Mohammad Nizar yang dipilih sebagai Menteri Besar selepas pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 di negeri itu setahun lalu turut mendakwa, beliau tidak pernah meletak jawatan mahupun terdapat sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya supaya melepaskan jawatan.

Hakim Abdul Aziz yang membacakan penghakimannya selama satu jam 10 minit turut berkata, jika sememangnya terdapat undi tidak percaya kepada Mohammad Nizar, mengapa BN tidak mengadakan persidangan khas DUN untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap pemimpin itu.

''Fakta yang tidak dinafikan ialah tidak terdapat undi tidak percaya terhadap pemohon sebelum beliau menemui Sultan kerana beliau tidak pernah disingkirkan melalui cara tersebut,'' ujar beliau.

Di samping itu, katanya, mengikut Perkara 16(6) UTKP, Sultan Perak tidak mempunyai kuasa untuk memecat Mohammad Nizar daripada jawatan Menteri Besar, meskipun Baginda mempunyai kuasa melantik.

''Sultan Perak juga tidak boleh menyingkir seseorang Menteri Besar hanya kerana pemegang jawatan itu tidak mendapat perkenan Baginda,'' katanya.

Sebaliknya, menurut Hakim Abdul Aziz, pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh anggota-anggota DUN yang telah dipilih oleh rakyat.

Justeru, beliau menolak hujahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail selaku pencelah dalam permohonan itu bahawa hanya dalam dua keadaan DUN boleh dibubarkan iaitu ketika Menteri Besar hilang sokongan majoriti anggota DUN dan apabila hampir tamat tempoh Dewan.

''Saya tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara kerana mengikut Perkara 36 UTKP, tiada keadaan yang terhad bagi Menteri Besar untuk memohon pembubaran daripada sultan dan terserah kepada Menteri Besar untuk memilih masanya untuk menentukan pembubaran,'' kata Hakim Abdul Aziz.

Beliau turut tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara dan Zambry selaku responden bahawa Mohammad Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar mengikut Perkara 16(6) UTKP.

Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz turut menyentuh afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid serta keterangannya ketika dipanggil pada prosiding pemeriksaan balas.

(Ahmad Kamal memberi keterangan selepas Mohammad Nizar mempersoalkan afidavit Penasihat Undang-Undang Negeri itu yang dikatakan tidak konsisten)

Menurut hakim tersebut, Ahmad Kamal sebagai seorang pegawai kanan kerajaan bukanlah seorang saksi yang berkecuali dan adil apatah lagi dalam keterangannya beliau mengakui telah diarahkan untuk mengikrarkan afidavit sokongan terhadap Zambry setelah diarahkan oleh peguam Zambry.

''Ahmad Kamal sendiri memilih perkataan 'diarahkan' oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Dia boleh menggunakan perkataan lain seperti 'diminta' atau 'beliau menawarkan diri'. Perkataan (diarahkan) yang digunakan amat keras,'' katanya.

Sehubungan dengan itu, pada hemat beliau, keterangan Ahmad Kamal diwarnai dengan arahan yang telah diterima oleh saksi tersebut.

Mengenai penemuan Mohammad Nizar dengan Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Februari lalu, Hakim Abdul Aziz berkata, beliau memilih untuk mempercayai versi Mohammad Nizar dan bukannya versi Ahmad Kamal.

Mohammad Nizar dalam afidavitnya menyatakan bahawa beliau tidak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN disebabkan beliau tidak mengalami kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.


Putrakencana :


Biarlah DUN Perak membuat keputusannya.

Biarlah 59 ADUN Perak membuat keputusan siapakah Menteri Besar yang sebenar-benarnya.

Jangan biarkan kemelut ini berpanjangan.

Yang susah nanti adalah Rakyat Negeri Perak.


Thursday, May 7, 2009

BANGSA KERAS KEPALA


Sidang DUN Perak kecoh


Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 tertangguh kira-kira lima jam akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong kerajaan dan pembangkang. Dr. Zambry Abd. Kadir cuba mententeramkan keadaan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh semalam. – HANAFI KHAMIS


IPOH 7 Mei – Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.

Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.

Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.

Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.

Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.

Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.

Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.

Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.

Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.

Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.

Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.

‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.

‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.

Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.

Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.

Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.

Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.

Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.

Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.

Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.

Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.

Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.

Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.

Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.

Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.

Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.

Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.

Selepas baginda berjumpa dengan Mohammad Nizar dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, pembangkang dilihat mula mematuhi peraturan Dewan.


Putrakencana :

Itulah bangsa yang keras kepala yang tidak mahu menerima hakikat yang sebenarnya mereka telah hilang majoriti di Dun Perak.

Baru 11 bulan memerintah negeri Perak , dah tunjuk belang dan keras kepala kepada Rakyat Perak dan Sultan Perak.

Majoriti Rakyat Negeri Perak menolak cara pemerintahan mereka.


Monday, May 4, 2009

PPSMI , KEMBALILAH KE BAHASA MELAYU.


Hasil meja bulat ditolak

Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


MUHYIDDIN mendengar penerangan Johan (dua dari kiri) ketika melakukan lawatan kerja ke Dewan Bahasa dan Pustaka sambil diperhatikan Termuzi (kanan) di Kuala Lumpur, semalam.

Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat: TPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan.


"Kita tidak boleh membuat keputusan tanpa fakta dan bukti yang kukuh untuk menyokong sesuatu dasar itu. Saya hanya akan berpuas hati apabila mendapat maklumat lengkap yang diperoleh dari semua sudut.


"Persidangan meja bulat mungkin hanya membolehkan sesetengah pihak mengemukakan pandangan peribadi. Kita memerlukan pandangan menyeluruh sebelum memutuskan sama ada dasar PPSMI perlu ditambah baik atau ditukar," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam. Hadir sama ialah Pengerusi Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI sebelum ini merumuskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI, iaitu:

  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  • Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
  • Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam; dan
  • Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains pada Tahun Satu hingga Tiga tetapi mengajar Sains dalam subjek lain.
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagaimanapun mahu kerajaan memansuhkan dasar itu kerana mendakwa pelaksanaan PPSMI selama enam tahun sejak 2003 gagal memanfaatkan pelajar, khususnya pelajar Melayu di luar bandar.

Selain itu, 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara juga menolak pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah rendah.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia membabitkan masa depan pelajar.

"Saya mengalu-alukan jika ada pihak yang hendak kemukakan pandangan, hendak menyerahkan memorandum atau hendak berjumpa saya jika ia bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan.

"Walau apapun pandangan dan pendapat, akhirnya ia perlulah mengambil kira kepentingan bahasa kebangsaan, selain bahasa Inggeris yang menjadi bahasa penting di dunia," katanya.

Muhyiddin turut menggesa sektor swasta menyokong usaha kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan.

"Kita akui sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi dan urusan mereka, tetapi kerajaan berharap mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan.

"Kerajaan serius memartabat serta memperkembangkan bahasa kebangsaan dan berharap Bulan Bahasa yang akan kita laksanakan tidak lama lagi akan mendapat sokongan sektor swasta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan turut meneliti kembali Akta DBP, sekali gus menyokong usaha badan itu memartabatkan bahasa kebangsaan secara lebih berkesan dan menjadi titik mula untuk DBP bergerak dengan lebih aktif.


Putrakencana :

Sepatutnya dikembalikan balik kepada pengajaran Sains dan Matematik ke Bahasa Melayu.

PPSMI hanya merugikan anak-anak bangsa Melayu. Mereka ini masih lagi ketinggalan di dalam pengajaran Bahasa Inggeris.

Bila mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris bagaimana mereka hendak menguasai Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

inilah yang terjadi di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia ketika ini.

Yang paling penting ialah Guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris. Jika mereka tidak mengajar dengan bersungguh-sungguh , bagaimana anak murid hendak mengusai bahasa tersebut dengan baik.

Guru-guru yang mengajar PPSMI pun tak dapat mengusai Bahasa Inggeris dengan baik, macam mana hendak mengajar dalam Bahasa Inggeris.

Negara Jepun, Korea , Jerman dan Rusia menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pengajaran di sekolah. Mereka masih lagi menguasai Sains dan Teknologi sehingga kini.

Itulah kenyataannya.

Jadi...............

Kembalikan balik kepada pengajaran ke Bahasa Melayu.