Tuesday, March 31, 2009

INIKAH KEPERIBADIAN ISLAM YANG SEBENAR ?


Sikap pembangkang keterlaluan

SAYA ingin bangkitkan beberapa pemerhatian saya pada hari penamaan calon pilihan raya kecil di Bukit Gantang pada 29 Mac lalu dan ingin menyatakan kekesalan saya terhadap apa yang berlaku.

Pertamanya, laporan sebuah akhbar dalam talian menyebut yang Pengerusi DAP, Karpal Singh dibaling botol oleh penyokong Barisan Nasional (BN) akibat tersalah memasuki jalan. Laporan itu menganggap politik kekerasan dan keganasan seperti ini perlu dihentikan.

Suka untuk saya menjelaskan kejadian yang menimpa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi tersebut.

Pada pagi ketibaan beliau dan rombongannya di pekan Taiping, Muhyiddin juga telah memasuki gerombolan besar penyokong Pas yang sedang berarak.

Saya dapat saksikan sendiri bagaimana bertambahnya kekuatan sorakan ejekan yang dilemparkan kepada rombongan beliau oleh penyokong Pas yang sedang berarak.

Bagaikan gempita bandar Taiping apabila Muhyiddin melintasi mereka. Usahkan hendak memberi laluan dan bersalam (sekurang-kurangnya menghormati pemimpin negara walaupun berlainan parti), tetapi sebaliknya dilayan sebegitu rupa.

Mujurlah Muhyiddin keluar dari kejadian tersebut dengan wajah yang cukup tenang dan masih mampu tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Inikah sikap penyokong sebuah parti yang berbangga dengan imej dan wajah Islam mereka?

Kalaulah dibandingkan perbuatan Karpal Singh sejak akhir-akhir ini berbanding dengan Muhyiddin, maka Karpal Singh sememangnya wajar mendapat layanan sebegitu.

Keduanya, sewaktu saya singgah di sebuah markas Pas, saya terkejut mendapati sebuah risalah yang memetik berita mengenai kematian seorang ahli Puteri UMNO dalam peristiwa sedut lemak baru-baru ini.

Di bawah salinan artikel tersebut, terdapat tulisan yang mencerca keperibadian wanita tersebut dan mengaitkannya dengan sikap ahli-ahli wanita UMNO yang hanya gemar melaram untuk tatapan umum dan bukannya si suami.

Ini merupakan satu lagi perbuatan yang tidak harus berlaku dengan memburuk-burukkan keperibadian si mati dan mengaitkannya dengan kepentingan parti.

Adat orang Melayu dan orang Islam, semua cerita buruk si mati harus ditutup dan tidak dijadikan sebagai bahan fitnah dan cercaan.

Adakah pengikut Pas terlalu dangkal dalam memahami perkara ini? Apakah kaitannya wanita tersebut yang hanya menjadi ahli sayap UMNO hingga perlu dihubungkan dengan soal akhlak dan moral? Jika sekalipun ingin berhujah soal akhlak, tidak perlulah bersabung dengan orang yang telah tiada.

Ketiganya, selain dari peristiwa kegagalan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk berceramah di sebuah masjid di Taiping, seorang lagi pemimpin Keadilan yang terkenal dengan imej agamanya didapati menyampaikan tazkirah secara bebas di sebuah masjid menuju Taman Kaya pada malam yang sama.

Saya berasa kesal dengan kecenderungan menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik.

Sudahlah begitu, akhbar-akhbar Harakah diletakkan di merata-rata tempat dengan beberapa orang jemaahnya memakai baju Pas apabila memasuki masjid.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung yang singgah dan juga jemaah-jemaah lain.

Ceramah yang pada asalnya berjudul 'Keperibadian Rasulullah' seperti yang dijangka akhirnya melencong menyentuh hal-hal politik terkini khususnya berkaitan pilihan raya kecil yang diadakan.

Usahlah masjid juga hendak dijadikan tempat berpolitik. Sangkutlah ideologi politik masing-masing di pintu pagar masjid kerana kita semua mengadap Tuhan yang sama dan memohon petunjuk yang sama.

ANAK PERAK
Bukit Gantang, Perak

Sunday, March 29, 2009

DEMI KUASA POLITIK BANGSA MELAYU



UMNO perlu dekatkan diri dengan rakyat

SEBAIK sahaja UMNO mendapat nafas baru berkat perubahan kepimpinannya semasa Perhimpunan Agungnya kali ke-59, jelas suara orang Melayu dalam arena politik tanah air akan lebih padu lagi untuk berhadapan dengan suara-suara pihak yang tidak senang dengan kepimpinan UMNO.

Memang selama ini kepimpinan orang Melayu dipersoalkan oleh rakyat, tanpa mengira parti, kerana tidak puas hati dengan beberapa keputusan kerajaan berkaitan kepentingan rakyat dan negara.

Selain daripada itu ialah wujudnya kekurangan sifat-sifat kepimpinan melalui teladan dan ketirisan sifat bersih, cekap dan amanah sehingga rakyat hilang keyakinan. Kini, bibit-bibit keyakinan mula timbul kembali.

Apabila seseorang pemimpin itu menerima mandat untuk memimpin UMNO maka mereka wajib menunjukkan ciri-ciri kepimpinan melalui teladan dan sifat bersih, cekap dan amanah.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan oleh Allah SWT kerana kamu menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menyuruh manusia mencegah kemungkaran.

Barisan kepimpinan baru UMNO kini mempunyai tugas dan amanah yang wajib dipikul bersama-sama untuk berhadapan dengan gelombang cabaran luaran dan dalaman yang berusaha mengikis kuasa politik orang-orang Melayu.

Cabaran itu hendaklah ditangani berdasarkan kepentingan agama, bangsa dan negara. Lebih-lebih lagi nampaknya anak-anak muda Melayu kita sekarang ini seolah-olah seperti mudah dibeli dan mereka seperti macam meletakkan nafsu serakah mengatasi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Adakah anak-anak muda kita sudah seperti sanggup menggadai ajaran agama, bangsa dan negara? Perkara ini elok dikaji. Lebih-lebih lagi jika dalam perebutan kuasa melibatkan soal rasuah, dosa besar di dalam Islam tetapi tidak digeruni.

Saya berasa amat bimbang melihat trend anak-anak muda kita bercakap soal politik bebas sehingga mereka tidak sedar bahawa musuh mereka berada hampir dengan mereka untuk menewaskan bangsa mereka.

Dan adakah musuh mereka menggunakan bangsa mereka sendiri untuk melumpuhkan bangsa mereka seperti tidak mereka hiraukan? Gerakan-gerakan daripada luar yang sudah lama bergerak aktif semenjak krisis 1998 kini sedang memperalatkan boneka-boneka mereka sendiri yang sanggup menjadi alat asing untuk melumpuhkan kuasa politik Melayu. Perkara ini hendaklah disiasat oleh barisan kepimpinan baru UMNO.

Jika selama ini rakyat berasa UMNO sangat jauh daripada mereka, kini barisan kepimpinan UMNO yang baru wajib mendekatkan UMNO dengan rakyat.

Antara langkah-langkah yang boleh dibuat ialah menjadikan UMNO seperti sebuah kedai serba lengkap yang menawarkan pelbagai barangan dan produk yang menarik dan murah.

Jadikan juga UMNO seperti sebuah hospital yang menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mampu menyembuhkan penyakit orang yang berpenyakit. UMNO juga boleh jadi seperti sebuah bank yang mampu memberi dividen yang besar dan mampu memberikan seribu peluang kepada orang yang datang. Apabila keluar dari bank, mereka tersenyum puas dan hendak datang lagi.

UMNO juga perlu menjadi sebuah pasukan bola sepak yang mantap, tidak lemah serta mampu mencipta kemenangan setiap kali mereka bermain. UMNO juga boleh jadi seperti sebuah masjid yang indah dan lengkap menjadi tempat berlindung orang susah dan orang senang.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati UMNO. Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak. Tahniah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

REZA ALJUNAID

Jelebu, Negeri Sembilan


Putrakencana :

Semoga perubahan pucuk pimpinan yang baru ini akan mengembalikan kekuatan UMNO yang sebelum ini telah dipersoalkan oleh Rakyat. Bukannya apa Rakyat telah banyak dikelirukan dan difitnah sedemikian rupa demi untuk kepentingan peribadi seseorang itu.

Sudah sampai masanya UMNO mencerminkan diri jika ada cacat celanya pada UMNO.

Umat Melayu masih memerlukan tampok pemerintahan di Negara ini diterajui oleh UMNO.

Umat Melayu tidak boleh hilang kuasa di Tanah Air sendiri.

Thursday, March 26, 2009

TAHNIAH ANAK MELAYU


Pakar perubatan termuda

KUALA LUMPUR 26 Mac - Menjadi doktor pakar seawal usia 27 tahun mungkin sesuatu yang luar biasa.

Tetapi itu bukan penghalang bagi seorang gadis Melayu, Dr. Tidi Maharani, 27, yang kini bergelar doktor pakar paru-paru dan sedang bertugas sambil belajar di Hospital Beaumont di Dublin, Ireland.

Setiausaha Pentadbiran Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Shariff Hamid berkata, Dr. Tidi yang juga ahli dan jurucakap KULN di Ireland merupakan doktor pakar paru-paru termuda di negara itu.

Katanya, Dr. Tidi juga merupakan bekas pelajar termuda yang mengikuti jurusan perubatan di Royal College Surgeons, Ireland ketika berusia 17 tahun.

''Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor pakar dalam usia yang muda, apatah lagi Dr. Tidi pakar dalam paru-paru.

''Dalam masa sama, kecenderungannya dalam hal ehwal politik juga tidak kurang hebatnya apabila dia turut membantu ibunya, Dr. Paridah Abd. Samad menghasilkan sebuah buku politik bertajuk, Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Shariff, anak pertama daripada dua orang beradik itu juga baru sahaja dianugerahkan Ikon Glokal 2009 oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak tiga hari lalu.

''Sebenarnya, kita ada ramai lagi pelajar yang mempunyai pencapaian yang cukup membanggakan terutamanya anak-anak Melayu kita di luar negara.

''Kebanyakan pelajar-pelajar ini adalah ahli KULN dan juga aktif dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KULN dalam usaha memperkasakan golongan muda di dalam dan luar negara,'' katanya.

Putrakencana :

Tahniah buat buat Dr. Tidi Maharani kerana menjadi Doktor Pakar Termuda yang telah mengharumkan nama bangsa dan Malaysia di mata dunia.

Inilah yang kita hendakkan. Bangsa Melayu yang berjaya di dalam pelbagai bidang.


Wednesday, March 25, 2009

PENGKHIANAT BANGSA , AGAMA DAN NEGARA


Hapuskan petualang bangsa

KUALA LUMPUR 25 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO bertekad menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh petualang bangsa yang tergamak menyemai benih kebencian, menghina tanah air serta mempersendakan institusi raja demi memuaskan nafsu rakusnya.

Dalam ucapan penuh berapi-api ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda hari ini, Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, petualang terbabit secara sumbang mengisytiharkan akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September tahun lalu.

Ia sekali gus menyemai benih keraguan di kalangan rakyat sehingga menjejaskan keyakinan dunia terhadap negara.

''Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah sebaliknya apabila peralihan kuasa berlaku di Perak.

''Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup berbuat apa sahaja. Wahai Petualang bangsa, pelanduk mungkin lupakan jerat tetapi jerat janganlah melupakan sama sekali pelanduk.

''Siakap senohong gelama ikan duri, cakap bohong lama-lama jual negeri,'' kata beliau sambil disambut tepukan semangat daripada 791 anggota perwakilan Pemuda yang memenuhi Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Hishammuddin menarik perhatian bagaimana kebelakangan ini menyaksikan usaha-usaha terancang dan berterusan oleh pembangkang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka.

Rakyat, kata beliau, juga dihasut dengan kebencian terhadap anggota pasukan keselamatan dengan nama pasukan polis dicalar dan dicemarkan.

Malah mereka juga, katanya, begitu sombong dan bongkak mempersoalkan kontrak sosial dan mempertikaikan hak kedudukan orang Melayu dan bumiputera.

Justeru dalam hubungan ini, tegas Hishammuddin, Pemuda berikrar untuk terus mempertahankan tiang seri yang telah menjadi asas menegakkan kedaulatan negara bangsa selama ini.

''Pemuda akan mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menegakkan kedaulatan undang-undang, memastikan hak dan kedudukan orang Melayu dan kaum bumiputera, kesucian agama Islam serta institusi raja-raja Melayu.

''Kita tidak akan membiarkan sama sekali, tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta,'' kata beliau.

Dalam aspek ini, Hishammudin meminta para perwakilan dan orang Melayu mengambil peringatan daripada apa yang pernah dititah oleh Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 21 Jun tahun lalu.

Titah itu seperti berikut: ''Bisikkan kepada mereka akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

''Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dulu lagi terlalu banyak musang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.

''Ingatkan mereka akan sejarah bangsanya bernegara, berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja.''


Dialah yang memulakan satu bentuk penentangan dan menganggu gugat keamanan negara kita Malaysia. Sanggup menjadi kuda tunggangan bangsa pendatang ini untuk melihat Kerajaan Melayu dan Kesultanan Melayu akan lenyap di Malaysia ini.

Ini semua kerana kepentingan peribadi dan dendam kesumat beliau walaupun terpaksa mengadai maruah bangsa dan agama.

Fikirlah nasib anak cucu kita nanti bila kuasa politik tiada lagi ditangan Umat Melayu.

Mahukah kita melihat Umat Melayu merempat di Tanah Air Sendiri.

Sudahlah ekonomi bangsa pendatang ini menguasai di Tanah melayu, kini mereka teringinkan kuasa politik pulak. Itulah bangsa pendatang yang bagi betis mahu peha, bagi peha nak kepala.

Bersatulah Umatku.

Tuesday, March 24, 2009

MAJLIS PEGUAM MENGHINA ISLAM LAGI DAN LAGI



Majlis Peguam terus dikecam

KUALA LUMPUR 24 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam yang sering memainkan isu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas memandangkan ini bukan kali pertama majlis tersebut bermain dengan isu melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

Katanya, majlis itu yang berlatar belakangkan perundangan sepatutnya tidak bermain dengan isu-isu sensitif kaum dan agama apatah lagi ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Majlis Peguam perlu tahu ruang lingkup dan bidang kuasanya dan tidak perlu mencampuri urusan keagamaan.

''Majlis ini juga kadangkala bertindak seperti NGO dan persatuan hak asasi sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat tentang peranannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin dalam kenyataan meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya.

Setakat 12 Mac lepas, sebanyak 1,000 pengunjung laman web tersebut membuat undian dalam tinjauan itu.

Menurut Feriz, Majlis Peguam semakin berani bermain dengan isu-isu sensitif kerana tahu Melayu kini berpecah-belah kerana sentimen politik.

''Tapi perlu diingat, walaupun berpecah-belah dari sudut pandang politik, perpaduan menerusi benteng Islam mampu mengetepikan elemen perbezaan politik,'' tegasnya.

Feriz menambah, sebarang provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara.

Justeru, mereka perlu dikenakan tindakan tegas selain mengkaji semula Akta Profesion Guaman serta membuat pindaan segera berkenaan bidang tugas Majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan juga berpendapat, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas kerana beberapa kali melakukan provokasi ke atas agama Islam.

Katanya, hukuman perlu dikenakan kepada majlis itu sebagai pengajaran kerana sering kali bermain isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini soal Melayu yang dipersoalkan kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

''Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Menurut Fuad, Majlis Peguam yang berlatar belakangkan undang-undang sepatutnya tahu akan beberapa tindakannya sebelum ini telah melanggari peruntukan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga telah membelakangkan keputusan kerajaan dan raja-raja Melayu yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah.

''Dakyah ke atas Muslim, pluralisme keagamaan dan usaha kesamarataan yang dilakukan Majlis Peguam ini perlu dihentikan.

''Oleh itu, perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak lagi mencerobohi bidang keagamaan terutama agama Islam," katanya.

PERALIHAN KUASA POLITIK MELAYU


Sejarah peralihan kuasa

Perhimpunan agung UMNO adalah perhimpunan dan pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO. Tetapi setiap kali perhimpunan tambahan pula ketika ada pemilihan jawatan, bahang perhimpunan ini dilihat sebagai refleksi kepada senario politik tanah air seluruhnya.

Perhatian, spekulasi dan teka teki kalangan rakyat terutamanya aktivis politik pada setiap kali perhimpunan agung UMNO ternyata mengatasi perhatian yang diberikan kepada perhimpunan oleh parti-parti politik lain, tidak kira komponen Barisan Nasional atau parti pembangkang.

Perhatian ini disebabkan pemilihan jawatan dalam UMNO mencorakkan pemerintahan negara secara keseluruhannya. Jawatan tertinggi dalam UMNO adalah tunggak penting dalam pentadbiran negara. Maknanya pemilihan dalam setiap perhimpunan agung UMNO adalah proses memilih pemimpin yang akan mencorakkan negara secara seluruhnya.

Penyandang jawatan Presiden UMNO misalnya akan menjadi Perdana Menteri, sementara jawatan Timbalan Presiden iaitu kedua tertinggi akan menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri. Memang benar tanggapan banyak pihak bahawa pemilihan dalam perhimpunan agung UMNO bukan saja memilih pemimpin tertinggi UMNO malah pemimpin tertinggi negara.

Pemilihan jawatan dalam perhimpunan agung UMNO memperlihatkan selari antara teras demokrasi dan toleransi yang telah diamalkan oleh UMNO sejak dulu lagi. Demokrasi yang total ternyata bukanlah kunci kekuatan kalau tidak disokong dengan toleransi. Kalau ada jawatan yang tidak dipertandingkan bukanlah bermakna demokrasi sudah dikembirikan dalam pemilihan jawatan dalam UMNO.

Jawatan Presiden UMNO misalnya hanya tiga kali dicabar sepanjang sejarah pemilihan UMNO. Pada 1950 dan 1951 jawatan ini dikenali sebagai Yang diPertua. Ini memperlihatkan kesepakatan yang diamalkan oleh UMNO walaupun secara luaran seolah-olah menafikan hak memilih oleh para perwakilan yang menghadiri pemilihan UMNO.

Pada mesyuarat agung UMNO keenam tahun 1951, jawatan Yang diPertua yang disandang oleh Tunku Abdul Rahman dicabar oleh dua calon lain iaitu C.M Yusof dan Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada mesyuarat agung itu yang sekarang dikenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO, Tunku mencapai kemenangan besar dengan mendapat 57 undi sementara C.M Yusof mendapat 11 undi dan Haji Ahmad Fuad hanya mendapat tujuh undi.

Pertandingan antara ketiga-tiga tokoh UMNO ini agak sengit. Tetapi Tunku yang sudah mencipta nama sebagai pemimpin UMNO dan juga seorang yang terpelajar berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk diserahkan tugas sebagai pemimpin nombor satu UMNO. Tetapi yang menariknya, pertandingan tiga penjuru ketika itu tidak memecahkan UMNO kepada beberapa puak.

Barangkali hasrat semua ahli UMNO ketika itu adalah satu iaitu untuk memperjuangkan kemerdekaan negara, soal kalah menang bukan agenda penting. Ini kerana siapa saja yang menang akan memikul tugas utama membawa negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-29 pada tahun 1978, sekali lagi jawatan tertinggi parti itu dicabar. Walaupun jawatan tertinggi itu tidak banyak dicabar dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi atas desakan demokrasi, penyandangnya Hussein Onn berdepan dengan pencabar tunggal, Suleiman Palestin.

Walaupun pada perhimpunan agung itu Presiden UMNO dicabar tetapi Tun Hussein tidaklah terasa kedudukannya goyah. Ini kerana pengaruh pencabarnya, Suleiman Palestin dianggap tidak memberikan kesan yang besar kepada Hussein yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.

Pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO yang paling besar dalam sejarah UMNO ialah pada Perhimpunan Agung UMNO ke 38 tahun 1987. Malah pada pemilihan jawatan tahun berkenaan juga UMNO kelihatan seolah-olah berpecah kepada dua kumpulan dan popular dengan nama Team A dan Team B.

Gelombang perebutan jawatan Presiden UMNO ketika itu dirasai oleh semua orang UMNO dan juga rakyat lainnya. Presiden UMNO ketika itu Dr. Mahathir Mohamad dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah di mana ahli UMNO berpecah kepada Team A yang menyokong Dr. Mahathir dan Team B yang menyokong Tengku Razaleigh.

Pertandingan ini sangat sengit kerana pengaruh Tengku Razaleigh yang sangat kuat ketika itu tambahan pula Team B juga turut disokong oleh beberapa menteri dan timbalan menteri. Tahun 1987 adalah tsunami bagi UMNO kerana gelombangnya memberikan kesan yang sangat besar kepada UMNO selepas itu hingga membawa kepada pengharaman UMNO.

Dr. Mahathir mencatat kemenangan dengan mendapat 761 undi sementara Tengku Razaleigh mendapat 718 undi. Kemenangan tipis Dr. Mahathir itu menyerlahkan lagi perpecahan dalam UMNO kepada dua kumpulan. Ada penganalisis politik berkata, kekalahan Tengku Razaleigh pada perebutan jawatan Presiden UMNO itu disebabkan tercetusnya isu Tengku Razaleigh memakai tengkolok yang berimej salib pada saat-saat akhir sebelum hari pemilihan.

Benar atau tidak tanggapan itu tidak penting kerana yang menariknya Dr. Mahathir memperlihatkan kekuatan serta pengaruh luar biasa berdepan dengan pencabar yang bukan sembarangan.

Kemenangan Dr. Mahathir itu membawa kepada satu lagi tragedi duka kepada UMNO apabila disaman oleh "Kumpulan 11" yang akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1988.

Selepas pertandingan Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh, di atas nama kesepakatan dan keutuhan UMNO, jawatan Presiden tidak dicabar sehingga sekarang. Malah diperkuatkan lagi dengan tradisi peralihan kuasa yang sangat tertib antara Presiden yang akan melepaskan jawatan kepada penyandang baru.

Jawatan kedua tertinggi yang tidak banyak dicabar ialah Timbalan Presiden UMNO. Hanya beberapa kali saja penyandang jawatan ini dicabar misalnya pada Perhimpunan Agung UMNO ke-32 tahun 1981, Timbalan Presiden UMNO, Musa Hitam dicabar oleh Tengku Razaleigh yang berakhir dengan kemenangan kepada Musa Hitam.

Tahun 1984 sekali lagi Tengku Razaleigh mencuba nasib mencabar Musa bersama seorang lagi pencabar yang tidak kurang hebatnya, Datuk Harun Idris. Sekali lagi Musa mencapai kemenangan.

Bagaimana pun dalam pergolakan UMNO tahun 1987 dan berpecahnya 2M (Mahathir dan Musa) dengan perletakan jawatan Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba menewaskan Musa yang mencabarnya untuk jawatan Timbalan Presiden.

Selepas sekian lama jawatan Timbalan Presiden tidak dicabar, pada perhimpunan kali ini jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak akan direbut oleh tiga calon; dua Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Taib. Bagaimana pun Lembaga Disiplin UMNO melarang Ali bertanding kerana didapati melanggar tata etika parti.

Tradisi peralihan kuasa tanpa dicabar adalah kebanggaan UMNO yang diamalkan sejak era Tunku Abdul Rahman lagi. Peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Abdul Razak berlaku dalam suasana harmoni. Tradisi ini dilangsungkan oleh Dr. Mahathir kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 2003 dulu. Tahun ini semua percaya tradisi yang sangat tertib itu diteruskan oleh Abdullah kepada Najib Tun Razak.


Semoga dengan peralihan kuasa ini akan meredakan kembali politik UMNO, iaitu Parti Tunjang pemerintahan Negara Malaysia. Kami Rakyat Malaysia berharap Dato' Sri Najib akan membawa Malaysia dengan lebih Gemilang di persada dunia.

Perdana Menteri Malaysia perlu tegas dalam pemerintahannya.

Jangan memberi muka kepada pihak yang ingin melihat Malaysia didalam keadaan tidak stabil.

Majoriti Rakyat Malaysia mengidamkan Malaysia yang maju jaya dalam ekonomi dan politik.


Monday, March 23, 2009

MEREKA SUDAH BERANI MEMIJAK KEPALA KITA


kalimah Allah: Hormati agama

ISU kalimah Allah SWT yang digunakan oleh umat Islam dan golongan bukan Islam kembali menjadi perdebatan dan persengketaan hangat dewasa ini.

Isu ini sebenarnya sudah pun digemburkan pada dua tahun lepas, iaitu pada bulan Februari 2007. Namun, ia kembali hangat apabila ada beberapa pihak mula cuba untuk memperkatakannya semula.

Menerangkan kembali kronologi isu ini, ia bermula apabila permohonan semula oleh Herald Catholic yang mewakili pihak Gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam tulisan-tulisan ajaran Kristian mereka.

Namun, sebenarnya pada 16 Mei 1986 lalu, Kabinet telah pun mewartakan berkenaan larangan bagi mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, Solat, Baitullah dan Kaabah.

Usaha pihak tertentu bagi memohon digunakan kalimah Allah ini boleh ditafsirkan dengan banyak pengertian. Secara pandangan jujurnya, bagi golongan ini, ia satu pendekatan untuk lebih memahami akan ajaran Islam itu sendiri, maka kalimah Allah diguna pakai untuk mendapatkan makna lebih jelas.

Namun perlu diingat, bahawa apabila membincangkan berkenaan kalimah Allah, ia sekali gus bersangkut-paut dengan akidah Islam iaitu prinsip dalam agama Islam, yang mana ia menjadi satu pegangan yang tidak boleh diterjemah sesuka hati.

Dengan melihat suasana dan keadaan, ia boleh berubah dan dipakai sesuka hati. Jika itulah pandangannya, maka ia tidak benar!

Mungkin pada sudut dakwahnya, pandangan ini nampak agak 'keras' dan jumud. Boleh saja dikatakan bahawa dengan membenarkan penggunaan kalimah ini, ia akan mampu menarik golongan bukan Islam untuk lebih memahami Islam.

Bukankah banyak lagi medium lain seperti dialog antara agama dan sebagainya. Maka gunakanlah peluang ini untuk lebih memahami Islam.

Yang lebih membimbangkan, baru-baru ini seorang penyanyi dari negara seberang yang bernama Agnes Monica dengan berani memutar belitkan makna sebenar kalimah Allah dengan maksud yang salah.

Lebih mengecewakan, terdapat agenda doktrinisasi yang sangat halus dengan menggunakan medium nyanyian untuk menarik golongan yang kurang faham terhadap perkara-perkara sebegini.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melihat isu dengan serius dan meminta tindakan segera perlu diambil.

MPMUM bersedia menyediakan medan perbincangan antara pemimpin-pemimpin agama, golongan intelektual serta kerajaan bagi menyelesaikan isu ini.

Seterusnya sesi penerangan kepada masyarakat perlu diadakan agar mereka faham dan tidak keliru dengan persoalan agama sebegini.

MOHD. AIZAT MOHD. SALEH

Pengerusi Biro Kerohanian,

Kepimpinan dan Pembangunan

Insan, Majlis Perwakilan

Mahasiswa Universiti Malaya

Monday, March 9, 2009

DAULAT TUANKU


Ada usaha radikal ubah resipi kekuatan Melayu: Raja Nazrin


BANGI: Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah kini timbul usaha radikal daripada kalangan pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda bertitah, resipi itu meliputi elemen yang terdiri daripada faktor agama, bahasa dan budaya di bawah payung naungan dan perlindungan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Klausa menyentuh agama Islam, institusi raja Melayu, adat istiadat Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan.


"Takrif bangsa Melayu diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disaluti dengan agama.

"Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi ini," titah baginda ketika melancarkan buku "The Malays" di Bilik Senat, Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.


PUTRAKENCANA : Sebagaimana Tok Nenek Teman menjunjung akan kesultanan Melayu beratus tahun dahulu. Teman dan anak cucu akan sentiasa di bawah payung Tuanku.

Jangan sesekali memberi peluang bangsa pendatang ini menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan kuasa Kesultanan Melayu.

Kepada Melayu yang menjadi alat dan kuda tunggangan ini insaflah sebelum nasi menjadi bubur.

Jangan mengkhianat bangsa sendiri demi tamakkan kuasa.


Bersatulah Umatku.

KESAN EKONOMI SEMASA NEGARA


Daya saing Melayu, Cina, India

KRISIS ekonomi dunia yang sudah pun melanda Amerika Syarikat dan negara-negara maju lain hinggakan mereka terpaksa melaksanakan dasar 'sosialis' seperti pengambilalihan bank dan memberikan pinjaman penyelamatan (bail-out) yang besar. Kita di Malaysia sudah pun mula merasainya dan kerajaan sedang berhempas pulas merumuskan dasar-dasar membantu sektor perniagaan dan rakyat jelata.

Ramalan-ramalan pakar sudah pun mengesahkan bahawa kegawatan kali ini akan berlanjutan begitu lama. Mungkin lebih lama daripada krisis di Amerika Syarikat pada tahun 1930. Pada ketika itu ramai lelaki di Pantai Timur Amerika terpaksa merantau ke Pantai Barat mencari kerja meninggalkan anak bini, dan anak-anak menjadi kutu jalan.

Dalam soal ini, kedudukan Malaysia dikatakan unik kerana ia dihuni oleh penduduk pelbagai bangsa dan jenis perniagaan pula dikuasai mengikut bangsa. Saya berharap pembuat-pembuat dasar di Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi dan sebagainya memahami impak krisis ekonomi ini ke atas setiap bangsa yang menghuni negara ini. Impaknya kelak adalah berbeza mengikut etnik Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Impak ke atas orang Melayu, Kadazan dan Dayak adalah lebih kurang sama. Berdasarkan angka-angka sosioekonomi taraf penginapan, pekerjaan, daya saing dalam perniagaan kecil mereka adalah lebih kurang sama.

Orang Cina pula adalah bangsa yang paling versatile dan agile untuk berdepan dengan krisis ekonomi ini. Nisbah simpanan mereka lebih tinggi, kedudukan hutang atau credit rating lebih baik, malah daya saing pekerjaan orang Cina dan India juga lebih berpotensi berbanding orang Melayu.

Ini kerana etnik Cina dan India adalah 'insan global' dan dengan mudah mereka boleh berhijrah ke Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia dan New Zealand untuk mencari pekerjaan jika keadaan di Malaysia menjadi teruk.

Ini kerana mereka bukan sahaja bukan Islam, malah mempunyai kemahiran dan kelayakan serta juga rangkaian (network) melalui sanaksaudara di negara-negara tersebut.

Malah di Malaysia sendiri, orang Cina dan India yang punya modal dan kadar simpanan tinggi berbanding Melayu juga boleh mengambil kesempatan daripada krisis ekonomi ini untuk menguasai peluang baru hasil daripada kejatuhan hartanah dan saham syarikat.

Di sini saya ingin paparkan dua kisah benar mengenai soal daya saing rakyat kita yang bekerja di luar negara; seorang Melayu dan seorang bukan Melayu.

Pertama seorang wanita Melayu yang menuntut di Amerika Syarikat di bidang kejuruteraan mekanikal akhirnya mendapat pekerjaan dengan syarikat Boeing, syarikat pembuat kapal terbang dan senjata.

Tiba sahaja 'serangan keganasan' September 11, dia dan pekerja-pekerja Islam lain termasuk orang Islam rakyat Amerika sendiri diberhentikan kerja dan diberikan pampasan kononnya atas sebab keselamatan.

Wanita Melayu ini pun pulang ke tanah air, walaupun dulunya dia sendiri memandang serong terhadap negaranya sendiri yang kononnya mengamalkan dasar yang bertentangan dengan Amerika Syarikat. Kehidupannya kini tidaklah cemerlang.

Sebaliknya kisah kedua iaitu seorang etnik Cina Malaysia yang mempunyai perniagaan kontrak lori binaan berhijrah ke Amerika Syarikat (AS) kerana krisis ekonomi 1997.

Mula-mula dia dan isterinya ke New York dan menyertai rakan-rakannya bekerja mencuci pinggan di sebuah restoran Cina di kota itu, tetapi tidak lama kemudian seorang kawan lain di Houston, Texas mengajaknya ke sana kerana gaji lebih lumayan.

Setelah beberapa tahun di Houston dan seorang anaknya juga lahir di sana, mereka pulang ke Malaysia dan menganggur sekejap tetapi simpanan yang dibawa balik dari AS lebih daripada mencukupi.

Abang iparnya kemudian menyuruh dia ke Bangkok dan mencari perniagaan dan setelah banyak berbelanja, dia mendapat peluang perniagaan iaitu membeli papan litar komputer untuk dibekalkan kepada syarikat pembuat komputer di Taiwan.

Sekarang dia sudah kaya-raya dan hidup di Malaysia dan Bangkok.

Anaknya yang lahir di Houston pun tidak mahu balik ke Malaysia kerana dia sendiri sudah pun berjaya sebagai warganegara AS.

Inilah bezanya orang Melayu dengan orang Cina dan India. Mereka mempunyai network (orang Cina luar negara) di seluruh dunia.

Sebaliknya orang Melayu Islam bukan sahaja tidak boleh berhijrah mencari kerja di negara Barat, malah hendak ke negara Islam lain pun hampir mustahil kerana ekonomi negara-negara itu sendiri lemah dengan kadar pengangguran yang tinggi.

Oleh yang demikian, pembuat dasar kepada krisis ekonomi ini harus memahami impaknya terhadap orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, dalam usaha membantu golongan itu, kerajaan harus pastikan amalan rasuah dihapuskan terlebih dahulu. Ini kerana disebabkan amalan rasuahlah, daya saing orang Melayu terlalu lemah. Mereka enggan berusaha, sebaliknya mencari jalan mudah melalui amalan buruk itu.

SAAD HASHIM
Ampang

SENTIASA BERHATI-HATI DI ALAM SIBER


Hati-hati guna Facebook, MySpace...

RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.

Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.

Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.

Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

l Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.

l Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.

l Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.

Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.

Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini.

MAN MAD
Kuala Lumpur

BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH

Usah abai perpaduan

Oleh Sazarina Shahrim dan Khairul Azran Hussin
bhnews@bharian.com.my


SEBAHAGIAN daripada 100,000 peserta yang menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2009 di Dataran Merdeka, semalam.

Yang di-Pertuan Agong ingatkan rakyat hindari pertelingkahan

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, semalam mengingatkan semua pihak jangan memandang remeh isu perpaduan yang menjadi tonggak kekuatan, kestabilan dan kemajuan negara ini.

Seri Paduka menegaskan, segala dasar yang dirangka ke arah menjadikan negara dan seluruh rakyat sebagai masyarakat maju pada masa depan, tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan diambil ringan.


"Usaha untuk menyatupadukan masyarakat mesti dilakukan secara berterusan," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah' (umat terbaik dan berkualiti) di Dataran Merdeka, di sini, semalam.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sambil menyifatkan tema sambutan kali ini bertepatan dengan tuntutan dan cabaran alaf ke-21, Tuanku Mizan menyeru umat Islam menghayati sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang menekankan kepentingan kesatuan di kalangan manusia sebagai pemangkin Khaira Ummah.

"Menyingkap kembali sejarah Rasulullah, ada beberapa isu perpaduan dan kesatuan menurut perspektif Islam yang menjadi tonggak kekuatan yang amat penting. Penghayatan Islam yang diterjemahkan melalui sejarah kegemilangannya membuktikan umat manusia suatu ketika dulu pernah bersatu di atas paksi kebenaran.

"Ketika itu wujud keharmonian, kestabilan dan kesefahaman. Namun, apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlaku pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa manusia lantaran kemurkaan Allah," titah baginda.

Seri Paduka menegaskan, Islam mengharamkan sebarang bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi, sebaliknya menganjurkan keamanan, hak kesamarataan dan saling bantu membantu. Islam juga mewajibkan perlindungan dan hak sama rata ke atas setiap lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, baginda mahu seluruh umat Islam berusaha dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan serta mempertingkatkan penghayatan terhadap al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sehingga menjadi ummah yang bersatu padu, terbilang dan sentiasa mapan mendepani cabaran semasa.

Pada majlis sambutan itu, Tuanku Mizan turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada enam penerima.

Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Sidek Baba, menerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1430 Hijrah yang pertama kali diperkenalkan. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000, piala dan sijil penghargaan.

Lima penerima Anugerah Maulidur Rasul pula ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman; Pengarah Urusan Syarikat Laksamana Nusantara Sdn Bhd, Mortadha Lau Abdullah; Yang Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia, Mohd Yunus Pathi Mohd; pelajar, Muhammad Ahmad Zahid dan kanak-kanak kurang upaya, Muhammad Haziq Samrat. Mereka menerima wang tunai RM22,000, piala dan sijil penghargaan.

Sambutan bermula dengan perarakan kira-kira 100,000 peserta dari kontinjen jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan institusi latihan serta wakil masjid.

Ia turut diserikan dengan persembahan nasyid dan lagu ketuhanan, penceritaan kisah nabi, sketsa dan pukulan kompang oleh artis tempatan seperti Hijjaz, Waheeda, Yassin, kumpulan Kopratasa dan Al-Gebra.

BERSATULAH UMAT MELAYU

Henti bertelagah sesama Melayu


SULTAN Sharafuddin Idris Shah menandatangani plak menandakan perasmian pembinaan semula Masjid Jamek Sulan Abdul Aziz Shah, Jalan Templer, Petaling Jaya, semalam.


Alhamdulillah, beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, beta dapat hadir ke majlis perasmian pembinaan semula Masjid Sultan Abdul Aziz yang menjadi nadi penggerak masyarakat Islam di tengah-tengah bandar Petaling Jaya ini. Beta berharap, majlis yang diadakan ini akan mencetuskan semangat perpaduan di kalangan rakyat serta masyarakat di sini dan juga dapat memberikan rahmat dan keberkatan kepada seluruh masyarakat di sini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan dengan lebih baik dan sempurna, terutama sekali untuk memberikan keselesaan beribadat kepada Allah SWT.

Masjid ini telah dibina dan dinamakan sempena nama ayahanda beta pada 1964. Oleh sebab Petaling Jaya telah berkembang maju dan rakyatnya semakin bertambah serta dinaik taraf menjadi bandar raya, maka keperluan untuk menampung lebih ramai jemaah adalah perlu, maka masjid ini telah dibina semula sesuai dengan taraf Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya. Beta ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menyumbangkan perbelanjaan sebanyak RM10 juta untuk pembinaan semula masjid ini yang telah diuruskan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zainul Ariff Haji Hussain semasa beliau berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan.

Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak swasta serta individu yang turut membantu dalam proses pembinaan semula masjid ini. Beta tidak lupa juga untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Petaling Jaya yang telah bersabar dalam menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk beribadat sementara menantikan siapnya pembinaan semula masjid ini.

Sesungguhnya masjid adalah tempat yang mulia dalam Islam. Namun begitu masjid bukanlah semata-mata tempat untuk menunaikan sembahyang berjemaah sahaja, tetapi ia juga adalah sumber utama pembinaan kekuatan ummah dan juga merupakan tempat yang boleh menyatukan umat Islam secara menyeluruh.

Menyedari hakikat inilah maka kita harus berusaha menjadikan masjid sebagai satu institusi yang penting dan utama bagi mengembalikan perpaduan dan kekuatan ummah. Mendidik ummah supaya bertakwa kepada Allah, merasa mulia dengan Islam, menyayangi dan taat setia kepada tanah air serta sedia berkorban untuk bangsa, agama dan negara.

Oleh itu, para pegawai masjid yang dilantik bukan sahaja mesti mempunyai kelayakan akademik yang tertentu bahkan mempunyai sifat keperibadian yang tinggi serta mempunyai karisma yang terbaik sebagai pemimpin masyarakat. Dalam masa yang sama mestilah sanggup turun bersama-sama dengan masyarakat dalam semua aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan setempat. Laksanakanlah tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh, saling membantu dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.

Selain itu, pihak-pihak yang terlibat perlulah memandang serius dan prihatin sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak sepatutnya ditimbulkan dalam suasana kedamaian rumah Allah SWT ini.

Hindarilah gejala-gejala pecah amanah, perebutan kuasa, dengki mendengki, fitnah memfitnah, menimbulkan unsur hasutan, unsur-unsur campur tangan politik dan perkauman, unsur-unsur ajaran sesat serta gejala-gejala buruk yang lain sehingga boleh memporakperandakan kesatuan umat Islam bahkan mencacatkan imej kemuliaan masjid ini.

Di kesempatan ini, beta ingin meluahkan rasa kesal dan dukacita serta kebimbangan beta terhadap orang-orang Melayu di negeri Selangor ini yang mana telah berpecah belah, disebabkan berlainan fahaman politik. Pepatah Melayu ada mengatakan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tetapi memandangkan keadaan kucar-kacir yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu, adakah orang Melayu akan kekal di dunia ini? Jawapannya, tentulah kekal, tetapi apalah gunanya jika orang Melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

Sudah lupakah orang Melayu akan sejarah negara kita? Di mana dengan kesepakatan, kesefahaman serta bersatunya orang-orang Melayu maka tercapailah kemerdekaan tanah air yang kita kasihi ini.

Beta merasa kesal, mengapa sejak kebelakangan ini tersebar di media elektronik dan media cetak suara-suara lantang yang mempersoalkan tentang kedudukan orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu di negara ini, pada hal seperti yang beta katakan, perkara ini telah dipersetujui sebelum negara ini mencapai kemerdekaan dan telah termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan. Apa yang lebih menyedihkan beta, suara-suara lantang ini datangnya daripada orang Melayu sendiri yang biadap, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu.

Orang Melayu telah diasuh dari zaman nenek moyang kita di atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat. Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati. Di manakah orang Melayu sekarang? Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri.

Beta telah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain. Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata.

Negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun dan telah maju serta boleh bersaing dalam dunia global ini. Adakah orang Melayu mahu melihat semua kemajuan yang dicapai ini hancur lebur dan kehidupan seharian menjadi porak-peranda hanya disebabkan oleh fahaman politik dan bergaduh sesama sendiri.

Sekali lagi beta menyeru kepada rakyat negeri Selangor yang beta kasihi ini supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku, dan bertanya kepada diri sendiri, adakah kita mahukan keamanan dan kesejahteraan hidup dalam suasana harmoni seperti yang kita nikmati ini berterusan? Atau bertelagah sesama sendiri dan tidak menghiraukan lagi adat dan budi bahasa, hormat-menghormati dan membelakangkan undang-undang untuk kepentingan sendiri sehingga negeri yang kita kasihi ini akan menjadi musnah dan mundur seperti negara-negara Dunia Ketiga.

Bersatulah orang Melayu, apabila ada isu-isu kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Beta sentiasa berdoa ke hadrat Allah SWT agar negeri Selangor yang kita kasihi ini sentiasa dilindungi dan dirahmati, tidak ditimpa malapetaka dan rakyatnya yang berbilang kaum hidup dengan aman sejahtera, harmoni dan terus maju.

Tuesday, March 3, 2009

KAUM PENDATANG, BAGI BETIS MAHU PEHA.


Apa sebenarnya mereka mahu?

SAYA terpanggil untuk menulis kerana terlalu geram dan kecewa dengan sesetengah pihak terutamanya ahli politik yang semakin biadab dan tidak menghormati hak yang telah diberikan kepada bumiputera dan orang Melayu khususnya.

Golongan ini telah lupa dan tidak sedar sejarah negara ini. Jika kita kaji sejarah yang tidak sampai pun 100 tahun ini, sememangnya orang bukan Melayu seperti yang berasal dari tanah besar Cina dan juga India yang berhijrah ke negara inilah yang paling beruntung sekali kerana diberikan peluang untuk tinggal dan menetap di negara serta mendapat kerakyatan sama seperti kaum bumiputera.

Mereka harus sedar, kaum Cina dan India di Malaysia diterima dengan hati terbuka oleh penduduk pribumi negara ini khususnya orang Melayu.

Fikirkanlah semula dan bersyukurlah bahawa kaum bukan bumiputera di negara ini telah diberikan layanan yang sebaiknya oleh kerajaan.

Jadi, mengapa harus dipertikaikan hak keistimewaan bumiputera yang hanya sekelumit ini bagi menjaga kepentingan bangsa Melayu khususnya yang masih jauh ketinggalan di belakang berbanding kaum-kaum lain.

Dari segi ekonomi, cuba kita lihat siapakah yang menguasai pasaran sebenarnya?

Dengan kuota yang hanya beberapa peratus yang diberikan golongan bumiputera di dalam ekonomi ini pun ingin 'dicantas' oleh sesetengah pihak yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dinikmati mereka selama ini.

Saya amat tertarik dengan ceramah yang pernah disampaikan oleh ustaz mualaf di jabatan saya baru-baru ini, apabila beliau sendiri menyatakan rasa kecewa dengan sikap bangsanya itu yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang dinikmati di negara ini selama ini.

Beliau menyatakan bahawa kaum bukan bumiputera harus sedar tentang kontrak sosial yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara dan mereka juga harus merenung sejarah dan mengakui bahawa orang Melayu ini harus diberi keistimewaan.

Baru-baru ini, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bersikap biadap dengan mendakwa 'bumiputeraisme' sama dengan dasar aparteid.

Ini sama sekali telah mengguris perasaan orang Melayu khususnya kerana hak-hak mereka telah dicabar oleh orang bukan Melayu. Saya juga hairan adakah hak-hak yang diberikan kepada bumiputera ini mengganggu periuk nasi dan kehidupan orang bukan bumiputera?

Saya rasa bukan bumiputera telah diberikan hak yang lebih daripada sepatutnya. Walaupun banyak pertikaian yang ditimbulkan oleh golongan ini tentang hak bumiputera, orang Melayu masih bersabar dan tenang menghadapi cabaran.

Saya juga setuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu kaum Melayu lebih agresif mencabar tindakan golongan-golongan yang cuba menyentuh isu hak bumiputera ini.

Dr. Mahathir juga berpendapat sikap berdiam diri inilah yang membuatkan golongan-golongan ini semakin berani mencabar hak bumiputera di negara ini.

Saya berharap pendapat saya sebagai anak Melayu dan sebagai seorang Islam ini dapat diambil secara positif terutamanya golongan pemimpin yang akan memacu negara ini ke arah lebih maju dan majmuk.

TEKNOKRAT
Bandar Utama, PJ

BANGSA PENDATANG INGIN MENGUBAH SEJARAH MELAYU



Usaha Cheng Hau ubah sejarah

ORANG Melayu dan umat Islam tidak perlu melatah berikutan kenyataan Ketua Pembangkang Johor, Dr. Boo Cheng Hau, yang menyamakan dasar membantu bumiputera dengan dasar apartheid yang diamalkan oleh kerajaan kulit putih Afrika Selatan dulu. Juga negeri-negeri di wilayah selatan Amerika Syarikat seperti Arkansas, Texas, Alabama dan lain-lain pada satu masa dulu.

Pertama sekali Cheng Hau ternyata buta sejarah. Atau dia memang tahu sejarah tetapi mahu mengubah sejarah, seperti Singapura mengubah sejarah dengan mengajar anak-anak mereka di sekolah bahawa apabila penjajah British, Stamford Raffles tiba di pulau itu, ia hanya diduduki oleh orang laut. Walhal ketika itu pulau itu adalah sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau yang sudah punya penduduk dan tamadun.

Cheng Hau sengaja tidak hendak menerima hakikat bahawa waktu penjajah Belanda, Portugis dan British tiba di negeri ini dengan siapakah mereka berunding dan menipu untuk mewujudkan pusat perdagangan dan seterusnya menjajah, kalau bukan dengan raja Melayu?

Penjajah British pula membawa orang China dan India untuk bekerja dengan mereka sama ada sebagai kakitangan awam pemerintahan British atau sebagai kuli di lombong bijih timah dan ladang getah yang kemudian menjadi pedagang dan usahawan sehinggalah hari ini.

Inilah masa pakar sejarah seperti Tan Sri Khoo Kay Kim tampil memberikan gambaran sebenar. Parti politik bukan Melayu perlu menerima hakikat ini dan jangan pula hak mengundi dan berpolitik itu dijadikan pasport untuk melupakan segala aspek sejarah ini.

Mereka perlu hargai Hak Jus Soli iaitu kerakyatan menerusi kelahiran itu adalah satu rahmat besar yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu.

Apa pun saya ingin mengesyorkan agar dakwaan Cheng Hau itu dijadikan kenyataan demi kebaikan umat Islam. Dasar apartheid mengasingkan orang kulit putih dengan kulit hitam seperti kemudahan tandas atau tempat duduk dalam bas.

Oleh itu majlis bandaran dan tempatan patut menyediakan tandas awam untuk orang Islam dan bukan Islam. Setiap tandas awam Islam ada ruang solat dan dengan ini ia boleh menggalakkan anak muda Islam bersolat.

Bukan itu sahaja, orang Islam ada cara sendiri masuk tandas dan menggunakan tandas. Kita masuk dan keluar dengan doa. Kita duduk untuk buang air kecil dan basuh menggunakan air.

Satu lagi dasar apartheid yang perlu dilakukan ialah demi kebersihan jasmani dan rohani, umat Islam dimestikan hanya makan di kedai atau restoran Islam. Ini kerana orang Islam mesti makan dan minum bukan sahaja yang halal tetapi juga toyyibbah.

Dari segi ekonomi, umat Islam patut melanggani perniagaan Islam bukan pergi melepak di Starbucks atau kopitiam.

Yang peliknya, orang bukan Islam sendiri telah pun mengamalkan dasar apartheid ini. Umpamanya, berapa peratuskah wang bukan Islam dibelanjakan di kedai makan Islam berbanding wang orang Islam yang habis di restoran kepunyaan bukan Islam?

Kita tahu dan kita nampak bahawa ekonomi peruncitan bukan Islam amat bergantung kepada pelanggan Melayu dan Islam walaupun mereka jarang mengambil anak Melayu bekerja. Sifat muhibah orang Melayu tidak ada sempadan tetapi jarang dihargai oleh bukan Melayu.

SAAD HASHIM

Ampang, Selangor

KUIL DIA PUN BAWAH POKOK, APA NAK DIHAIRANKAN.

Sidang DUN bawah pokok


SPEAKER DUN Perak,V. Sivakumar (tengah) mengadakan sidang tergempar di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, semalam. [ Lagi gambar, grafik di muka 3, 5 ] – UTUSAN/MOHD NAJIB MOHD NOR


IPOH 3 Mac – Pakatan pembangkang DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengadakan ‘sidang tergempar’ Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok, kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.

Persidangan tersebut bermula pukul 10.15 pagi setelah mereka dihalang memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Sebanyak 27 wakil rakyat pakatan pembangkang menghadiri sidang tergempar itu yang dikendalikan oleh Speaker, V. Sivakumar dan Setiausaha Dewan yang baru dilantik, Misbahul Munir Masduki.

Persidangan di bawah pokok itu turut mendapat perhatian kira-kira 300 orang awam termasuk pemberita dari dalam dan luar negara.

Lebih menghairankan, persidangan tersebut turut meluluskan tiga usul dan dipersetujui sebulat suara oleh semua ahli dewan yang hadir.

Usul pertama yang dicadangkan ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Usul itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah.

Usul kedua pula dikemukakan oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang yang mencadangkan supaya Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan DUN dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri.

ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham pula membuat usul ketiga supaya ahli dewan mengesahkan keputusan Speaker melarang Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan yang menyaksikan semua wakil rakyat terpaksa berdiri, ditangguhkan pada pukul 10.33 pagi.

Terdahulu, wakil rakyat tersebut bersama penyokong merempuh barisan halangan anggota keselamatan di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan kira-kira pukul 9.30 pagi hingga menimbulkan kekecohan.

Sementara itu, Mohammad Nizar pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak tidak lama kemudian berkata, beliau sebagai ‘Menteri Besar’ akan mohon menghadap Sultan Perak bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan DUN.

Beliau berkata, permohonan itu akan dibuat setelah semua dokumen berkaitan siap.

Ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Perak enggan memperkenankan permohonan membubarkan DUN, beliau berkata, ia hanya akan menyebabkan krisis Perlembagaan berterusan sehingga menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di negeri ini.

‘‘Kita minta semua rakyat merayu kepada Tuanku untuk bubarkan DUN,” katanya.

Koo Ham pula meminta, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh ‘dewan’ tersebut kerana ia satu-satunya jalan penyelesaian kepada krisis Perlembagaan di negeri ini.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan tindakan polis menghalang mereka memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat.

Sehubungan itu katanya, laporan polis akan dibuat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana menghalang mereka memasuki dewan.

Sunday, March 1, 2009

BANGSA YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH


Kenyataan ‘aparteid’ biadab – MB

SEREMBAN 28 Feb. – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah biadab.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

‘‘Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

‘‘Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

Sehubungan itu kata Mohamad, amat wajar Cheng Hau memohon maaf kerana kata-kata berselindung di sebalik imuniti dalam Dewan Undangan Negeri boleh juga didengar oleh rakyat.

‘‘Kita sudah terlalu payah menyatupadukan rakyat sejak 52 tahun lalu dan kita sudah bina penyatuan yang baik. Jadi ingatlah, kalau hendak jadi pembangkang, jadilah yang baik,” katanya.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Mohamad turut menyampaikan sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan lslamic Relief Malaysia (IRM).

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu disampaikan bagi pihak Pekerti dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) cawangan Negeri Sembilan sebanyak RM8,000.

Sumbangan diterima oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.