Tuesday, April 28, 2009

BABI LAGI ???????


Penduduk demonstrasi bantah ternakan babi


SEBAHAGIAN penduduk sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka, semalam mengadakan perhimpunan aman membawa sepanduk membantah ternakan babi di kawasan tersebut yang dikhuatiri boleh membawa kepada wabak selesema babi (H1N1) yang melanda dunia ketika ini.


ALOR GAJAH 28 April - Hampir 50 penduduk sekitar Pengkalan Balak di sini hari ini mengadakan perhimpunan aman membantah ternakan babi di kawasan itu yang dikhuatiri membawa kepada wabak selesema babi (H1N1).

Dengan membawa sepanduk bantahan, para penduduk mendakwa, ternakan babi di situ sejak lebih 30 tahun lalu perlu dihentikan segera sebelum ia menjadi punca merebaknya H1N1 di kalangan penduduk.

Rata-rata mereka mahu kerajaan negeri segera menghentikan operasi ternakan babi itu ekoran kebimbangan penduduk terhadap ancaman wabak terbaru tersebut.

Seorang penduduk, Zahrah Bachik, 62, berkata, walaupun belum ada kes jangkitan wabak selesema babi di negara ini, ia tidak bermakna Malaysia terselamat daripada dijangkiti H1N1.

"Dari dulu sampai sekarang, isu babi sering menjadi masalah penduduk di sini menyebabkan kami tidak pernah hidup selesa.

"Kini, nyawa kami pula menjadi pertaruhan apabila haiwan ini boleh membawa wabak baru yang mengancam nyawa," katanya.

Justeru, dia amat berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian yang serius terhadap masalah dihadapi mereka yang tidak pernah selesai sehingga kini.

Salah seorang penduduk Kampung Pengkalan Balak, Zakaria Othman, 46, berkata, setiap hari penduduk hidup dalam ketakutan sejak berita tentang penemuan wabak selesema babi itu dilaporkan.

"Ia ibarat mencari penyakit kerana penduduk di sini terpaksa tinggal dalam kawasan yang mempunyai ladang ternakan babi.

"Dulu mungkin kami boleh bersabar, tapi apabila sudah sampai ada wabak yang boleh mengancam nyawa kami, takkan pihak berwajib hendak berdiam diri?" katanya.

Tambahnya, jika ladang ternakan babi di kawasan itu tidak dipindahkan sekalipun, kerajaan perlu memastikan pengusaha haiwan itu melakukan ternakan dengan cara moden.

"Ternakan cara moden mungkin memadai untuk kami berasa lebih selamat kerana tiada pencemaran berlaku," katanya.

Sementara itu, pengusaha sebuah resort di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Ab. Rahman Yusof, 50, berkata, ternakan babi itu perlu dihentikan segera demi memastikan pembangunan pelancongan di kawasan tersebut.

"Jangan sampai berlaku kes jangkitan wabak selesema babi di kawasan ini yang akhirnya menjejaskan satu-satunya kawasan pelancongan di daerah ini.

"Tindakan segera perlu diambil oleh pihak berwajib sebelum keadaan menjadi semakin serius," katanya.

Abdul Rahman Abdullah, 45, pula, kesal kerana isu babi di kawasan itu tidak pernah selesai walaupun mendapat rungutan yang berterusan di kalangan penduduk.

"Sampai bila kami perlu hadapi masalah babi ini? Adakah ia bermakna babi lebih penting dan penduduk yang terpaksa berpindah?" soalnya.

Penularan virus H1N1 yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik, mula dikesan di Mexico City, 24 April lalu.

Sehingga semalam, angka kematian di negara itu yang disahkan dan disyaki berpunca daripada selesema babi mencecah 152 orang manakala sekitar 1,995 orang telah dimasukkan ke hospital.

Ekoran itu, Kerajaan Malaysia kini mengawal ketat semua pintu masuk negara sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak tersebut.


Putrakencana :

Susah, susah, susah dibuatnya kesan ini bukan mereka yang menternak dan makan babi dapat, tapi orang yang tak terlibat dengan babi pun terkena kesannya.

Beribu tahun dahulu Islam telah mengharamkan ternakan babi ini. Mereka masih lagi mempertahankannya.

Kerajaan nak ambil tindakanpun susah.

3 comments:

  1. Salam Tuan,

    Susah-susah musnah saja kan macam kes wabak JE di Melaka tu kan... sebagai mengambil langkah berjaga-jaga gitu....

    ReplyDelete
  2. musnahkan segera kandang babi yang berada berhampiran dengan perumahan penduduk!

    kalau betul nak buat kandang moden! buat kat dalam hutan belantara la!yang jauh berpuluh-puluh batu dari penempatan orang ramai!

    la ni penyakit babi tiba di dunia ini!lepas ini pasti ada jugak bala lain yang Allah akan turunkan. Semua ini adalah balasan atas sikap manusia sendiri yang masih tidak mengamalkan cara hidup yang Islam anjurkan!jangan lah jual babi ditempat terbuka kepada semua umat Islam!jangan buat kandang babi berhampiran perkampungan dan penempatan orang Islam..tolong la jaga skit sensitiviti umat Islam negara ini!jangan sampai bala lain pula yang akan Allah Taala turunkan kepada manusia di dunia ini. Insaflah!

    ReplyDelete
  3. selsema babi boleh maut. kalau cancer babi macam macam mano? kalau perangai babi? kalau manusia jadi BABI....? BETULKAH ITU TAG LINE BABI = BROTHER ANUAR BIN IBRAHIM???

    MAKA JAUHILAH DARI BABI... JANGAN UNDI LAH!!!

    ReplyDelete