Wednesday, January 21, 2009

JIRAN KITA


Hubungan Singapura dan Israel


Singapura
Republik ini walaupun kecil tetapi taringnya lebih besar dari Harimau Malaya. Maka tidak hairanlah jika ada orang mengatakan jika Malaysia berperang dengan Singapura maka Malaysia akan kalah.

Sejauh manakah kebenaran kata-kata ini?
Ianya memang benar. Singapura yang kecil itu sebenarnya menguasai hampir keseluruhan sistem keselamatan Malaysia melalui tali barut-tali barut di Malaysia. Boleh dikatakan tiang seri ekonomi Malaysia hampir 60 % dimakan anai-anai Israel yang bersarang di Singapura.

Israel Menguasai Malaysia Melalui Singapura
Dalam menguruskan sistem keselamatan negara, salah satu aspek penting ialah sistem komunikasi dalaman iaitu antara pejabat persekutuan dengan ibu pejabat negeri. Kawalan ke atas sistem komunikasi amat penting kerana kebocoran maklumat akan menyebabkan pihak luar mudah meneroka strategi rahsia keselamatan negara. Namun sekarang, ia bukan sekadar tidak selamat, malah dimiliki sepenuhnya oleh Israel melalui agen-agennya di Singapura. Sistem komunikasi PDRM dimonopoli terus oleh syarikat-syarikat Yahudi di Singapura. Perkara ini disahkan sendiri oleh akhbar The Star pada 5 Ogos 2008 (Selasa).

Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H). Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta. Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah 'individu' yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel. Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan? Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah 'pakar' sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen. Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak? Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Penguasaan Singapura dan Israel di Malaysia
Seperti yang didedahkan sebelum ini bahawa Henry Kisingger telah pun berbincang sesuatu dengan mantan Perdana Menteri. Tetapi kita harus ingat perletakan jawatan Dr. Mahathir bukanlah titik noktah penguasaan Yahudi ke atas Malaysia.

Kerja-kerja penguasaan Israel ini disambung pula oleh Khairy Jamaludin apabila bertungkus lumus menjual saham Pantai Holding kepada Parkways Holding iaitu syarikat milik pelobi zionis terkenal iaitu Richard Blum.

Isu-Isu yang perlu diberi perhatian
Penjualan saham Pantai Holding oleh Khairy Jamaludin kepada Parkways Holding. Jumlah saham sebanyak 31 peratus. Penjualan saham Telekom sebanyak 5 % kepada syarikat Singapura iaitu Temasik Holding. Syarikat MITV milik Israel di Singapura berjaya memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. Kemenangan mengalahkan syarikat lain yang lebih layak iaitu DiGi.

Penjualan air Malaysia kepada Singapura yang tidak masuk akal sebanyak 3 sen untuk 1000 gelen. Untuk menampung keperluan air rakyat Johor, kerajaan perlu membeli semula air kepada Singapura dengan nilai 50 sen untuk 1000 gelen. Ini seperti memberi air percuma kepada Singapura. Dikhabarkan sistem keselamatan komputer Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa diserang hacker dari luar negara setiap 15 minit.

Kesimpulan
Sehingga kini Singapura amat bergantung hidup kepada Amerika dan Israel. Keseluruhan sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar siam dengan ketenteraan Israel. Apabila keberkaitan ini berlaku maka harus bagi kita melihat akan tujuan tersembunyi Singapura yang cuba menguasai ekonomi Malaysia. Kita harus sedar, negara Israel yang kecil itu sudah pun menguasai ekonomi kebanyakan negara-negara dunia berkuasa veto. Orang-orang Israel adalah pemilik-pemilik saham terbesar bagi syarikat-syarikat gergasi dunia. Saham adalah kunci pintu gerbang untuk memasuki ruang pembuat keputusan sesebuah negara. Walaupun pemimpin dipilih rakyat dan pemimpin akan mengikut kehendak rakyat, namun putaran itu akan kembali semula kepada penentu kemajuan ekonomi negara iaitu pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam negara.

sumber: ibnuyaacob


RENUNGILAH

Sebab-sebab pengundi bosan?

SEBAGAI penyokong dan juga ahli UMNO, saya ingin berkongsi dan memberi pandangan kenapa parti UMNO tidak lagi menjadi penarik di kalangan pengundi Melayu. Jika parti UMNO terus bertakhta di hati pengundi, para pemimpin renung-renungkanlah coretan ini.

- Sejauh manakah calon-calon yang akan bertanding dalam Perhimpunan Agung UMNO benar-benar pilihan rakyat. Walaupun mereka ditentukan oleh bahagian masing-masing tetapi sejauh manakah mereka disenangi oleh akar umbi. Ada ketua bahagian sudah berbelas-belas tahun memegang jawatan. Apa perubahan yang nampak? Perubahan yang nampak hanya kekayaan. Dan muka itu juga kekal hingga di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Bosan tak pengundi?

- Tidak dinafikan ada pemimpin jujur, amanah dan mesra rakyat. Daripada wakil rakyat biasa akhirnya dapat menjawat jawatan menteri. Alhamdulillah. Sayangnya pemimpin ini kurang bijak, kurang idea dan terlampau berhati-hati mengatur langkah. Bosan tak pengundi?

- Jangan nafikan kehebatan pemimpin UMNO terdahulu. Pemimpin UMNO sekarang terlampau paranoid dengan pemimpin terdahulu. Kenapa? Mungkin mereka tidak dapat menandingi kehebatan pemimpin UMNO dahulu. Salahkah pemimpin sekarang berganding bersama pemimpin lama untuk melahirkan cetusan idea yang lebih baik? Asyik-asyik nak melenting saja.

Di mana kehebatan pemimpin ini? Ingat, sepatutnya pemimpin sekarang lebih berpuluh-puluh ganda lagi hebat daripada pemimpin dahulu. Tetapi pemimpin sekarang ketinggalan berpuluh-puluh ganda berbanding pemimpin terdahulu.

Layakkah mereka pada alaf 21 dengan segala-galanya bergerak pantas. Bosan tak pengundi?

- Pengundi muda sekarang lebih cenderung pada pemimpin vokal dan banyak idea. Kenapa UMNO tidak mahu menonjolkan pemimpin sebegini melalui badan bukan kerajaan agar mereka lebih rapat dengan pengundi muda.

Pemimpin yang ada ciri-ciri begini biasanya tidak diberi peluang kerana dikhuatiri akan menenggelamkan pemimpin yang gilakan kuasa. Akhirnya pemimpin sebegini berkubur perlahan-lahan dan UMNO ketandusan pemimpin yang baik. Siapa yang rugi? Bosan tak pengundi?

- Pemimpin UMNO sekarang suka berjanji kepada rakyat dengan bulan dan bintang. Yang peliknya menjelang pilihan raya sahaja. Jangan malu menciplak resipi baru parti pembangkang andai kata resipi baru ini boleh melazatkan selera pengundi!

- Pemimpin UMNO sama ada suami atau isteri suka menonjol kemewahan yang melampau. Tak cukup dengan harta bertimbun ditambah kemewahan pada paras rupa. Pengundi bukan mahu tengok muka pemimpin berkulit mulus dan putih melepak. Biar hitam legam tetapi ada kualiti!

- Terlampau banyak skandal di kalangan pemimpin UMNO (tidak semua). Ada pemimpin wanita muda (isteri orang) yang cantik terjebak cinta dengan suami orang sampai rumah tangga hancur lebur. Sepatutnya pemimpin UMNO menjadi 'imam kepada pengundi.'

- Isteri pemimpin UMNO susah nak tutup aurat (tidak semua) sedangkan tutup aurat itu wajib. Kenapa? Tak cantik? Ingat! Pengundi tak suka tengok isteri pemimpin menonjol pelbagai warna rambut. Isteri pemimpin UMNO biarlah bersederhana dalam apa keadaan.

- Pemimpin lama yang dah banyak terpalit dengan skandal jangan ghairah nak bertanding jawatan. Pengundi dah jemu. Sudah tiba masanya pemimpin ini mengundur diri. Ingat kalau anda sayangkan parti UMNO tanpa jawatan pun anda boleh memberi sumbangan.

Renungkanlah sebahagian coretan ini. Syabas kepada pemimpin yang ikhlas berjuang dalam UMNO. Jangan teragak-agak singkirkan mereka yang gila kuasa dan wang. UMNO perlukan jenama yang baru dan segar!

SAYANG UMNO
Bangi

MENJANA PENDAPATAN

Tanam gaharu boleh jadi jutawan

GOPENG 19 Jan. - Sama ada percaya atau tidak, seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar.

Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok.

Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini.

Beliau yang telah hampir 20 tahun berkecimpung dalam penanaman pokok gaharu kini mula mengorak langkah dengan lebih agresif apabila bertekad mengusahakan ladang gaharu seluas 113 hektar di sini.

''Dahulu saya tidak mampu untuk menanam pokok gaharu dalam jumlah yang banyak kerana kosnya agak tinggi iaitu sekitar RM15,000 bagi setiap 0.4 hektar.

''Sekarang, selepas anak-anak habis belajar barulah saya boleh buat tanaman secara besar-besaran di kawasan seluas 113 hektar ini kerana yakin ia bakal mendatangkan hasil cukup lumayan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

David yang merupakan Pengarah Urusan Gaharu Technologies Sdn. Bhd. berkata, punca utama mengapa pokok gaharu amat bernilai tinggi adalah kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi.

Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat.

Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan.

Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu ini pula boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

''Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak.

''Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik," katanya.

Menurut David, teknologi yang dihasilkan syarikatnya telah membolehkan pokok gaharu boleh dijual dalam tempoh lebih singkat iaitu sekitar tujuh hingga sepuluh tahun berbanding 20 tahun pada masa lalu.

''Ini kerana pokok gaharu yang kami hasilkan adalah jenis kacukan, dalam tempoh tujuh tahun ia sudah boleh ditebang kerana sudah cukup besar dan mempunyai minyak yang banyak.

''Jika orang menanam pokok gaharu baka lain, tidak semestinya ia boleh mendatangkan hasil seperti pokok gaharu yang kami hasilkan.

''Penjagaan pokok gaharu juga mudah tetapi mesti dilaksanakan dengan betul. Kita akan menyuntiknya dengan hormon apabila sudah berusia enam tahun supaya ia benar-benar berkualiti," katanya.

Beliau berkata, pihak syarikat tidak akan menghalang mana-mana pihak mengusahakan ladang gaharu malah menggalakkan mereka menceburi bidang tersebut.

Tambahan pula, syarikatnya sudah mula menjual baka pokok gaharu pada harga RM30 sepokok jika orang ramai berminat menceburi bidang berkenaan.

''Kami sudah sampai ke peringkat lebih tinggi sekarang dan bercadang untuk membina kilang sendiri bagi mengeluarkan minyak daripada pokok gaharu.

''Satu masa nanti syarikat ini boleh membeli hasil pokok gaharu daripada orang ramai dan kita sama-sama boleh menikmati hasilnya yang cukup lumayan," katanya sambil menambah orang ramai yang berminat boleh menghubungi syarikatnya di talian 05-3575888.

PERLANTIKAN PRESIDEN OBAMA

Pendirian Obama terhadap Palestin terus dipersoal



OBAMA melambaikan tangan kepada orang ramai di sisi anaknya, Malia selepas majlis angkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 di Washington, semalam.

WASHINGTON: Ikrar Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama untuk mewujudkan 'hala tuju baru' dalam hubungan dengan dunia Islam selepas menghadapi masalah selama lapan tahun di bawah bekas presiden, George W Bush dialu-alukan oleh tokoh Islam, tetapi pendiriannya terhadap isu Palestin masih dipersoalkan.

"Ikrar hala tuju baru itu adalah sesuatu yang baik tetapi beliau perlu mengubah dasar negaranya terhadap konflik Israel dan Palestin terlebih dulu," kata pemimpin Nahdatul Ulama, Maskuri Abdilah yang mengetuai pertubuhan Islam terbesar Indonesia.

"Penyelesaian isu ini amat penting kerana ia menjadi punca kepada semua keganasan dan ketegangan di antara dunia Islam dan Barat."


Dalam ucapan sulungnya sebagai presiden kelmarin, Obama selain berikrar mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, turut mengulangi janjinya ketika berkempen bahawa Amerika Syarikat akan 'mula menyerahkan Iraq kepada rakyatnya dan meneruskan usaha perdamaian di Afghanistan.'


Obama, yang menghadapi cabaran hebat di kalangan dunia Islam - dari wilayah Palestin hingga ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan, akan memperkenalkan cara baru serta menjanjikan keseimbangan dalam pendekatan diplomatik, ketenteraan dan bentuk kuasa lain.

Beliau juga berkata, pemuliharaan keselamatan selepas pasca 9/11 di Amerika, tidak akan diusahakan dengan mengetepikan idealisme kebebasan AS dan kedaulatan undang-undang, yang dikritik ke atas pentadbiran Bush dalam perangnya terhadap keganasan.

TITAH UCAPAN RAJA NAZRIN SHAH


Tahniah Raja Nazrin

TITAH ucapan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah Khamis lalu sepatutnya mewujudkan satu takrifan baru dalam soal ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu dan seterusnya hidup mati orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

Titah ucapan Raja Nazrin itu adalah sesuatu yang amat besar dan penting dan perlu dijadikan panduan pemikiran kepimpinan Melayu, politik Melayu dan daya pemikiran Melayu.

Ketika berucap menutup Kongres Ekonomi Islam Ke-3 di Kuala Lumpur, Raja Nazrin bertitah, penempatan semula kampung-kampung baru untuk hampir setengah juta orang Cina di zaman darurat dulu adalah berupa pencerobohan dan mencuri hak tanah orang Melayu.

Ia juga membuktikan bahawa ketuanan Cina dan hak istimewa orang Cina adalah lebih perkasa daripada apa yang dikatakan ketuanan Melayu dan hak istimewa Melayu.

Ini disebabkan di segi ekonomi Rancangan Briggs yang dibantah oleh raja- raja Melayu itu telah dapat melonjakkan taraf hidup orang Cina yang datang ke negara ini sehelai sepinggang.

Lihatlah kemajuan kampung-kampung yang dilengkapkan dengan bekalan api dan elektrik dan dari segi nilai hartanah ke semua tanah ini bernilai ratusan ribu ringgit malah berjuta bagi yang berdekatan Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar.

Bukan sahaja orang Cina, orang India juga menikmati hak-hak istimewa setiba sahaja ke negara ini. Mereka ditempatkan di rumah-rumah estet atau rumah-rumah kerajaan atau government quarters di Keretapi Tanah Melayu, Lembaga Letrik Negara (LLN), JKR dan lain-lain.

Malangnya, pada waktu orang Cina dan India diberikan hak-hak istimewa, orang Melayu langsung tidak tahu apa yang berlaku kerana mereka tinggal di kampung-kampung dengan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Orang-orang Cina ini ditempatkan di kampung-kampung baru seperti di Kepong, Jinjang atau Selayang di Kuala Lumpur kerana Kerajaan British hendak memotong bekalan makanan kepada komunis. Orang-orang Cina yang tinggal di pinggir-pinggir hutan pada waktu itu dianggap penyokong komunis.

Seterusnya dengan kedudukan asas yang kukuh ini maka lahirlah anak-anak orang Cina dan India yang berpelajaran tinggi. Kedua-dua kaum ini jugalah yang menikmati dulu kemudahan sekolah-sekolah Inggeris di kawasan-kawasan bandar.

Kata Raja Nazrin, nasib baiklah Tun Abdul Razak melancarkan Felda, 11 tahun selepas Rancangan Briggs. Rancangan itu sedikit sebanyak membantu mengurangkan kemiskinan orang Melayu.

Malangnya, sekarang ini ada pemimpin Melayu dan Islam sendiri lupa akan sejarah ini.

Mereka bertindak mendaulatkan lagi kampung-kampung baru ini dengan memberikan hak milik kekal atau freehold yang dengan sendirinya akan melonjakkan tanah-tanah kampung baru yang mula-mula sememangnya milik tanah orang Melayu.

Soal ini mungkin tidak perlu dipanjang-panjangkan tetapi mengenangkan orang Melayu masih ketinggalan di semua bidang ekonomi dan sosial seperti perumahan, pekerjaan dan lain-lain maka bolehkah kita melupakannya begitu sahaja.

Terima kasih dan tahniah Raja Nazrin!

SAAD HASHIM

Ampang

Monday, January 19, 2009

PERAK DARUL RIDZUAN















Perak Darul Ridzuan negeri tumpah darahku dan negeri tumpah darah tok nenekku beratus tahun dahulu. Dahulu negeri bertuah ini deperintah oleh Umat Melayu beratus tahun dahulu.
Berbagai dugaan dan pancaroba melanda negeri ini dari dulu sehinggalah sekarang.
Dari Sultan sehinggalah Menteri Besar adalah dikalangan orang Melayu.

Lihatlah sekarang ini nama sahaja Menteri Besar Melayu , Nizar namanya tetapi beliau telah mengkhianat bangsa Melayu. Mengadaikan maruah bangsa kepada bangsa pendatang yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung itu. Dicucuk hidung dan mengangguk-angguk sahaja oleh barisan bangsa pendatang ini.

Dimanakah harga diri mu Nizar................
Sanggup mengkhianat agama, bangsa dan negara.

Jangan nanti anak cucu kita nanti menyalahkan kita kerana membiarkan bangsa pendatang ini menjadi Tuan di Tanah Melayu ini. Melukut di tepi gantang............ itulah pribahasa yang perlu kita renunggi selalu.