KECOH
Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.
Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.
Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.
salam,
ReplyDeleteayuh kita sama-sama bangun dan pertahankan agama, bangsa dan negara kita...
sepatutnya diajar cukup2...
ReplyDeleteSalam anakku,
ReplyDeleteMemang tidak patut dibiarkan bangsa kita dicemuh sesuka hati.
Kononnya Karpal telah mohon maaf pada Speaker tapi terlajak perahu boleh ditarik, terlajak cakap?
Bukan Karpal sahaja yang tiba tiba "Berani" ramai lagi yang sudah menggeluarkan isi hati yang terbuku selama ini. Ada yang kata DEB Aparteid. Mungkin dia tak tahu apa dia binatang nya Aparteid tu.
Apa-apa pun kalau Orang Melayu khasnya muda mudi Melayu hendak benar benar lawan Karpal dan kuncu kuncunya, Persiapkanlah diri dengan Ilmu yang tinggi, Kedua dua Ilmu dan akhirat. Manafaatkan waktu untuk yang berfaedah. Bina jati diri. Cari Ilmu walau ke mana, jika diberi peluang.
Politik biar Politik tapi diri tiap muda muda mesti dipersiapkan untuk menghadapai tahun tahun mendatang.
Jangan biarkan Emosi membantutkan Cita cita kita. Jangan biarkan komen dia pada bangsa kita menyebabkan kita patah semangat. Lagi dia celakakan bangsa kita, lagi kita mesti kuat semangat. Mesti bersedia untuk memperkukuhkan Iman kita. Berani dan boleh menghadapi APA sahaja.
Barulah Tak Melayu Hilang di dunia.
Pe hal komen ko dalam blog air lemuju di padamakan?
ReplyDelete