DAP hina Islam?
NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.
‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.
Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.
Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.
Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
apa yang Timb Ketua Menteri orang Islam yang duduk di kerusi no 2 negeri itu buat?
ReplyDeletedok garu pungkok ja ka? apa ADUN PAS+PKR yang beragama Islam buat kat penang tu?
Dok makan duit rakyat free ja ka??
Tak kan diorang tak lawan tuk pasti kan perkara ini tidak dilakukan oleh DAP yang majoriti Ahlinya bukan beragama Islam.
Sedih aku dengan apa yang berlaku kat Penang.
Dah la orang Melayu Islam makin dipinggirkan.
Kebajikan, ekonomi dan perhatian sewajarnya tidak diutamakan, walhal tanah itu adalah tanah milik orang Melayu dan kerajaan Kedah pada asalnya. Orang DAP lupa dan sengaja untuk melupakan sejarah kewujudan kerajaan Pulau Pinang satu masa dulu. Dan aku yakin DAP akan buat sejarah itu tidak diketahui oleh umat Melayu Pulau Pinang.
Kita belum lagi terlambat, bersatulah kita kembali bagi mengembalikan kuasa politik ke tangan Melayu. Kuasa Ekonomi sudah tentu kita jauh ketinggalan.
ReplyDeleteMalaysia akan aman damai tanpa si anwar itu.