Tuesday, March 24, 2009

MAJLIS PEGUAM MENGHINA ISLAM LAGI DAN LAGI



Majlis Peguam terus dikecam

KUALA LUMPUR 24 Mac - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Majlis Peguam yang sering memainkan isu menyentuh sensitiviti agama Islam.

Presiden Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris), Feriz Omar berkata, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas memandangkan ini bukan kali pertama majlis tersebut bermain dengan isu melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

Katanya, majlis itu yang berlatar belakangkan perundangan sepatutnya tidak bermain dengan isu-isu sensitif kaum dan agama apatah lagi ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

''Majlis Peguam perlu tahu ruang lingkup dan bidang kuasanya dan tidak perlu mencampuri urusan keagamaan.

''Majlis ini juga kadangkala bertindak seperti NGO dan persatuan hak asasi sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat tentang peranannya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Noordin dalam kenyataan meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas Majlis Peguam kerana telah melakukan tinjauan penggunaan kalimah Allah di laman webnya.

Setakat 12 Mac lepas, sebanyak 1,000 pengunjung laman web tersebut membuat undian dalam tinjauan itu.

Menurut Feriz, Majlis Peguam semakin berani bermain dengan isu-isu sensitif kerana tahu Melayu kini berpecah-belah kerana sentimen politik.

''Tapi perlu diingat, walaupun berpecah-belah dari sudut pandang politik, perpaduan menerusi benteng Islam mampu mengetepikan elemen perbezaan politik,'' tegasnya.

Feriz menambah, sebarang provokasi terhadap keputusan kerajaan terutama Majlis Raja-Raja mewartakan penggunaan kalimah Allah di seluruh negara (kecuali empat negeri) seolah-olah mencabar kedaulatan raja dan Perlembagaan negara.

Justeru, mereka perlu dikenakan tindakan tegas selain mengkaji semula Akta Profesion Guaman serta membuat pindaan segera berkenaan bidang tugas Majlis tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Fuad Hassan juga berpendapat, Majlis Peguam perlu dikenakan tindakan tegas kerana beberapa kali melakukan provokasi ke atas agama Islam.

Katanya, hukuman perlu dikenakan kepada majlis itu sebagai pengajaran kerana sering kali bermain isu akidah dan hak-hak yang melibatkan sensitiviti Melayu dan agama Islam.

''Islam adalah benteng terakhir orang-orang Melayu. Jika sebelum ini soal Melayu yang dipersoalkan kita masih boleh mendongak dan menuding jari di antara satu sama lain.

''Kali ini soal agama. Walaupun Melayu kelihatannya berpecah-belah, tapi soal agama ia boleh membangkitkan perpaduan dan bakal mencetuskan persengketaan," katanya.

Menurut Fuad, Majlis Peguam yang berlatar belakangkan undang-undang sepatutnya tahu akan beberapa tindakannya sebelum ini telah melanggari peruntukan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam.

Selain itu, katanya, Majlis Peguam juga telah membelakangkan keputusan kerajaan dan raja-raja Melayu yang telah mewartakan penggunaan kalimah Allah.

''Dakyah ke atas Muslim, pluralisme keagamaan dan usaha kesamarataan yang dilakukan Majlis Peguam ini perlu dihentikan.

''Oleh itu, perlu dikenakan tindakan tegas agar tidak lagi mencerobohi bidang keagamaan terutama agama Islam," katanya.

1 comment:

  1. Saya setuju sangat dengan pandangan saudara Feriz Omar. Bar Council yang kebanyakan ahlinya pun orang mendung dan gelap gelita memang cari jalan untuk menghapus dan menghina Islam agama rasi Malaysia. Feriz satu-satunya pemimpin berani yang aktif menggerakkan kesatuan Melayu di peringkat akar umbi. Najib dan UMNO perlu lahirkan pejuang Islam dan Melayu seperti Feriz Omar agar maruah kita diangkat semula !!!

    ReplyDelete