Denny Thevarakam Hina Sultan Perak
9 Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan keputusan 5-0 menolak rayuan Nizar Jamaluddin. Azizan Abdul Razak (MB Kedah) turut menyeru semua pihak agar menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Namun ada juga rakyat yang enggan menerima hakikat tersebut, malah bertindak melampaui batas dengan menghina institusi kesultanan Melayu dengan panggilan yang tidak sepatutnya.
Denny membandingkan Australia dengan Malaysia. Jika begitu, lebih baik duduk di Australia. Kalau hendak jadi warganegara Malaysia, sila beradab dan hormati institusi Raja Melayu.
Denny Thevarakam membuat komen menghina Sultan Perak tersebut di pages Lim Kit Siang. Satu demi satu hinaan dibuat oleh blogger dan penyokong pembangkang terhadap Sultan Melayu. Sebelum ini Aduka Taruna hina Sultan Johor, kemudian datang pula Denny yang menghina Sultan Perak. Apakah motif mereka? Sengaja memprovokasi pihak berkuasa untuk menangkap mereka dan mendapat populariti di media?
Nga Kor Ming boleh soal bercakap pasal iman dan taubat. Hebat benar tarbiah PAS terhadap Setiausaha Agung DAP ini. Orang PAS kena berani tegur cara Nga ini, jangan sampai dia pijak kepala orang Melayu baru hendak sedar. Tidak perlu lagi PAS bersama dengan DAP. Lebih baik demi ukhuwah Islam, berpakatlah dengan UMNO untuk menjaga kepentingan politik Islam di negara ini. Berpakat dengan DAP banyak merugikan. Agama dipersenda, raja dicaci.
Peliknya, pemimpin pembangkang boleh pula membiarkan penyokong mereka bersikap ekstrems sebegini. Apa guna jadi pemimpin politik jika gagal mengawal perbuatan penyokong sendiri. Bukan seorang dua yang berperangai sebegitu tetapi makin menjadi-jadi pula. Politik Malaysia sudah diheret ke kancah yang tidak sihat bila kutukan yang melampau sudah menjadi senjata untuk menjatuhkan orang lain. Raja pun turut menjadi sasaran. Jika tidak setuju dengan sistem negara ini, lebih baik jadi warganegara lain. Malaysia adalah tempat bagi mereka yang bersyukur dan tahu berterima kasih. Mereka yang salah gunakan kebebasan perlu menerima hukuman yang setimpal.
Posted by Azrinizam Ibrahim at 2:01 PM
SALAM PERJUANGAN UNTUK MENENTANG PUAK PELAMPAU YANG BEGITU BIADAP DI BUMI PERAK.
ReplyDelete