Wednesday, September 2, 2009
KAPAL SELAM PERTAMA MALAYSIA
* MUTAKHIR
Perolehan kapal selam jamin kedaulatan perairan negara
PELABUHAN KLANG: Perolehan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah komitmen terbesar kerajaan bagi meningkatkan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha menentukan kedaulatan perairan negara terjamin daripada sebarang ancaman, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
"Perolehan tersebut membolehkan TLDM khususnya dan ATM amnya mewujudkan satu angkatan laut dan tentera yang lebih kredibel dan berwibawa di rantau ini," titah baginda pada upacara sambutan ketibaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) di jeti KD Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.
Baginda turut melahirkan rasa bangga dengan semangat serta kecekalan yang dipamerkan oleh krew KD TAR sehingga berjaya menamatkan latihan selama setahun.
Baginda bertitah, ia juga membuktikan krew TLDM mampu bersaing dan setanding dengan angkatan laut yang bertaraf antarabangsa.
"Beta menyedari kapal selam memerlukan warga yang memiliki kemahiran tinggi bagi mengoperasi dan mengendalikannya," titah baginda.
"Beta percaya saudara-saudara adalah insan terpilih dan bertuah kerana menjadi krew pertama kapal selam yang menjadi kebanggaan negara dan ia akan menyuntik semangat seluruh rakyat Malaysia untuk menempa kegemilangan dalam mengharumkan nama negara," titah baginda.
Putrakencana :
Tahniah buat warga TLDM , kerana telah berjaya mengendali dan membawa balik kapal selam pertama Malaysia.
Tahniah, Tahniah, Tahniah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wooo... jadi bahan utk PR plak ni nanti. huahua! bahaya2.. ;p
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteKapal selam pertama Malaysia... perhhhh.. macam mimpi ja Malaysia ada kapal selam kan....
dulu kecik2 suka tengok citer perang, bila kapal selam perang ngan kapal perang perhhhh tak sangka someday Malaysia pun ada kapal selam ni..
So kena tunggu tahun depan hari TLDM untuk melawat kapal selam ni lah kot...
harap2 depa bawa mai kat Lumut untuk dipertontonkan atau langsung terus ke Penang heee...
Salam,
Assalamualaikum Putra,
ReplyDeleteAlhamdulillahiRobbilAlamin,
Mak Cik bersyukur, masih dilanjutkan Allah swt usia hingga kini dan sempat lihat Negara kita ada Kapal Selam.
Alhamdulillah, Tahniah TLDM dan Tahniah Kerajaan Malaysia!
Zaman Mak Cik kecik kecik dulu, awal enampuluhan orang Melayu hanya ada basikal sahaja. Motor pun jarang yang ada, kereta apa lagi. Syukur, Orang Melayu sekarang sudah senang. Berkat pengorbanan SEMUA pihak hari ini kita sama-sama menikmati hasilnya.
Bersama-sama kita berusaha ke arah mengekalkan segala Nikmat Illahi ini.
Putra, generasi muda baru. Semangat pun mesti baru. Tuntutlah Ilmu yang berfeadah semana dan selagi boleh. Jika buat kerja, buatlah dengan penah Amanah dan Komitment dan yang paling lupa Solat lima waktu adalah pegangan hidup selama-lamanya dan tidak ada kompromi dalam soal Agama.
WaAllahuALam.
sah akan menjadi bahan bagi parti pengkianat negara,diharap krew bersedia melawan.......
ReplyDeleteTerima kasih Media Cyber, Fazrull, Melayuangkat dan Anonymous kerana memberi komen di blog ini,
ReplyDeleteya kita sangat berbangga dengan peristiwa ini yang membuktikan kita Bangsa Malaysia.... BOLEH.
MALAYSIA BOLEH