Tuesday, August 4, 2009
NEGARA AKAN KACAU BILAU TANPA ISA
MUAK saya melihat kelibat dua pemimpin pembangkang yang turun semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu. Mereka ternyata merestui perhimpunan tanpa faedah itu.
Apa yang rakyat peroleh? Berapa ramai Melayu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sehingga majoriti Melayu menjadi bahan untuk memansuhkan ISA.
Apa kepentingannya kepada rakyat? Tidak ada rakyat yang mahu menyusahkan diri, menimbulkan ketegangan dan sanggup ditahan di bawah ISA.
Hanya orang yang berkepentingan peribadi, yang ingin mewujudkan suasana tidak aman sahaja yang akan melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan mereka ditahan di bawah ISA.
Hanya mereka ini sahaja yang mahu ISA dimansuhkan supaya kegiatan mereka tidak boleh dibendung dengan undang-undang apa sekali pun.
Percayalah jika negara huru-hara, generasi akan datang akan menerima akibat dan pihak yang begitu lantang ini akan menerima kutukan kerana perbuatan mereka.
Kalau kita selesa dengan kehidupan sekarang, maka itulah yang sepatutnya kita wariskan untuk anak-anak kita, bukannya sebuah negara yang kacau-bilau.
Nasib Melayu di bumi Melayu ditentukan oleh Melayu sendiri. Melayu sesama Melayu bertelagah kerana kuasa, bangsa lain sibuk menguasai ekonomi, teknologi, IT dan sebagainya.
Percayalah jika perkara yang merugikan ini berterusan, kita akhirnya meminta-minta di tanah air sendiri. Fikirlah, hanya kita yang berguling-guling di jalan raya selepas solat Jumaat. Kita jugalah yang disembur gas pemedih mata selepas saja mengabdikan diri kepada Allah SWT, berpanas, basah kuyup hanya kerana menentang sesuatu akta yang sepatutnya kita pertahankan.
Yakinlah, jika tiada ISA, tuntutan dan isu yang lebih menggugat perpaduan akan timbul, terutama dari golongan yang rakus kepada kuasa.
Pada saya, ia sekadar untuk menutup kesalahan dan kebatilan yang kian ketara, kerana kebenaran akan timbul juga akhirnya.
Fikirkan negara mana anak-anak kita akan meneruskan kehidupan. Fikirkan juga pemimpin dan kerajaan yang bagaimana untuk anak-anak kita terus hidup penuh toleransi dan persefahaman.
Janganlah melatih anak-anak kita menjadi juara maki-hamun jalanan, pejuang yang terjerit-jerit menyeru keruntuhan, sedangkan anak-anak bangsa lain ketawa kerana mereka akhirnya terus hidup penuh kemewahan .
Fikirkan juga betapa ramai anggota keselamatan Melayu yang dimaki-hamun, dicerca dan dilontar batu. Tapi apakah kita lupa, mereka inilah yang menjaga dan memastikan keselamatan agar pemimpin pembangkang yang serba mewah dapat hidup tenang dan aman.
Lupakah kita betapa Ronnie Liu berkata tidak percayakan pihak polis, tetapi beliau lupa kerana adanya polislah beliau dapat berkereta untuk ke mana-mana.
Fikirkanlah betapa kita kejam kepada pihak keselamatan kerana ingkar arahan mereka supaya tidak menyertai perhimpunan tempoh hari.
Melayu jangan mudah lupa dan Melayu juga jangan malas berfikir - jangan menyokong membabi buta.
Insaflah dan fikirkan.
Tanjong Karang,
Selangor">
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BAB DEMO TU , SAYA MEMANG GRAM HABIS. SAKIT HATI BETUL LIHAT PENGKHIANAT DSAI INI. TAPI TAK APA , TENGOKLAH NANTI , MEMANG KE SG BULOH DIA NI. KALAU LIHAT GAMBAR BANYAK BAPA2 BODOH DGN BAWA ANAK BERDEMO. INI BAPAK TAK ADA AKAL
ReplyDeleteblog anda masih ada flag blog di atas sekali. sila buang ikon tu. nanti ada orang boleh klik dan secara otomatik blog boleh di delete secara otomatik oleh google. pergi ke blog saya dan taip di search di bloh saya perkataan flag blog. di situ ada cara nak membuangkannya. tq
ReplyDeleteAssalamualaikum Putra,
ReplyDeleteRata-rata orang Melayu marah dengan demo bodoh ini. Buat malu sahaja. DAP dan HINDRAF tepuk tangan. Jelas sekali Anwar Ibrahim memimpin orang Melayu ke arah yang amat salah dan berundur kebelakang.
Malang sekali bila orang Melayu sendiri mempertikaikan hak mereka dan membiarkan DAP dan HINDRAF kudakan mereka. Orang macam ini pun ramai penyokongnya. Kita pun heran.
Terima kasih Arif Omar, di atas peringatan tersebut, Buat Ibu Wsalam, semoga ibu sihat sejahtera hendaknya.
ReplyDeletesalam hormat kepada tuan empunya blog,
ReplyDeletesalam saya menumpang lalu,
lalu berlalu menumpang lalu,
tunduk padi padi tak layu,
salam hormat tuan putrakencana