Wednesday, June 17, 2009

Bersatu dan Bangkitlah Umat Melayu


Perpaduan UMNO-Pas demi kekuatan ummah

TAHNIAH saya ucapkan kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa di atas kemenangan anda sebagai Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang baru.

Alhamdulillah ahli-ahli Pas sebahagian besarnya masih memberi mandat kepada golongan ulama untuk memimpin parti dan saya percaya dengan pelantikan kedua-dua tokoh tersebut Pas masih berpegang kepada dasar perjuangan yang lama iaitu Islam sebagai dasar perjuangan.

Saya memerhati dan mengikuti perjalanan Datuk Seri Hadi sebagai ahli politik, termasuk ketika saya terlibat dalam gerakan reformasi bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyertai parti Pas sebagai wadah perjuangan.

Masih saya ingat lagi ketika saya aktif di dalam parti Pas, boleh dikatakan setiap ceramah Tuan Guru Presiden sama ada di tempat saya atau kawasan berhampiran pasti saya hadir bagi mendengar ceramah beliau.

Pada ketika itu pandangan saya secara peribadi melihat Tuan Guru Presiden lebih sesuai diletakkan sebagai seorang ‘Jeneral Perang’ berdasarkan pada cara dan personalitinya.

Sejak akhir-akhir ini saya lihat perubahan perwatakannya agak berubah dan menyentuh perasaan saya.

Alhamdulillah. Sikap keterbukaan beliau telah membawa satu imej yang menyerlahkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin Islam.

Beliau secara terbuka menyatakan pendirian bersedia untuk berbincang dengan seteru politiknya iaitu UMNO demi agama Islam. Tahniah dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Guru Presiden. Ingin saya mengimbau semula kenangan di masa pilihan raya umum yang lalu.

Tuan Guru Presiden telah membuat kenyataan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan saya merupakan salah seorang yang menyahut seruan dan amanat Tuan Guru Presiden itu.

Marilah kita sama-sama melihat sejarah terdahulu. Sejarah di zaman Rasulullah dan para-para sahabat, sejarah kegemilangan Islam sehingga menjadi empayar terbesar yang dikagumi dan dihormati adalah semasa Islam dan umatnya bersatu hati.

Adalah menjadi harapan saya agar Datuk Seri Abdul Hadi dapat memulakan perbincangan bersama-sama barisan kepimpinan UMNO diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari satu persefahaman demi agama, bangsa dan negara.

Harapan saya dan rakan-rakan di negeri Perak ialah krisis politik di Perak hendaklah dihentikan dengan segera.

Perbalahan dan persengketaan yang terjadi ini tidak menguntungkan kita. Kedua-dua pihak kenalah bermuhasabah diri demi kekuatan ummah. Kedua-dua pihak kena bersikap positif bagi mencapai kata sepakat.

Mudah-mudahan usaha ini dipermudahkan dan diberkati Allah. Amin.


Pasir Salak
khir69@yahoo.com.my">

2 comments:

  1. Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

    Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

    “Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

    Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
    Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

    Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

    Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

    Allah SWT berfirman :

    " Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

    Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
    Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

    Ingatlah wahai saudaraku...

    Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

    "Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)

    MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

    Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…

    ReplyDelete
  2. BERSATULAH MELAYU ISLAM SEBELUM TERLAMBAT..INGAT PEASN RASULULLAH SAW...BILA UMATKU SALING CACI MENCACI BERBALAH SAMA SENDIRI,HILANGLAH KEHEBATAN ISLAM DAN ALLAH TIDAK AKAN MENOLONG KAMU LAGI..TENGOK APA TERJADI DI IORAQ.PALESTIN,AFGHANISTAN..SEMUA KERANA BERPUNCA DARI PERANG SAMA SENDIRI LALU MEMBUKA PELUANG KUFFAR CAMPUR TANGAN..YA ALLAH SATUKANLAH HATI PEMIMPIN DAN UMAT ISLAM MALAYSIA DAN SELAMATKANLAH UGAMA BANGSA ANAKCUCU DAN NAGARA KAMI...AMIN

    ReplyDelete