Tuesday, March 3, 2009

BANGSA PENDATANG INGIN MENGUBAH SEJARAH MELAYU



Usaha Cheng Hau ubah sejarah

ORANG Melayu dan umat Islam tidak perlu melatah berikutan kenyataan Ketua Pembangkang Johor, Dr. Boo Cheng Hau, yang menyamakan dasar membantu bumiputera dengan dasar apartheid yang diamalkan oleh kerajaan kulit putih Afrika Selatan dulu. Juga negeri-negeri di wilayah selatan Amerika Syarikat seperti Arkansas, Texas, Alabama dan lain-lain pada satu masa dulu.

Pertama sekali Cheng Hau ternyata buta sejarah. Atau dia memang tahu sejarah tetapi mahu mengubah sejarah, seperti Singapura mengubah sejarah dengan mengajar anak-anak mereka di sekolah bahawa apabila penjajah British, Stamford Raffles tiba di pulau itu, ia hanya diduduki oleh orang laut. Walhal ketika itu pulau itu adalah sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau yang sudah punya penduduk dan tamadun.

Cheng Hau sengaja tidak hendak menerima hakikat bahawa waktu penjajah Belanda, Portugis dan British tiba di negeri ini dengan siapakah mereka berunding dan menipu untuk mewujudkan pusat perdagangan dan seterusnya menjajah, kalau bukan dengan raja Melayu?

Penjajah British pula membawa orang China dan India untuk bekerja dengan mereka sama ada sebagai kakitangan awam pemerintahan British atau sebagai kuli di lombong bijih timah dan ladang getah yang kemudian menjadi pedagang dan usahawan sehinggalah hari ini.

Inilah masa pakar sejarah seperti Tan Sri Khoo Kay Kim tampil memberikan gambaran sebenar. Parti politik bukan Melayu perlu menerima hakikat ini dan jangan pula hak mengundi dan berpolitik itu dijadikan pasport untuk melupakan segala aspek sejarah ini.

Mereka perlu hargai Hak Jus Soli iaitu kerakyatan menerusi kelahiran itu adalah satu rahmat besar yang diberikan oleh Tunku Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin Melayu.

Apa pun saya ingin mengesyorkan agar dakwaan Cheng Hau itu dijadikan kenyataan demi kebaikan umat Islam. Dasar apartheid mengasingkan orang kulit putih dengan kulit hitam seperti kemudahan tandas atau tempat duduk dalam bas.

Oleh itu majlis bandaran dan tempatan patut menyediakan tandas awam untuk orang Islam dan bukan Islam. Setiap tandas awam Islam ada ruang solat dan dengan ini ia boleh menggalakkan anak muda Islam bersolat.

Bukan itu sahaja, orang Islam ada cara sendiri masuk tandas dan menggunakan tandas. Kita masuk dan keluar dengan doa. Kita duduk untuk buang air kecil dan basuh menggunakan air.

Satu lagi dasar apartheid yang perlu dilakukan ialah demi kebersihan jasmani dan rohani, umat Islam dimestikan hanya makan di kedai atau restoran Islam. Ini kerana orang Islam mesti makan dan minum bukan sahaja yang halal tetapi juga toyyibbah.

Dari segi ekonomi, umat Islam patut melanggani perniagaan Islam bukan pergi melepak di Starbucks atau kopitiam.

Yang peliknya, orang bukan Islam sendiri telah pun mengamalkan dasar apartheid ini. Umpamanya, berapa peratuskah wang bukan Islam dibelanjakan di kedai makan Islam berbanding wang orang Islam yang habis di restoran kepunyaan bukan Islam?

Kita tahu dan kita nampak bahawa ekonomi peruncitan bukan Islam amat bergantung kepada pelanggan Melayu dan Islam walaupun mereka jarang mengambil anak Melayu bekerja. Sifat muhibah orang Melayu tidak ada sempadan tetapi jarang dihargai oleh bukan Melayu.

SAAD HASHIM

Ampang, Selangor

2 comments:

  1. Sejarah tetap akan menjadi sejarah dan tidak boleh diubah-ubah sesuka hati.

    Kepada Kaum Pendatang ini, terimalah hakikat yang sebenarnya siapakah Melayu itu.

    Umat Melayu telah banyak berkorban demi meraka yang sudah hidup senang lenang di Tanah Melayu, tanah tumpah darah tok nenek kita Umat Melayu.

    ReplyDelete
  2. bacalah sejarah singapore yang telah ditulis semula. di sini maka anuar nak hapuskan ketuanan melayu dan diganti dengan ketuanan rakyat iaitu sesiapa saja boleh jadi raja. di perak ini hari sivakumar telah buktikan tanpa perkenan sultan atau raja melayu dia boleh buat sidang dewan. yang penting mahkamah rakyat dia menang iaitu persepsi... walaupun perlembagaan tidak benarkan

    ReplyDelete