Thursday, February 26, 2009

PUTIK-PUTIK KEBENCIAN SUDAH BERMULA


KECOH


Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz

Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.

Tuesday, February 24, 2009

UMAT MELAYU PATUT BERBANGGA

Untung lepasi RM1 bilion


NOH Omar (dua dari kiri) menunjukkan prestasi kewangan dan dividen Bank Rakyat sambil diperhatikan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Datuk Dr. Syed Jalaludin Syed Salim (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat (kanan). Turut kelihatan, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Haji Alwi Ibrahim (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Segala- galanya sudah siap. Pentas sudah tersedia dan hadirin tidak sabar lagi untuk mendengar kadar pengagihan dividen yang bakal diumumkan kali ini.

Bagaimanapun, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) tidak pula mengumumkan dividennya ketika membentangkan prestasi kewangan bagi tahun 2008.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar yang ditemui pada majlis berkenaan berkata, kadar pengagihan dividen masih lagi dikaji oleh Bank Negara Malaysia (BNM), pihak berkuasa dalam hal ehwal perbankan negara.

''BNM meneliti semua aspek sebelum memberikan kelulusan terhadap jumlah dividen boleh agih kepada 800,000 ahli Bank Rakyat,'' kata beliau.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat pula menambah, pengumuman dividen berkenaan akan dibuat kemudian.

''Tunggulah, kami akan mengumumkan sedikit masa lagi,'' katanya.

Pengumuman dividen Bank Rakyat sentiasa dinanti-nantikan dan menjadi bualan kerana prestasinya yang mantap membolehkan bank berkenaan memberikan pulangan tinggi.

Bank Rakyat pada tahun 2007 mengumumkan dividen 20 peratus selepas memberikan pulangan 15 peratus kepada para pemegang saham selama enam tahun sejak 2000.

Pada majlis berkenaan, Bank Rakyat mencatat sejarah yang tersendiri apabila keuntungannya berjaya melepasi paras RM1 bilion.

Bagi tahun 2008, keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.234 bilion berbanding RM828.8 juta pada tahun sebelumnya.

Ia mewakili peningkatan keuntungan sebanyak RM405.5 juta atau 48.9 peratus hasil daripada pertambahan untung bersih dan pendapatan berasaskan yuran.

''Pencapaian keuntungan ini merupakan yang tertinggi pernah dicatat dalam sejarah Bank Rakyat,'' kata Noh.

Jumlah pendapatan kasar pula adalah RM3.196 bilion, meningkat RM628.7 juta dan pendapatan bersih bertanmbah sebanyak 24.1 peratus kepada RM2.104 bilion berbanding 2007.

Bank itu juga merekodkan pendapatan berasaskan yuran sebanyak RM57.7 juta, disokong oleh sumbangan terbesar daripada pendapatan wasiat, komisen, takaful dan perkhidmatan ATM.

Jumlah aset meningkat kepada RM41.7 bilion berbanding RM34.9 bilion pada tahun 2007.

Kamaruzaman berkeyakinan Bank Rakyat masih mampu mencatatkan pertumbuhan keuntungan lima peratus kepada RM1.29 bilion tahun ini meskipun dalam persekitaran ekonomi yang semakin sukar.

Bagi tahun ini, Bank Rakyat mengunjurkan pertumbuhan sebanyak 14 peratus dalam aset, pembiayaan 12 peratus dan deposit lapan peratus.

Malah, katanya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, jumlah pembiayaan meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

''Pembiayaan pengguna masih fokus utama bank pada tahun ini selepas menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak 91.7 peratus daripada keseluruhan pembiayaan Bank Rakyat tahun lalu,'' ujarnya.

Ditanya mengenai hutang tidak berbayar (NPL), Kamaruzaman berkata, bank itu dijangka mengurangkan NPL daripada 1.8 peratus tahun lalu kepada 1.5 peratus tahun ini.

''Kita sebenarnya tidak mempunyai masalah besar dalam NPL kerana sebanyak 60 peratus pinjaman dijelaskan melalui potongan gaji,'' ujarnya.

Monday, February 23, 2009

Kerjasamalah lagi dengan DAP tu



DAP hina Islam?

NIBONG TEBAL 23 Feb. – Penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama oleh kerajaan negeri Pulau Pinang mesti dihentikan kerana ia meletakkan Islam sama taraf dengan agama-agama lain.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.

Katanya, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa (AJK) majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.

‘‘Saya difahamkan ada tiga orang AJK Melayu beragama Islam duduk dalam majlis tersebut yang kononnya mahu menuntut kesamarataan agama.

‘‘Ini sesuatu yang cukup menakutkan kerana agama Islam dipandang sama seperti Buddha yang diasaskan oleh manusia bernama Gautama Buddha, disamakan juga dengan Kristian, Taoism dan Bahai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika diminta mengulas ucapannya semasa majlis penyerahan Dana Zakat Program Didik Cemerlang Akademik 2009 di Sungai Dua di sini semalam.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Shabudin melahirkan rasa kurang senangnya terhadap penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama Pulau Pinang yang bertujuan meletakkan semua agama, termasuk agama Islam sebagai sama rata dengan agama-agama lain.

Majlis tersebut ditubuhkan tahun lalu iaitu selepas kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng mula memerintah negeri itu.

Majlis itu dipengerusikan Guan Eng sendiri. Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Tasek Gelugor berkata, agama Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.

Sunday, February 22, 2009

Semangat Melayu Baru

Friday, February 20, 2009

Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Setia Pertahan Institusi Raja





uala Lumpur – Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama hampir 10,000 ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) malam tadi menyatakan ikrar sokongan taat setia kepada instutusi raja dan seterusnya mempertahankan kedaulatan institusi berkenaan dari terus diperlekehkan pihak-pihak tertentu.

Selain bacaan ikrar yang diketuai Setiausaha Pemuda BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" Di Dewan Tun Razak 1, PWTC Di Sini, Khamis Malam turut menyaksikan penyerahan secara simbolik “Sumpah Menjunjung Setia” seluruh komponen Pemuda BN kepada Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir untuk disampaikan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Antara isi kandungan ikrar itu ialah Pemuda BN berjanji dan bersumpah akan menentang sebarang cubaan dan tindakan berbentuk merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sama ada menerusi perbuatan atau ucapan.

Ikrar itu turut menyeru seluruh Pemuda untuk memupuk keharmonian dan perpaduan di kalangan kaum yang dinikmati selama ini serta bersama-sama mempertahankan negara dari segala cabaran dalam usaha menjadi negara maju.

Selain bacaan-bacaan sajak, perhimpunan tersebut juga menyaksikan ucapan wakil-wakil Pemuda komponen BN dimulai dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Bumiputera (PBB), Sarawak, MIC dan MCA serta Menteri Besar Perak sendiri, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Pada ucapan kemuncak, Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Pemuda perlu mempertahankan Perlembagaan dan mematuhi Rukun Negara kerana ia terbukti berjaua menyatupadukan rakyat di negara ini.

Rakyat katanya perlu sedar kemerdekaan negara turut disokong oleh Raja-raja Melayu dan institusi beraja terus menjadi paying kepada kemerdekaan negara sehingga kini.

Beliau seterusnya memberi amaran Pemuda BN akan mempertahankan institusi Raja sehingga ke titisan darah terakhir.

"Pembangkang terbukti menjadi pengkhianat kepada generasi masa depan kerana cuba mengkhianati payung negara.

"Hari ini adalah permulaan gelombang yang akan menjadi gelombang tsunami kita bagi menyatakan sokongan kepada institusi beraja seterusnya memberi amaran kepada pembangkang jangan mencabar sejarah Melayu", katanya
.

Ucapan beliau itu turut berselang dengan laungan bergema “Daulat Tuanku” daripada ahli Pemuda yang ternyata cukup bersemangat mengikuti perhimpunan itu dari mula hingga akhir.






Sementara itu, pada sidang media selepas perhimpunan tersebut, Hishammuddin berkata anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Katanya api kemarahan begitu mudah untuk dinyalakan sekiranya dilakukan secara tidak bertanggungjawab.



"Cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," kata beliau merujuk semangat yang ditunjukkan ribuan ahli Pemuda yang hadir pada perhimpunan tersebut.


Sumber Laman Web Pemuda UMNO Malaysia

SIAPAKAH ANWAR YANG SEBENARNYA


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, belasah Pak Lah, menantunya KJ, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.

Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap 'anti establishment?

Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya. Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.

Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan.

Mereka kecewa kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Sai Baba. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahunya jika seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan. Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam.

Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru disentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "KEADILAN".


Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara?

Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan?
Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau?

Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentang-mentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan?
Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah?

Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KeADILan" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi? Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orangorang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam.

Hati-hatilah 'sikit brader', ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?

Islam adalah 'a complete way of life', cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu. Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan keADILan adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti.

Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi. Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan. Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola masih belum dibicarakan atas tuduhan meliwat.

'Baik' di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna? Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke? Tidak dinafikan bahawa terdapatnya perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan parti KeADILan ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza. Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu' (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir rnengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam.

Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of' distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made.

Tidakkah kita merasa amat sedih dulu kisah amalan 'kafir mengkafir', hari ini 'maki memaki' dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim. Bagi mereka ini dicadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tapi sekarang, takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah.

Kita jangan lupa Pak Lah masih Perdana Menteri dan pemimpin kita, dia adalah 'institusi' yang dipilih oleh majoriti rakyat dan yang paling penting dia adalah orang Melayu. Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan nasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi 'institusi' negara.

Kenapa kita tidak fikirkan rakyat yang telah memilih Dato' Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri? Kita kena bersyukur kerana sekurang-kurangnya kerana sikap keras, lembik beliau, Anwar dapat keluar dari penjara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti Anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan parti KeADILan? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Beranikah penulis yang menjadi ahli PAS, berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik Pak Lah saja dan orang Melayu-Islam terutamanya ahli UMNO saban hari didalam lidah rasmi mereka, Harakah. Mana perginya soal ekonomi, kemasyarakatan, kenegaraan dan terutama sekali Islam bagi membantu dalam membangunkan negara ini? Boleh dikatakan peratusan kecil sahaja yang dipaparkan di dalam Harakah, itu pun syarahan dan pandangan dari Haji Hadi dan beberapa individu yang majoritinya mempunyai agenda hanya caci-maki politik dan Melayu.

Adakah PAS sesuai menjadi contoh kepada umat Islam atau hanya berselindung disebalik simbol perwatakkan alim dan jubah untuk menegakkan syiar Islam? Dalam masa yang sama semua pancaindera tidak mempamerkan keIslaman.

Ini penulis-penulis PAS dan keADILan jadi lidah PAS dan keADILan sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qadak dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qadak dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri.
Bukankah Allah beserta dengan orang-orang yang benar.

Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai 'Father Esposito' kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.
Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti.
"Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam's golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" . - Esposito

Wallahuallam.

Wasabi Oyabun

Sunday, February 15, 2009

PERLEMBAGAAN NEGERI PERAK


Krisis Perak: Terimalah hakikat

SAYA akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan menyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh-gapah.

Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru blog Anwar Ibrahim berbunyi: Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan:

Perlembagaan Persekutuan dalam Artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam Artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat di dalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak eksklusif sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan pelantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a), kedua baginda mempunyai kuasa untuk ''tidak membubarkan dewan perwakilan'' (Parlimen atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan Perlembagaan Persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament:

''Hung Parliament'' bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN.

Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihan raya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Bagaimanapun tidak wujud situasi "hung parliament" di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah Jumpa Sultan:

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak, Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan vote of no confidence (undi tidak percaya) terhadap Dr. Zamby. Untuk pengetahuan kedua-dua di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan vote of no confidence itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara vote of no confidence itu wajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun menghadap Sultan Perak untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah:

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihan raya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun Artikel 10(2)(c) menyatakan "Parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality."

Persoalannya di sini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah di atas dibuat selepas saya merujuk kembali Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya di atas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Majlis Peguam dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa sultan mempunyai kuasa eksklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri:

Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telah ludah ke mukanya sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terimalah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku di atas ''kebenaran'' undang-undang itu sendiri dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

SIDDIQ AZANI

Fakulti Undang-Undang, UiTM Malaysia

Tuesday, February 10, 2009

RENUNGILAH RENCANA INI WAHAI UMAT MELAYU

Melayu merusuh, Cina gembira

Salam.

Sedih apabila melihat bangsa Melayu telah menentang rajanya sendiri. Di kala kita mahukan keadaan aman dan sejahtera, tiba-tiba wujud pula satu puak yang kononnya Islamik, tetapi tidak mahu menerima takdir ALLAH SWT yang kerajaan 'pujaan' mereka telah tumbang. Kita tahu perusuh-perusuh ini terdiri daripada orang-orang yang tidak bijak pun, malah boleh kita katakan blogger-blogger pro-PR ini juga sebenarnya tidak cerdik mana pun, kecuali di bidang internet sahaja.

Tidakkah anda tahu bahawa "taat kepada pemimpin" itu adalah sesuatu yang WAJIB selagi mana pemimpin tersebut tidak menyuruh ke arah kemaksiatan? Pemimpin dalam konteks di Perak adalah Sultan Perak sebagai individu tertinggi di dalam sesebuah negeri. Adakah keputusannya itu menggalakkan ke arah keburukan? Baginda sebagai mantan Ketua Hakim Negara mestilah sangat arif dengan undang-undang berbanding dengan pencacai-pencacai jalanan yang sanggup berdemonstrasi bagaikan mereka lebih arif undang-undang daripada baginda sendiri.

Baginda sendiri bila melantik Nizar, baginda juga menggunakan kuasanya, bukan rakyat yang menentukan siapa MB mereka. Jangan nak kelentonglah, wahai Nizar! Kau bukan Menteri Besar Rakyat. Dan sesiapa yang memanggilnya dengan gelaran itu, berhentilah! Anda hanya cuba menampakkan kebodohan anda sendiri. Jika diikut perlembagaan, "parti yang mendapat majoriti rakyat" adalah yang layak menjadi kerajaan. Soalnya siapakah parti majoriti di Perak? SPR sendiri tidak pernah mengishtiharkan parti mana yang menang majoriti, tetapi jika cara Matematiknya:


Barisan Nasional sebagai parti yang sah adalah yang layak memerintah jika ikut budi bicara Sultan. Pakatan Rakyat tidak pernah wujud sebagai satu parti yang sah, dan boleh dikatakan pertubuhan haram. Sultan membuat keputusan ketika itu setelah yakin bahawa ADUN-ADUN PAS, PKR dan DAP boleh membentuk satu keputusan majoriti di Dewan lalu memperkenan pembentukan kerajaan. Itu pun tak mahu berterima kasih! Malah sanggup menderhaka pula!

Tatkala Melayu pencacai ini merusuh, golongan Cina DAP ini tidak pula turut serta. Di mana mereka? Tidakkah mereka 'sedih' melihat kejatuhan kerajaan pro-Cina mereka? Mereka ini tidak seperti pencacai ini, mereka terima hakikat bahawa kerajaan mereka sudah tumbang. Mereka mahu menunjukkan kepada dunia bahawa bangsa Melayu ini bangsa yang bodoh, suka demonstrasi jika tak berpuas hati. Akhirnya Melayu merana, Cina bersuka ria.
AddThis

Sultan dan Kerajaan Negeri

Salam.

TAJUK 1: Mengapa Sultan mesti wujud

1. Menjadi payung kepada agama Islam dan bangsa Melayu daripada dimusnahkan secara halus oleh bangsa bukan Melayu/bukan Bumiputera/bukan Islam.

2. Menjadi pembuat keputusan jika terdapat perbalahan di antara rakyat negeri.

3. Pemegang amanah daripada Allah SWT supaya mengetuai bumi sesebuah negeri dan menguruskan bumi ini berlandaskan syariat.

TAJUK 2: Mengapa sesuatu kerajaan negeri perlu disanggah

1. Jika setiap tindak-tanduk lebih memberi kepentingan bangsa minoriti sesebuah negeri daripada tanggungjawab kepada bangsa majoriti.

2. Jika mereka asyik hendak menyalahkan orang lain kerana kelemahan pentadbiran sendiri.

3. Jika mereka asyik menuduh pihak lawan yang selalu 'mengganggu' pentadbiran mereka.
AddThis
0 ulasan

BEKERJALAH WAHAI EXCO BARU


6 ADUN BN angkat sumpah Exco

KUALA KANGSAR 10 Feb. - Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini mengangkat sumpah sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak yang baru.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun di Balai Istiadat Kecil, Istana Iskandariah di sini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Barisan Exco berkenaan menyaksikan pelantikan dua muka lama daripada kerajaan negeri BN sebelum ini iaitu ADUN Manong, Datuk Ramly Zahari dan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad.

Empat lagi yang mengangkat sumpah adalah terdiri daripada muka baru - ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman; ADUN Chenderiang, Dr. Mah Hang Soon; ADUN Kamunting, Mohammad Zahir Abdul Khalid dan ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin.

Bagaimanapun, portfolio masing-masing masih belum diketahui. Difahamkan, Menteri Besar akan membuat pengumuman tentang perkara tersebut esok.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN bakal membentuk kerajaan negeri baru di Perak selepas mempunyai kelebihan sokongan tiga kerusi DUN berbanding kerajaan negeri pakatan pembangkang.

Ia ekoran tindakan dua bekas Exco kerajaan negeri iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi yang juga ADUN Behrang dan Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Langkah itu dituruti oleh Timbalan Speaker DUN, Hee Yit Foong (ADUN Jelapang) yang meninggalkan DAP, manakala ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang sebelum ini mengumumkan keluar UMNO, menyertai semula parti itu.

Ia membolehkan BN yang mempunyai jumlah kerusi yang sama dengan pembangkang iaitu 28 kawasan DUN, tetapi disokong tiga calon Bebas, menguasai kerajaan negeri.

Najib yang menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh bagi memaklumkan cadangan tersebut kemudian mendapat perkenan istana selepas baginda menemui kesemua ADUN BN dan keempat-empat ADUN terbabit.

Sultan Azlan Shah telah mengeluarkan titah supaya Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan serta-merta.

Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang diterajui Mohammad Nizar hanya mampu bertahan selama 11 bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12, Mac lalu.

Pandangan Pakar Perundangan


Artikel Untuk Sebaran Sahabat BPN - Isu Nizar Enggan Letak Jawatan MB



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan Akta Interpretasi, ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan. Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas. Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”
Persoalannya disini adakah BN merupakan pertubuhan yang tidak bermoral dan mengancam keselamatan negara? Tidak bermoral kerana lompat parti? Dulu Nizar kata ia tidak salah dari segi undang-undang bukan?

Kesemua hujah diatas dibuat selepas saya merujuk kembali perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Perak. Tindakan Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan amatlah dialu-alukan demi membuktikan hujah saya diatas. Karpal tahu undang-undang ini, cuma oleh kerana beliau bertindak berkapasitikan posisi beliau sebagai pemimpin pembangkang, sudah tentu beliau tidak mahu mengalah. Datuk Ambiga Sreenevasan, President Bar Council dalam keterangannya kepada NSTP juga mengatakan Sultan mempunyai kuasa untuk memecat Nizar. Pakar perlembagaan dan pensyarah Fakulti Undang-undang UiTM, Prof Dr.Shad Saleem Faruqi dalam kenyataannya kepada Bernama juga bersetuju bahawa Sultan mempunyai kuasa esklusif terbabit.

Lebih menarik lagi, orang yang membuat keputusan ini ialah DYMM Sultan Azlan Shah sendiri yang juga merupakan mantan Ketua Hakim Negara. Sudah tentulah beliau telah mengkaji terlebih dahulu akan kesahihannya. Siapa Karpal Singh?

Detik Terkena Batang Hidung Sendiri.

Suatu ketika dahulu Anwar kerap kali menyatakan bahawa beliau mahu merampas kuasa dengan beberapa ahli parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan. Kini situasi telah berubah. Anwar telan ludah sendiri. Kepada penyokong Pakatan yang tidak berpuas hati, terimalah hakikat bahawa ini merupakan proses demokrasi yang kamu semua pernah perjuangkan dahulu sebelum 16 September 2008.

Saya juga berharap kenyataan saya kali ini dapat menenangkan perasaan penyokong Pakatan yang marah dan kecewa. Terima lah hakikat bahawa kita masih bersultankan Melayu, bukan bertuankan Anwar Ibrahim. Kita masih berbudayakan Melayu dan Malaysia, bukan kurang ajar dan derhaka, dan ini semua berlaku diatas “kebenaran” undang-undang itu sendiri, dan bukan dengan sesuka hati DYMM Sultan Azlan Shah. Daulat Tuanku!

Siddiq Azani,Fakulti Undang-undang UiTM Malaysia.

TAK MALU PUNYA NIZAR



Nizar terus ‘berdegil’ jadi MB


MOHAMMAD Nizar Jamaluddin yang masih mahu melaksanakan tugas Menteri Besar dihalang dari memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh, semalam. – UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD. NOR


IPOH 10 Feb. – Hasrat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menjalankan ‘tugas’ seperti biasa tidak kesampaian apabila dihalang memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Mohammad Nizar diiringi beberapa bekas Exco yang menaiki kenderaan rasmi kerajaan negeri tiba di hadapan bangunan berkenaan pada pukul 11.03 pagi.

Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di kawasan itu sejak awal pagi, tidak membenarkan mereka memasuki bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu.

Walaupun dihalang, Mohammad Nizar dan ‘barisan Exconya’ tetap berdegil dan berusaha menembusi benteng FRU.

Malah, puluhan penyokong pembangkang turut mengiringi Muhammad Nizar dalam usaha untuk masuk ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri.

Keadaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Azisman Alias kemudian meminta agar para pemimpin parti dan penyokong pembangkang supaya tidak menghalang lalu lintas.

Bercakap kepada pemberita, Mohammad Nizar berkata, kedatangan beliau adalah untuk menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar.

“Hari Selasa ialah hari bertemu pelanggan, kita telah buat temu janji dengan orang ramai serta pelabur dan sebab itu kita datang untuk menjalankan tugas.

“Bagaimanapun, saya sebagai Menteri Besar dihalang memasuki pejabat. Oleh itu, kami akan menjalankan tugas dari rumah rasmi Menteri Besar,” katanya.

Beliau kemudian menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar dan mengadakan satu lagi sidang akhbar pada pukul 12.30 tengah hari.

Dalam sidang akhbar itu, Mohammad Nizar mengumumkan pihaknya akan mendapatkan perisytiharan Mahkamah Tinggi Ipoh, Khamis ini bagi menyatakan kerajaan pakatan pembangkang adalah kerajaan yang sah.

Ditanya mengenai saman yang akan difailkan itu turut melibatkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Mohammad Nizar enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan terus menggunakan kediaman rasmi Menteri Besar sebagai pejabat dan tempat mesyuarat Exco selagi Mahkamah Tinggi tidak membuat pengisytiharan.

“Kami akan teruskan kerja harian kami kerana tiada dokumen atau bukti bahawa kami bukan lagi kerajaan negeri.

“Apa juga ketetapan yang telah dibuat oleh ‘mesyuarat Exco’ juga akan diteruskan kerana kami masih kerajaan negeri yang sah,” katanya.

Dalam sidang akhbar sama, bekas Exco kanan yang juga Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menuduh UMNO mempermainkan isu derhaka terhadap Sultan bagi mendorong rakyat melanggar undang-undang.

“Kita tidak lagi berada di bawah sistem monarki mutlak sebab sekarang kita mengamalkan sistem raja berperlembagaan iaitu undang-undang adalah yang tertinggi.

“Malah dalam perlembagaan negeri di bawah Artikel 18 menyatakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan hendaklah mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam pelbagai perkara,” jelasnya.

Monday, February 9, 2009

BANGKITLAH WAHAI UMAT MELAYU



5,000 pertahan Sultan Azlan Shah


LEBIH 5,000 orang berhimpun untuk melaungkan sokongan terhadap Sultan Perak di padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh semalam.– UTUSAN / MOHD. NAJIB MOHD NOR


IPOH 9 Feb. – Padang Sultan Abdul Jalil di sini bergema dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ apabila lebih 5,000 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berkumpul menyatakan ikrar taat setia akan mempertahankan kedaulatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hingga ke titisan darah terakhir.

Mereka yang menyertai perhimpunan secara aman anjuran Pemuda UMNO Perak itu meluahkan rasa marah terhadap sikap biadap dan kurang ajar pemimpin pembangkang iaitu Karpal Singh, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap Sultan Perak.

Luahan kemarahan yang meluap-luap itu bukan sahaja dapat didengar melalui kata-kata mereka, malah tertera pada tulisan pada sepanduk yang dibawa.

Antaranya, ‘Jangan Hina Raja Kami,’ ‘Kumpulan Gerakan Melayu Bersedia Menjadi Benteng Utama Mempertahankan Kedaulatan Raja-raja,’ ‘Pakatan Rakyat Jadi Kuda DAP’ dan ‘Usir Nizar dari Perak.’

Malah, di saat-saat akhir perhimpunan, para peserta yang semakin bersemangat hampir berarak menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak untuk menghalau keluar Mohammad Nizar selepas seorang wakil NGO mengajak mereka semua berbuat demikian.

Bagaimanapun, sepasukan polis yang diketuai Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner, Azisman Alias berjaya menenangkan keadaan dan meminta perhimpunan itu ditamatkan serta merta bagi mengelak kejadian tidak diingini dan provokasi.

Perhimpunan itu berakhir pada pukul 3.30 petang dan peserta kemudiannya bersurai secara beransur-ansur dari padang berkenaan.

Terdahulu, mereka berkumpul di Dataran Bandaraya Ipoh pada pukul 1.30 petang sebelum berarak menuju ke Padang Sultan Abdul Jalil setengah jam kemudian kerana tidak dibenarkan menggunakan lokasi tersebut.

Sementara menunggu majlis bermula, beberapa wakil NGO sempat memberikan ucapan meluahkan kemarahan terhadap perbuatan kumpulan tertentu menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang disambut dengan laungan ‘Daulat Tuanku’ di setiap akhir ucapan.

Majlis kemudiannya dimulakan pada pukul 2.40 petang selepas ketibaan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Padzi Paharuddin, Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sebelum memulakan majlis, semua peserta yang beragama Islam membacakan al-Fatihah untuk disedekahkan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Roslan Shaharum dari Pas yang meninggal dunia hari ini.

Wakil dari Parti Progresif Penduduk (PPP) merupakan orang pertama berucap diikuti wakil dari MIC untuk menyatakan sokongan daripada masyarakat India kepada institusi Raja Berperlembagaan dan menentang mereka yang menderhaka titah sultan.

Abdul Azeez yang mendapat peluang berucap kemudiannya memberi amaran kepada Karpal Singh supaya menghentikan budaya kurang ajar dan biadap atau bersedia menerima sebarang tindakan daripada generasi muda.

‘‘Kita akan pastikan Karpal Singh dihalau dari bumi Malaysia. Karpal Singh kata dia lawyer (peguam) tetapi sebenarnya dia liar (penipu) sebab sebagai peguam dia mesti tahu undang-undang dan apa itu institusi Raja Berperlembagaan,” katanya.

Reezal Merican pula berkata, pelajar Melayu di seluruh negara berasa terhiris dengan kebiadapan Karpal terhadap Raja-Raja Melayu.

‘‘Bumi ini ada fitrahnya, fitrah bumi ini dinamakan Tanah Melayu dan yang menjaga hak adalah Sultan dan Raja-Raja Melayu.

‘‘Menderhaka kepada Raja Melayu bermakna mengundang kemarahan rakyat bukan saja di Perak tetapi di seluruh Malaysia,” tegasnya.

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang terkenal dengan semangat juang Melayu turut berucap pada majlis tersebut.

‘‘Kita ingin beritahu kepada Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, kita akan lawan habis-habisan.

‘‘Ini baru langkah permulaan, kita akan gerakkan seluruh jentera di seluruh kampung dan berjuang mempertahankan kedaulatan Sultan Perak hingga ke titisan darah terakhir,” tegasnya sambil disambut laungan gemuruh daripada orang ramai.

Zainol Fadzi Paharuddin yang berucap seterusnya pula memohon Sultan Perak menarik balik darjah kebesaran dan kewarganegaraan penderhaka.

‘‘Kita tidak mahu institusi raja diperkotak-katikkan dan dihina sampai kasut jamban pun boleh dibaling. Inikah manusia yang kita ingin agung-agungkan sebagai pemimpin,” katanya.

Khairy yang merupakan orang terakhir berucap menyatakan bukan sahaja orang Melayu marah dengan sikap biadap pemimpin pembangkang, malah orang Cina dan India juga turut berasa demikian.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin pembangkang telah mencabuli empat daripada lima prinsip Rukun Negara iaitu rukun kedua, ketiga, keempat dan kelima.

‘‘Empat daripada Rukun Negara ini sudah dikoyakkan, apa lagi kita ada? Undang-undang, Perlembagaan dan Raja-raja kita sedang dipijak, apa tindakan kita hari ini?'' katanya yang berjaya menaikkan semangat peserta.

Sebelum menamatkan ucapannya, Khairy turut mengarahkan semua Pemuda UMNO mengambil tindakan yang perlu sekiranya bekas Menteri Besar dan Exco berkeras mahu memasuki pejabat kerajaan negeri esok.

Thursday, February 5, 2009

TIADA PILIHAN LAGI BUAT NIZAR



Nizar tiada pilihan – Pakar perlembagaan

KUALA LUMPUR 5 Feb. – Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin perlu menerima hakikat yang beliau perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak kerana beliau tidak lagi mempunyai sebarang pilihan lain kecuali akur dengan titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Pakar undang-undang perlembagaan menegaskan, atas apa alasan sekalipun, keputusan Sultan Azlan itu tidak lagi boleh dicabar kerana ia jelas dilakukan menurut undang-undang dan Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Pensyarah Undang-undang Perlembagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi berkata, biarpun boleh mendakwa wujud keraguan terhadap cara penyingkirannya termasuk tidak dilakukan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), namun keputusan itu tetap sah.

Kata beliau, ini berdasarkan peruntukan undang-undang iaitu baginda perlu berpuas hati yang Menteri Besar sedia ada sudah tidak lagi mendapat keyakinan majoriti ahli ADUN.

‘‘Seperti mana pelantikan Menteri Besar, begitulah juga dengan kaedah pelucutan seseorang daripada jawatan tersebut. ADUN yang menyokong Barisan Nasional (BN) telah dibawa menghadap baginda,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

BN mengumumkan telah menerima sokongan majoriti di DUN Perak berikutan sokongan tiga ADUN iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong serta ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

Berikutan itu, BN mendapat sokongan daripada 31 anggota DUN Perak berbanding pakatan DAP, Pas dan PKR yang hanya memperolehi 28 sokongan ahli.

Usaha Nizar kemudiannya untuk membubarkan DUN Perak bagaimanapun tidak mendapat perkenan Sultan Azlan Shah dan baginda sebaliknya menitahkan Nizar dan barisan Exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta atau akan dianggap telah dikosongkan.

Namun petang ini, Nizar enggan melepaskan jawatan seperti yang dititahkan Sultan Azlan Shah kerana menganggap beliau masih menyandang jawatan itu secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Sementara itu, Pensyarah Undang-Undang Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz berkata, situasi di Perak adalah jelas kerana Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Katanya, apabila itu berlaku walaupun di luar DUN, maka apa sahaja keputusan Sultan Perak sama ada memutuskan pelantikan Menteri Besar baru atau dibubarkan DUN untuk satu pilihan raya baru, ia adalah pada budi bicara baginda.

‘‘Apabila baginda memilih untuk tidak membubarkan DUN maka kita kena hormat dan akur. Sekarang ini bukan sekadar soal tidak menghormati raja, tetapi ia juga satu pelanggaran undang-undang kalau ingkar.

‘‘Jadi atas alasan apa baginda tidak memilih untuk membubarkan DUN, itu adalah hak mutlak budi bicara Sultan yang tentunya mempunyai sebab tersendiri.

‘‘Lagi pun jika ada pilihan raya baru, tiada jaminan juga akan ada parti yang boleh bentuk kerajaan dengan majoriti yang kuat selain keutamaan negara adalah untuk berdepan cabaran ekonomi bukan lagi soal politik,’’ jelasnya.

DAULAT TUANKU


Kenyataan media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan


SULTAN Azlan Shah dan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menerima menghadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang, Hee Yit Foong di Istana Kinta, Ipoh, semalam berikutan tindakannya keluar daripada DAP dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Baginda turut menerima menghadap tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat yang keluar daripada parti masing-masing dan memberi sokongan kepada BN. Terdahulu, Sultan Azlan Shah menerima menghadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang juga Pengerusi BN Perak bagi mendapatkan perkenan baginda untuk BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. – BERNAMA


BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.

“Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

MENTERI BESAR PERAK KE 11 Tahniah Datuk Dr. Zambry





Datuk Dr Zambry Abdul Kadir


  • Sultan tak perkenan bubar DUN
  • Nizar enggan lepas jawatan
  • DAP akui ada krisis dalaman

    KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa di Perak semalam dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dipilih sebagai Menteri Besar ke-11.

    Ini berikutan keputusan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exconya meletakkan jawatan, berkuat kuasa serta-merta.
    Pemilihan Zambry, 47, sebagai Menteri Besar Perak diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sidang akhbar di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, sejurus tiba dari Ipoh, malam tadi. Abdullah yang sebelum itu menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh, berkata Sultan Azlan Shah sudah memperkenankan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.


    Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru dijadualkan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang ini, diikuti barisan Exco pada jam 10 pagi, Selasa ini.

    Di IPOH, Pejabat Sultan Perak dalam satu kenyataan menjelaskan, setelah menemui semua 28 Adun BN dan tiga Adun Bebas, baginda yakin Mohammad Nizar sudah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota DUN.

  • "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli MMK (Majlis Mesyuarat Kerajaan), maka jawatan Menteri Besar serta ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan," kata kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Sulit Sultan Azlan Shah, Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor.


  • Sultan Perak membuat keputusan itu selaras dengan peruntukan XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

    Kenyataan empat muka surat yang dikeluarkan kepada Bernama pada jam 2.15 petang itu juga menjelaskan, Mohammad Nizar menghadap Sultan Perak kelmarin dan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Perak.

    Pagi semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi BN Perak, turut memohon menghadap baginda dan diberi perkenan berbuat demikian.

    Pada majlis menghadap itu, Najib memaklumkan kepada baginda bahawa BN dan penyokongnya kini terdiri daripada 31 Adun dan menguasai majoriti ahli DUN.

    Menurut kenyataan itu, untuk meyakinkan baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu tepat, Sultan Azlan Shah menitahkan semua 31 Adun berkenaan menghadap baginda.

    "Setelah menemui sendiri semua 31 Adun itu, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar dari kalangan ahli Dewan Negeri," kata kenyataan itu.

    Ia juga menyebut bahawa Sultan Perak telah menimbang dengan sedalam-dalamnya permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan perkenan baginda membubarkan DUN Perak.

    "Baginda menggunakan budi bicara di bawah Perkara XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak," kata kenyataan itu.

    Keputusan itu dimaklumkan kepada Mohammad Nizar ketika dititah menghadap Sultan Perak, semalam.

    Info
    Datuk Dr Zambry Abdul Kadir


    TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
    TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
    ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
    ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)

    KELULUSAN AKADEMIK:

  • PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
  • MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
  • MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
  • B Econs (Kepujian) UIAM (1987)

    PENCAPAIAN:
  • Anugerah Kepujian (PhD) 1995
  • Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
  • Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)

    JAWATAN:
  • Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
  • Ketua Umno Bahagian Lumut
  • Adun Pangkor (sejak 2004)
  • Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
  • Wednesday, February 4, 2009

    KEMBALI BALIK BERKUASA SELEPAS 11 BULAN HILANG KUASA DI PERAK

    BN kuasai Perak


    NAJIB Tun Razak bersama Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar khas di Putrajaya, semalam, bagi mengumumkan Barisan Nasional akan menubuhkan kerajaan baru negeri Perak. Sidang akhbar itu turut dihadiri Jamaluddin Mohd. Radzi (kanan), Hee Yit Foong (dua dari kanan), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (tiga dari kanan) dan Nasarudin Hashim (tengah).


    Barisan Nasional (BN) peroleh majoriti mudah untuk ambil alih kerajaan negeri Perak ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan pakatan pembangkang meninggalkan parti masing-masing bagi menyokong BN.

    ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) menjadi wakil rakyat Bebas.

    ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR, kembali semula kepada UMNO.

    BN kini mempunyai 28 kerusi, pakatan pembangkang juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Sultan Perak secepat mungkin untuk memaklumkan secara rasmi penubuhan kerajaan baru. Nama calon Menteri Besar akan diumumkan dalam masa terdekat.

    Sunday, February 1, 2009

    Kecoh di Perak


    TIGA ADUN Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi (kiri), Kapten (B) Mohd. Osman Jailu dan Timbalan Speaker, Hee Yit Foong.


    IPOH 1 Feb. – Kecoh, kelam-kabut dan ‘genting.’ Itulah senario paling tepat untuk menggambarkan keadaan kerajaan negeri Perak hari ini.

    Kerajaan negeri pakatan pembangkang yang hanya mempunyai kelebihan lima kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) kini terumbang-ambing tidak ubah seperti telur di hujung tanduk.

    Kekecohan adalah berikutan status dua wakil rakyat, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dari kerajaan pakatan pembangkang itu - yang ‘hilang’ sejak 26 Januari lalu - sehingga tengah malam ini masih menjadi pertikaian.

    Ia berpunca daripada pengumuman rasmi Speaker Dewan Negeri Perak, V. Sivakumar bahawa kedua-dua mereka telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Changkat Jering dan Behrang pada pukul 5.45 petang.

    Tidak sampai tiga jam selepas itu Jamaluddin dan Mohd. Osman menafikan sekeras-kerasnya berbuat demikian.

    “Ia surat lama, tanpa tarikh yang saya dan enam ADUN PKR yang lain tanda tangan pada Mac tahun lalu (selepas menang dalam pilihan raya umum) Saya masih wakil rakyat Behrang.”

    Jelas beliau, surat itu mengandungi aku janji kesetiaan yang menyatakan bahawa jika mereka keluar dari PKR, mereka dengan sendirinya meletakkan jawatan sebagai ADUN.

    Mohd. Osman pula menegaskan, surat peletakan jawatan itu tidak sah kerana ditandatangani secara paksa dan dibuat pada Mac tahun lalu.

    Kedua-duanya bertegas akan mencabar kesahihan surat peletakan jawatan yang dinyatakan oleh Sivakumar itu.

    Pada masa sama, khabar angin bertiup kencang mengatakan Timbalan Speaker, Hee Yit Fong yang juga ADUN Jelapang akan menyertai MCA.

    Rentetan daripada perkembangan ini difahamkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali akan menghadap Sultan Perak esok dipercayai berhubung ‘pembentukan kerajaan negeri baru.’

    Pada masa yang sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga dikatakan akan ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar esok bagi ‘mempertahankan kerajaan pimpinannya.’

    Jika peletakan jawatan Mohd. Osman dan Jamaluddin itu sah, ia menyaksikan kerajaan negeri tinggal 30 kerusi DUN iaitu DAP (18), Parti Keadilan Rakyat (PKR)(6) dan Pas (6) manakala BN pula kekal 27 kerusi DUN.

    Tetapi jika peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering dan ADUN Behrang itu tidak sah, sebaliknya mereka menyertai BN seperti dihebohkan, pakatan pembangkang kekal 30 tetapi BN bertambah kepada 29 kerusi.

    Sekiranya Yit Fong sah menyertai MCA, maka BN akan mengambil alih kerajaan negeri dengan kelebihan satu kerusi iaitu 30-29.

    Dalam kenyataan akhbarnya pada kira-kira pukul 6.15 petang ini, Sivakumar memberitahu, Mohd. Osman dan Jamaluddin yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak telah menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing kepadanya di rumah beliau pada pukul 5.45 petang.

    “Surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN itu telah diterima berasaskan Artikel 35 (XXXV) Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan. Saya sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri Perak akan mengisytiharkan kekosongan kedua-dua kerusi DUN N14 Changkat Jering dan N59 Behrang.

    “Saya akan menghubungi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya esok (Isnin) untuk mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari seperti mana termaktub dalam Artikel 35 (5) Undang-undang Tubuh Negeri Perak,” kata Sivakumar.

    Bagaimanapun, kira-kira tiga jam kemudian, Jamaluddin pula tampil memberi kenyataan kepada media dengan menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai ADUN mahupun Ahli Exco Kerajaan Negeri.

    Berikutan kekecohan mengenai surat peletakan jawatan itu, Mohd. Osman dan Jamaluddin akan membuat laporan polis dan juga sidang akhbar khas mengenainya esok.

    Mohd. Osman, 57, yang merupakan ADUN Changkat Jering adalah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri.

    Jamaluddin, 52, yang juga ADUN Behrang pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan negeri.

    Rentetan kekecohan dalam kerajaan pakatan pembangkang di Perak hari ini bermula apabila Mohammad Nizar memanggil mesyuarat tergempar dengan semua Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan pemimpin tertinggi PKR dan Pas, pagi ini.

    Mesyuarat itu bertujuan membincangkan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang yang sedang goyah terutama ekoran ‘kehilangan’ Mohd. Osman dan Jamaluddin sejak enam hari lalu.

    Turut menyertai mesyuarat itu ialah ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO untuk menyertai PKR.

    Dalam sidang akhbarnya selepas itu, Mohammad Nizar menggesa kedua-dua wakil rakyat tersebut supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri pakatan pembangkang itu.

    Beliau yang gagal menghubungi kedua-dua wakil rakyat itu sejak Isnin lalu berkata, kerajaan negeri bersedia membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

    Pergolakan dalam kerajaan pembangkang itu semakin hangat diperkatakan apabila di Kuala Lumpur, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi ini turut mengulas mengenai kemungkinan dua wakil PKR Perak akan menyertai UMNO dan BN.

    “Insya-Allah betul kot. Lima ka, 10 ka, 12 ka. Mereka nak masuk sebab mereka yakin UMNO sebuah parti yang membawa perjuangan yang mereka suka. Jadi, kita terimalah dengan baik,” jelas Perdana Menteri.

    Di Bukit Mertajam pula, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim terkejut dengan apa yang berlaku di Perak dan Anwar mengakui masih belum dapat menghubungi Mohd. Osman dan Jamaluddin yang ‘hilang’ sejak enam hari lalu.

    Perkembangan kedudukan kerajaan pakatan pembangkang Perak menjadi lebih hangat apabila Sivakumar mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan kedua-dua wakil rakyat itu.

    Kenyataan akhbar itu dihantar kepada media menerusi faks oleh Pejabat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak petang ini dan disiarkan oleh dalam berita stesen-stesen televisyen dan portal-portal berita malam ini.

    Namun, perkembangan itu menjadi lebih kecoh dan rumit apabila Jamaluddin yang dihubungi pihak media menafikan telah meletakkan jawatan sebagai ADUN Behrang.

    Sehingga tengah malam ini, status kedua-dua wakil rakyat itu masih belum sahih.

    Mohd. Osman dan Jamaluddin menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Februari ini.

    Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Osman yang mendapat 9,411 undi menang dengan majoriti 1,102 undi menewaskan calon BN, Mat Isa Ismail.

    Jamaluddin pula menewaskan M. Ramasamy (BN) dengan undi 6,771 berbanding 5,744.