Monday, September 7, 2009

INDONESIA DENGKI DI ATAS KEJAYAAN MALAYSIA



Kita diam ‘diganyang’ Indonesia?

SELAMAT menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52 buat Malaysia negara kita yang tercinta. Saya sebagai warganegara Malaysia berasa bertuah dan berbangga menjadi warga negara ini.

Saya tinggal di Johor dan berpeluang untuk menonton siaran beberapa stesen televisyen dari Indonesia.

Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini kerana berasa tersinggung dengan sikap rakyat negara jiran (Indonesia) terhadap beberapa isu bersangkutan dengan negara kita. Dahulu semasa kecoh isu pembantu rumah, rata-rata majikan di Malaysia dituduh sebagai pendera.

Baru-baru ini, saya menonton berita dari negara tersebut yang mempaparkan mengenai Malaysia menciplak beberapa budaya dari negara tersebut. Antaranya ialah lagu Negaraku, tarian tradisional dan nama-nama tempat di Malaysia. Dalam berita itu dipaparkan demonstrasi bantahan rakyat negara itu terhadap Malaysia. Mereka menghina Malaysia dengan mengoyakkan bendera Malaysia.

Mereka mendakwa lagu Negaraku diciplak daripada lagu mereka. Saya meminta Kementerian Kesenian dan Warisan ambil perhatian tentang isu ini.

Yang sangat menyakitkan hati saya ialah kenyataan yang dinyatakan oleh penyampai itu ialah ‘Malaysia ketandusan budaya’. Turut dipaparkan ialah sambutan Hari Kemerdekaan negara kita. Imej-imej yang sengaja ditunjukkan ialah air muka mereka yang hadir seolah-olah sedang berkabung serta tidak bersemangat.

Media negara itu sengaja memburukkan hubungan kedua-dua negara dengan mensensasikan isu-isu bersangkutan Malaysia.

Selain itu, media itu mempaparkan nama-nama beberapa tempat di Malaysia terutamanya di Johor yang sama dengan nama tempat di negara itu. Saya terkilan dengan apa yang dipaparkan. Adakah mereka lupa yang kita adalah serumpun?

Adakah mereka lupa bahawa rakyat negara itu sejak berkurun lamanya tidak henti-henti membanjiri negara ini sejak zaman Tanah Melayu sehingga zaman Malaysia ini?

Suatu ketika dahulu, bangsa mereka jugalah yang berhijrah untuk menikmati kekayaan negara dan ramai yang terus menetap di sini terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Budaya dan manusia mana boleh dipisahkan. Sudah tentulah mereka yang datang ke sini suatu ketika dahulu membawa budaya mereka bersama mereka. Keturunan mereka juga terus berkembang di Tanah Melayu. Rakyat mereka terus berbondong-bondong datang mencari rezeki buat keluarga mereka yang masih dibelenggu kemiskinan di negara mereka.

Di sini saya ingin mencadangkan agar stesen televisyen mengurangkan import program dari negara tersebut. Saya tidak pernah melihat satu pun program dari Malaysia yang ditayangkan di stesen televisyen mereka.

Kenapa kita perlu memenuhkan tayangan televisyen negara kita dengan sinetron serta cerita tahyul mereka.

Pada pendapat saya, program sebegini tidak membina minda penonton. Jalan cerita yang dipapar sungguh klise; temanya ketamakan merebut harta serta pengkhianatan.

Orang kaya bermewah-mewah serta bermegah dengan pangkat keturunan dan kebanyakan suka mencerca sesuka hati. Jika itulah realitinya dalam masyarakat Indonesia, perlukah kita ikut?


Johor Bahru">


Putrakencana :

Ini semua akibat dari kedengkian Indonesia terhadap Malaysia.
Mereka seharusnya berterima kasih dan bersyukur di atas kemakmuran Malaysia.
Dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysia, dapatlah rakyat Indonesia bekerja mencari rezeki di Malaysia yang aman dan sejahtera.

Kepada Media Indonesi, jangan mensensasikan sesuatu isu itu bagi melariskan berita mereka tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Mereka sepatutnya memperkukuhkan tali persaudaraan kerana kita dari rumpun yang sama.
Satu Nusantara.

4 comments:

  1. kenapalah indon ni
    x sedar sedar
    mngapakh indon ni trlmpau demgki
    klau boleh malaysia pon x nk berkurn dengn indon
    mnymph lgi adalh

    ReplyDelete
  2. kenapalah indon ni
    x sedar sedar
    mngapakh indon ni trlmpau demgki
    klau boleh malaysia pon x nk berkurn dengn indon
    mnymph lgi adalh

    ReplyDelete
  3. budaya melayu bukan milik indon.. sumatera indon dulu bahagian dari tanah melayu tp disebabkan bekas jajahan belanda ia diserahkan kepada indon jawanesia.. tanpa belanda negara yang namanya indon jawanesia cuma pulau jawa sja...

    ReplyDelete
  4. Dah bosan dgn sinetron2 yg xpernh hbs di tayangkan.berbelit2.patutnya tv3 tayangkan cerita yg bermanfaat dr sinetron2 yg memaparkan nilai2 yg x sepatutnya di contohi.

    ReplyDelete