Wednesday, January 21, 2009

PERLANTIKAN PRESIDEN OBAMA

Pendirian Obama terhadap Palestin terus dipersoal



OBAMA melambaikan tangan kepada orang ramai di sisi anaknya, Malia selepas majlis angkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 di Washington, semalam.

WASHINGTON: Ikrar Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama untuk mewujudkan 'hala tuju baru' dalam hubungan dengan dunia Islam selepas menghadapi masalah selama lapan tahun di bawah bekas presiden, George W Bush dialu-alukan oleh tokoh Islam, tetapi pendiriannya terhadap isu Palestin masih dipersoalkan.

"Ikrar hala tuju baru itu adalah sesuatu yang baik tetapi beliau perlu mengubah dasar negaranya terhadap konflik Israel dan Palestin terlebih dulu," kata pemimpin Nahdatul Ulama, Maskuri Abdilah yang mengetuai pertubuhan Islam terbesar Indonesia.

"Penyelesaian isu ini amat penting kerana ia menjadi punca kepada semua keganasan dan ketegangan di antara dunia Islam dan Barat."


Dalam ucapan sulungnya sebagai presiden kelmarin, Obama selain berikrar mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, turut mengulangi janjinya ketika berkempen bahawa Amerika Syarikat akan 'mula menyerahkan Iraq kepada rakyatnya dan meneruskan usaha perdamaian di Afghanistan.'


Obama, yang menghadapi cabaran hebat di kalangan dunia Islam - dari wilayah Palestin hingga ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan, akan memperkenalkan cara baru serta menjanjikan keseimbangan dalam pendekatan diplomatik, ketenteraan dan bentuk kuasa lain.

Beliau juga berkata, pemuliharaan keselamatan selepas pasca 9/11 di Amerika, tidak akan diusahakan dengan mengetepikan idealisme kebebasan AS dan kedaulatan undang-undang, yang dikritik ke atas pentadbiran Bush dalam perangnya terhadap keganasan.

No comments:

Post a Comment