Wednesday, March 31, 2010

KEBODOHAN PARTI PEMBANGKANG PERAK




rovokasi pembangkang gagal

Beberapa wakil pembangkang mencetuskan kekecohan sebaik sidang Dewan Undangan Negeri Perak bermula, semalam.

SEPERTI biasa, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di Ipoh semalam berlangsung dalam suasana kecoh berikutan tindakan kurang sopan wakil-wakil rakyat pembangkang.

Namun berbeza dengan dua sidang sebelum ini, kekecohan yang cuba dicetuskan oleh pembangkang kali ini ternyata gagal.

Gagal kerana mereka bukan sahaja tidak berjaya mengheret rakyat mengadakan demonstrasi untuk mempertikaikan kerajaan negeri sedia ada malah, sedikit pun tidak menggugat 'kekuatan' emosi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bersidang.

Kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka apabila provokasi-provokasi yang dilakukan hanya memakan diri sendiri.

Akhirnya, tanpa disuruh, dengan perlahan-lahan mengambil beg masing-masing, berjalan keluar Dewan secara beramai-ramai.

Sikap yang ditunjukkan oleh wakil rakyat pembangkang ini hakikatnya jelas hanya mempermainkan hasrat dan harapan rakyat.

Dalam hal ini DUN bukanlah tempat untuk menunjuk lagak atau lakonan hebat, sebaliknya tempat menentukan nasib rakyat.

Rakyat mengundi mereka dengan harapan setinggi gunung agar dapat bersama-sama membantu menggapai bintang-bintang di langit.

Malangnya semakin hari semakin jelas bahawa bintang-bintang yang diharap bukan sahaja kian menjauh malah bertambah kelam.

Dengan sikap dan perangai yang dipertontonkan sejak pembangkang kehilangan kuasa di Perak, apakah ada lagi harapan rakyat yang menggunung ini?

Tiada salahnya tugas pembangkang kerana itu adalah saluran terbaik untuk menjadi pengimbang kepada kerajaan sedia ada.

Malangnya, peranan murni pembangkang ini tidak difahami oleh kebanyakan wakil rakyat pembangkang itu sendiri.

Akhirnya, jadilah apa yang disaksikan semalam apabila pembangkang hanya tahu membangkang sehingga kewarasan berfikir dan matlamat asal menjadi wakil rakyat semakin terpinggir.

Sedarlah bahawa rakyat bukan bodoh sepanjang masa. Mereka juga bukan penonton yang setia. Jika sikap pembangkang berterusan begini, tiada apa lagi yang boleh diharapkan daripada mereka.

Maka, jangan salahkan sesiapa jika suatu masa nanti kewujudan pembangkang di negara ini hanyalah dilihat sebagai 'badut-badut' yang hakikatnya tidak mampu memperjuangkan apa-apa pun.

IKUTLAH PERLEMBAGAAN NEGARA





Asskum rakan yg saya hormati, terpanggil saya utk menulis perkara yg begitu dekat dihati saya iaitu perjuangan Alif, Baa, Taa...Asas dlm perjuangan PERKASA juga.

Kebelakang ini saya lihat pelbagai tuduhan, cemuhan , tohmahan, makian dan kata2 yg tidak enak didengar dilontarkan kepada PERKASA. Kenyataan2 yg dikeluarkan oleh sesetengah golongan terhadap PERKASA bagi saya ianya dilihat sebagai satu cabaran, halangan serta asam garam dalam politik.

Mereka mengeluarkan kata2 dimana PERKASA ini rasist dan haluan kanan dan sebagainya.Dalam hidup ini adalah mudah mencari kesalahan orang daripada melihat kesalahan diri sendiri. Ini cukup membimbangkan saya bila perjuangan untuk agama, bangsa dan negara adalah perjuangan setiap manusia pribumi untuk memastikan kuasa pribumi ini kekal untuk diwaris generasi yang akan datang. Jangan sampai kita terlalu memikirkan hak orang lain dan kehendak orang lain sehingga kita lupa pada hak dan kehendak orang2 pribumi negara.

Perkara begini amat membimbangi pihak saya kerana kebelakangan ini asakan-asakan kaum-kaum lain cukup tinggi, adakah kita hanya akan berserah dan akhirnya apa yang ada pun sedikit demi sedikit akan terhakis. Perkara ini benar2 sudah berlaku, adakah sesetengah pihak hanya menutup sebelah mata dan buat seperti perkara ini tidak penting. Nyata dan jelas keresahan orang2 pribumi negara sudah terdetik didalam hati kecil mereka untuk memastikan HAK Mutlak Pribumi di pertahankan.

Dalam ertikata ini PERKASA khususnya dilahirkan utk memastikan PERLEMBAGAAN NEGARA dihormati oleh semua masyarakat dan rakyat. Soalannya disini Adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA DIKATAKAN HALUAN KANAN DAN RACIST ( PERKAUMAN). Seharusnya rakan2 diluar sana harus menilai secara matang mengenai perkara ini. PERKASA hanya mahukan Perlembagaan Negara Dihormati terutama fasal2 yg berkenaan dgn Pribumi Negara. Adakah perkara yang saya nyatakan dibawah ini dikatakan Racist dan haluan kanan:

1. Hak2 Keistimewaan,Kedudukan dan kemulian Org2 Melayu kekal.
2. Kebesaran Raja-Raja Melayu dipertahankan
3. Pertahankan Agama Islam kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan.

Ni sebahagian daripada perjuangan PERKASA.Rakan2 harus paham PERKASA mempertahankan perlembagaan negara, dalam ertikata sebenar PERKASA mempertahankan kedudukan istimewa orang2 Melayu dan kepentingan SAH kaum2 lain mengikut perlembagaan Negara. Soalan saya mudah adakah mempertahankan PERLEMBAGAAN NEGARA dianggap Racist dan Haluan kanan, cuba rakan2 nilaikan.

Jesteru itu, jika sesetangah pihak yang tidak melihat dan menkaji perkara ini secara matang akan hanya menyebabkan perpecahan bukan sahaja antara kaum2 pribumi malah akan wujud perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan,pembangunan dan kejayaan kepada negara.

Negara kita akan menuju kehadapan dan terus berjaya jika Perlembagaan Negara dihormati oleh semua kaum dinegara kita. Maka bagi saya secara peribadi adalah menjadi tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan menghormati Perlembagaan Negara .

Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak SAH mereka kerana HAK-HAK tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Peruntukan-peruntukan yang terkandung dalamUndang2 tubuh negeri2 Di Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan.

Saya dengan ini mengharapkan penjelasan dan menegas disini PERKASA bukan RACIST dan HALUAN KANAN seperti yang digembar-gemburkan oleh orang yang tidak memahami Perlembagan Negara. Disini saya secara peribadi berharap segala kekeliruan berhubung PERKASA dikalangan Rakyat Jelata akan dibendung dan akan wujud satu suasana, aman, harmoni dan sikap saling hormat-menghormati dikalangan rakyat Malaysia akan terus dapat diwujudkan demi ketenteraman negara.

Disini ingin saya nyatakan kepada rakan2 diluar sana Teruskan Agenda Transformasi Penyatuan dimana bila kaum Pribumi Bersatu, kaum2 lain akan menghormati kita atas dasar Perlembagaan Negara Malaysia.

Maka PERKASA Bukan Pertubuhan Racist dan Haluan Kanan , Kerana Mempertahankan ' Perlembagaan Negara " Adalah tanggungjawab seluruh warganegara Malaysia..Kepada Wira2 Perkasa Seluruh Negara Teruskan perjuangan dan laungkan " H.O.M' dengan penuh rasa bangga dan hormat..Kerana perjuangan kita belum selesai..wasalam


YangSayangkanPerlembagaanNegara
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Wednesday, March 24, 2010

SATU LAGI PENDEDAHAN DI PARLIMEN




Ganjaran lumayan fitnah PM, isteri

KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara.

Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’.

Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya.

Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya.

Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu.

Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya.

Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.

“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.


Putrakencana :

Satu demi satu pendedahan telah di luahkan di Parlimen Malaysia. Itulah dia Pakatan Rakyat yang ingin memerintah Negara dengan cara memfitnah dan tohmahan yang menjijikkan. Rakyat boleh menilai sekarang. Mana Kaca dan mana Intan.
Bersyukurlah seorang demi seorang Ahli Parlimen sudah sedar dengan Pemimpin Pakatan Rakyat. Berpeganglah kembali kepada Al-Quran. Betapa rakusnya Pemimpin PKR ni untuk memegang jawatan tertinggi negara.

Tunggulah.............masih ada lagi kejutan di Parlimen.

Tuesday, March 23, 2010

PEMBOHONGAN PALING BIADAP DI MALAYSIA. SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA.




Pembohongan 16 September

DALAM pertemuan dengan penulis pada 11 Mac lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyatakan bahawa beliau akan membuat ucapan penting di sidang Dewan Rakyat pada 15 Mac.

''Selepas itu, saya serahkan kepada rakyat untuk memikirkannya,'' itulah kata beliau tanpa menyatakan apa isi kandungan ucapan penting tersebut.

Ternyata pada tarikh berkenaan, Zahrain yang buat pertama kalinya melangkah ke Parlimen sebagai ahli Parlimen bebas selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 12 Februari melakukan ucapan yang menggegarkan arena politik negara.

Zahrain mendedahkan mengenai rancangan 16 September 2008 yang otak perancangnya ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika selama ini, impian 16 September tidak begitu diketahui secara terperinci selain daripada cita-cita songsang Anwar untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang tetapi apa yang didedahkan oleh Zahrain cukup menggemparkan.

Anwar dalam mencapai cita-cita itu atau lebih tepat lagi memenuhi khayalannya untuk menjadi Perdana Menteri sanggup mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Abdul Aziz Zainal.

Tujuan Penasihat PKR itu adalah mudah iaitu hendak menyakinkan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bahawa kononnya dua pihak paling berkuasa di negara ini berada di belakangnya.

Dalam mana-mana juga negara yang mengamalkan raja berperlembagaan dan angkatan tentera menjadi tonggak kekuatan, sudah pastilah penggunaan nama itu boleh menggerunkan sesiapa sahaja.

Tetapi Anwar terlupa ahli-ahli Parlimen BN tidaklah sebodoh yang disangkakan. Atas sebab itulah perancangan 'jahat' beliau untuk menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang gagal.

Akhirnya, impian 16 September Anwar mendedahkan siapa diri beliau sebenarnya. Beliau kini dilihat bukan sahaja pemimpin yang rakus, malah sanggup mempergunakan nama sesiapa sahaja demi mencapai cita-cita politiknya.

Tindakan Anwar mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM, adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan satu pengkhianatan. Anwar cuba menyeret dua institusi berkenaan ke dalam gelanggang pertarungan politik berikutan kekecewaan selepas pakatan pembangkang yang diketuainya gagal menumbangkan kerajaan BN.

Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, Anwar bukannya tidak tahu bahawa dua institusi berkenaan tidak seharusnya diseret dalam kancah politik.

Tetapi Anwar tidak peduli kesan akibat pendustaan yang beliau lakukan. Apa yang penting bagi beliau ialah ke Putrajaya, walaupun tindakan itu bukan sahaja boleh mencemarkan nama baik institusi tersebut tetapi juga mengkhianati mandat yang telah diberikan kepada BN oleh rakyat.

Kita tidak harus lupa selain pembohongan yang dilakukan oleh Anwar dalam agenda 'gila' itu, Anwar juga berjaya memperdaya rakan-rakan dalam pakatan pembangkang sendiri iaitu Pas dan DAP.

Gagal

Sebab itulah apabila rancangan 16 September gagal, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sememangnya menentang perbuatan lompat parti mengeluarkan kenyataan yang cukup keras pada 8 Februari 2009, apabila menegaskan, Anwar tidak layak memimpin parti itu kerana mempromosi budaya lompat parti.

"Anwar Ibrahim harus bertaubat kerana perbuatannya, Pakatan Rakyat sepatutnya memohon untuk mendapatkan seorang pemimpin yang baru bukannya pemimpin yang mengamalkan budaya ini," kata Karpal.

Tetapi kemarahan Karpal hanyalah seketika apabila Anwar terus dibenarkan memimpin pakatan pembangkang, biar pun kini jelas Anwar adalah pemimpin politik yang mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara.

Walaupun kini segala tembelang dan 'topeng raksaksa pelbagai wajah' Anwar sudah didedahkan oleh Zahrain, namun pemimpin-pemimpin pembangkang masih setia ingin menyokong beliau sebagai pemimpin utama mereka.

Ia terbukti apabila Zahrain diserang hebat oleh pemimpin-pemimpin berkenaan termasuklah oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap oleh Anwar ketika dalam kerajaan bahawa beliau 'ulama terompah'.

Secara tiba-tiba Nik Abdul Aziz bercakap soal tipikal ahli politik Melayu yang mendedahkan kepincangan bekas parti mereka. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak pula mahu mengulas apa pula dosa Anwar apabila melakukan pembohongan dengan mempergunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM.

Apakah kerana pendedahan itu melibatkan Anwar maka segala pendustaan dan penipuan oleh Ketua Pembangkang tersebut boleh 'dihalalkan'? Yang manakah lebih berdosa mendedahkan kebenaran seperti mana dilakukan oleh Zahrain atau pembohongan yang dibuat oleh Anwar?

Penulis yakin tidak semua pemimpin dan ahli Pas berkongsi pandangan dengan Nik Abdul Aziz biarpun beliau seorang Mursyidul Am. Ia kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

''Sebenarnya, pendedahan Zahrain telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam Pas kerana tidak semua dalam parti sukakan Anwar,'' kata seorang pemimpin muda Pas ketika dihubungi.

Jika pembangkang menganggap pendedahan Zahrain disebabkan beliau sudah menjadi 'askar upahan' kepada BN, kenapa mereka tidak mendesak Anwar supaya membuat penjelasan bagi membersihkan namanya.

Tindakan meninggalkan sidang Dewan Rakyat dan menganggap 'itulah bahana apabila sudah menjadi alat UMNO'', bukanlah tindakan yang bijak kerana ia hanya mendedahkan Anwar kepada tuduhan bahawa beliau hakikatnya tidak sanggup menerima kebenaran yang dipaparkan oleh Zahrain dan seorang yang pengecut untuk mempertahankan diri.

Jika beliau di pihak yang benar sudah pasti Anwar tidak akan ke London untuk bertemu kawan baiknya yang juga bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore.

Ini kerana tuduhan Zahrain adalah serius dan memerlukan jawapan balas daripada beliau tetapi Anwar tahu segala yang Zahrain dedahkan adalah satu kebenaran. Sebuah kebenaran tidak boleh ditutup bak kata lagu Jay Jay dalam lagu Rindu Bayangan; ''berputar-putar membelitkan kata-kata'' - yang sebelum ini menjadi 'alat' untuk Anwar meraih sokongan sebahagian rakyat.

Penipuan

Justeru adalah jelas, Anwar tidak berdaya menutupi tembelangnya sehingga terpaksa meninggalkan sidang Dewan Rakyat supaya 'telinganya tidak terus panas' mendengar satu demi satu penipuan yang beliau lakukan.

"Sebagai seorang yang mendabik dada kononnya beliau bakal menjadi Perdana Menteri, pendirian Anwar untuk tidak membalas pendedahan ahli Parlimen Bayan Baru dengan keluar daripada Dewan Rakyat jelas membuktikan beliau tiada integriti dan kredibiliti, sedangkan pada masa itu kewibawaannya sebagai ketua pembangkang diserang.

"Adalah sesuatu yang pelik juga apabila seorang pemidato yang hebat seperti Anwar tidak mampu membalas 'serangan' yang ditujukan kepada beliau, sebaliknya mengambil keputusan 'menenangkan' diri di Eropah," kata penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Apabila politik matlamat menghalalkan cara yang dirancang oleh Anwar terdedah melalui impian 16 September, ramai yang tertanya-tanya, apakah Pas yang memperjuangkan Islam akan terus bersekongkol dengan pemimpin seumpama itu?

Selama ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering menegaskan bahawa Pas ingin berkuasa melalui proses demokrasi iaitu melalui pilihan raya. Tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan sama sekali dengan semangat Pas yang menurut Abdul Hadi adalah parti Islam yang memperjuangkan dasar-dasar Islam serta nilai-nilai keadilan sejagat.

Mungkin ada yang akan berhujah bagaimana pula dengan kejayaan BN menguasai semula Perak apabila tiga wakil rakyat pembangkang mengisytihar menjadi wakil rakyat bebas.

Antara kes di Perak dan impian 16 September ia adalah berbeza. Ini kerana BN Perak tidak pernah mempergunakan nama sesiapa untuk menarik sokongan tiga wakil rakyat berkenaan, mereka keluar daripada PKR dan DAP dengan sukarela.

Ini berbeza dengan Anwar yang terlalu inginkan kerusi Perdana Menteri sehingga sanggup berbohong dan menghantar ahli Parlimen pembangkang ke Taiwan bagi memujuk ahli Parlimen BN. Tidakkah tindakan Anwar itu mengkhianati semangat demokrasi yang Abdul Hadi dan Pas uar-uarkan?

Oleh itu sebagai parti yang berhasrat menegakkan perjuangan Islam, pemimpin-pemimpin Pas sudah tentu memahami bahawa Anwar sememangnya tidak layak menjadi pemimpin mereka.

Mana mungkin sebuah parti seperti Pas terlalu mengagung-agungkan pemimpin yang mengamalkan politik seperti Anwar yang sekali gus akan mencemarkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Kini terserahlah kepada parti-parti pembangkang untuk menilai siapa ketua yang mereka kagumi itu dan kepada sebahagian rakyat yang masih taksub melihat Anwar sebagai 'pemimpin yang bersih dan murni'.

Apa pun kesimpulannya, pendedahan oleh Zahrain telah membuka wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim dan membuktikan impian 16 September dilumuri dengan perancangan yang penuh dengan pembohongan, penipuan, pendustaan dan pengkhianatan, namun akhirnya kebenaran pasti memusnahkan kebatilan.

ITULAH DIA MANUSIA LUPA DARATAN




Apabila Belanda minta tanah, kaduk naik junjung...

PADA 13 Mac 2010, saya menerima e-meldaripada seorang saudara yang amat prihatin dengan nasib Melayu di bumi Melayu yang selalu dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu terutama parti ultra kiasu dan rakan sekutunya yang boleh diibaratkan seperti Belanda minta tanah dan kaduk naik junjung.

Saya terpaksa mengubah tajuk artikel yang sepatutnya kerana saya fikirkan emailnya amat penting, apatah lagi isu ini telah disensasikan oleh laman-laman web mereka.

Isunya berkaitan dengan penduduk Kampung Sungai Terentang, Rawang yang membantah kerja-kerja pemasangan kabel voltan tinggi oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang boleh dijadikan iktibar kepada masyarakat bukan Melayu untuk memahami sentimen kebanyakan masyarakat Melayu. Janganlah tuduh saya lebih Melayu dari Melayu selepas ini kerana saya tidak pernah mengakuinya walaupun ia diikhtiraf oleh Perlembagaan.

Sepanjang pengetahuan saya, tanah yang diduduki oleh penduduk kampung berkenaan bukannya tanah mereka pun. Tanah itu milik TNB dan mereka hanyalah setinggan di situ. Tetapi apabila ada ura-ura hendak merobohkan kediaman mereka dan memindahkan mereka yang terlibat, semuanya menjadi kecoh dan ramai yang menentang.

Pemimpin-pemimpin ultra kiasu mula masuk kampung kerana mereka mahu menjadi jaguh kampung untuk mendapatkan publisiti murahan. Bayangkanlah jika tanah tersebut diduduki oleh orang Melayu, sudah tentu TNB akan meneruskan kerja-kerjanya. Orang Melayu akan memberikan laluan atas dasar pembangunan walaupun pampasannya tidak seberapa. Apakah mungkin ultra kiasu ini akan membela mereka dengan bersungguh-sungguh?

Setinggan tetap setinggan. Dari segi undang-undang, mereka tidak ada hak pun untuk mempertahankan tanah tersebut. Saya tidak nampak semua rumah akan dirobohkan, mungkin sebahagian. Namun, mereka telah membawa kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan pada November lalu.

Mahkamah memutuskan bahawa TNB mempunyai hak untuk meneruskan projek itu sebab itu adalah tanah TNB, muktamad. Mahkamah juga memerintahkan TNB supaya membayar pampasan berjumlah RM10.4 juta kepada penduduk terlibat yang telah mereka melaksanakan. Tidakkah jumlah wang tersebut begitu besar?

Tetapi inilah sifat ultra kiasu yang telah menyelubungi mereka yang setelah dihasut oleh parti ultra kiasu. Jika di Pulau Pinang, senang sahaja tanah Melayu diambil dan gerai mereka diroboh, tetapi bila kena batang hidung sendiri? Alahai, itulah nasib Melayu di bumi Melayu. Lebih menyedihkan orang Melayu tidak banyak tampil membela Melayu itu sendiri. Menitis air mata memikirkan bila bukan Melayu seperti saya terpaksa membela Melayu hanya dek kerana Melayu beragama Islam, walaupun terpaksa dihina dan dikeji oleh bangsa sendiri termasuk saudara mara saya. Tetapi apakan daya, semangat Islam mengatasi segala-gala.

Keistimewaan

Sepatutnya mereka mesti faham mengapa masyarakat bumiputera diberikan keistimewaan di sebuah negara yang diwarisi daripada nenek moyang mereka selama beratus bahkan beribu tahun. Jika mereka yang baru tinggal di situ secara haram tidak sampai seratus tahun bermati-matian berpendapat mereka berhak atas tanah tersebut disebabkan apa yang mereka telah usahakan, apakah salahnya bagi kaum bumiputera diberikan keistimewaan dari segi polisi pentadbiran kerana mereka juga telah berusaha selama ratusan (bahkan mungkin ribuan) tahun untuk memakmurkan wilayah mereka sendiri?

Di samping itu saya juga ingin berkongsi pengalaman seseorang yang pernah bekerja di bahagian kewangan sebuah kementerian yang diterajui oleh menteri bukan Melayu.

Menurutnya, jika dalam kampung tersebut adalah terdiri daripada bukan Melayu yang sebangsa dengan menteri tersebut, maka jumlah gantirugi yang diberikan kepada penduduk tersebut adalah berlipat kali ganda. Manakala, jika kawasan tersebut dihuni oleh orang Melayu atau bumiputera, maka peruntukan atau ganti rugi tersebut dibuat lebih kurang sahaja. Orang Melayu tidak banyak cakap dan menerima sahaja kerana pada mereka wang selonggok di depan mata sudah mencukupi. Mereka tidak sedar bahawa sejumlah wang tersebut hanya boleh menyaranya untuk jangka masa yang singkat, berbanding orang lain yang mungkin mendapatkan perlindungan atau pampasan jangka panjang.

Hari ini, mungkin pada luarannya dasar kerajaan nampak melebihkan bumiputera, tapi secara aplikasinya tidaklah begitu. Malah apa yang diperjuangkan oleh sebahagian masyarakat bukan Melayu selama ini mungkin telah pun mereka dapat secara senyap-senyap. Cuma tidak diberikan publisiti secara besar-besaran sebagaimana cara kita membantu orang Melayu. Publisitinya begitu meluas. Inilah sifat kita, selalunya suka dipuji sehingga pujian tersebut mengalpakan kita, ibarat menang sorak kampung tergadai.

Saya memetik kata-kata e-mel tersebut yang amat menyentuh hati saya: "Apa pun saya bukanlah sayang sangat bangsa saya, bahkan saudara-saudara baru (mualaf) lebih saya sayang daripada kebanyakan Melayu muslim. Terus terang saya katakan jika ada seorang Cina/India /Siam/Iban/Kadazan dan lain-lain yang baru memeluk Islam tidak sampai sebulan, tapi lebih alim, bertaqwa, cekap dan berkaliber dalam memerintah negara, saya lebih rela negara ini diperintah olehnya. Ini kerana, seorang mukmin yang bertaqwa pasti akan berusaha memerintah dengan penuh keadilan tidak kira apa pun bangsanya. Yang Melayu Muslim memerintah sekarang ini ramai yang lebih banyak memalit arang kepada imej Islam (termasuklah daripada PAS sendiri). Cuma saya menulis di sini kerana ada pihak yang sudah jadi macam Belanda minta tanah, diberi betis nakkan peha".

Saya tidak dapat meneruskan kata-kata beliau kerana agak sensitif. Apa pun saya ucapkan terima kasih di atas keprihatinan dan sensitiviti penghantar email tersebut terhadap permasalahan ummah dalam pembinaan negara bangsa. Bandingkanlah tolak ansur, berapa banyak tanah-tanah Melayu termasuk tanah rezab yang telah tergadai kerana memberikan laluan kepada pembangunan? Hatta, masjid surau pun sanggup dirobohkan? Bayangkan jika satu kuil atau rumah ibadat mereka dirobohkan, apakah reaksinya? Kenapa penduduk di kawasan tersebut begitu bimbang rumah mereka akan dirobohkan bagi pembinaan menara untuk kepentingan masa depan dan anak cucu mereka? Isunya hanya berkaitan pemasangan kabel elektrik dan pampasan telah pun disediakan? Takkan mereka mengharapkan TNB menyedia rumah banglo untuk mereka di kawasan bukan milik mereka?

Bantahan mereka masih belum berakhir. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Peter Chin memberi jaminan bahawa tidak ada kerja-kerja merobohkan akan diadakan sehingga mesyuarat antara TNB dan wakil penduduk diadakan Jumaat lalu. Saya tidak tahu apakah keputusan kerana artikel ini terpaksa dihantar lebih awal.

Namun, saya boleh menjangkakan bahawa mesyuarat tersebut tidak akan dapat menyelesaikan masalah, apatah lagi kawasan tersebut berada di negeri yang perintah oleh ultra kiasu. Awal-awal lagi mereka telah bersekongkol walaupun ia bercanggah dengan undang-undang. Ini yang selalu saya katakan, bila nasib sebegini menimpa umat Islam, tidak banyak timbul masalah. Tetapi bila kena pada bukan Islam, satu Malaysia seolah-olah tidak ada berita lain. Tindakan sebegini ternyata amat bercanggah dengan konsep 1Malaysia yakni memberikan hak kepada yang berhak mengikut lunas undang-undang bukannya menuntut apa yang telah dapat dan menambah sampai membukit.

Seultra kiasu

Melayu yang saya kenal tidaklah seultra kiasu seperti sekumpulan mereka yang berada di negeri ultra kiasu ini. Mereka rela hasil bumi dikaut oleh orang lain selagi budaya dan agama Islam terpelihara. Mereka jarang cemburu atau dengki kepada orang lain, walaupun sifat ini berlaku di kalangan sesama mereka. Bapa saya boleh membina kekayaan di kawasan majoriti orang Melayu, tanpa diganggu-gugat. Bapa saya berjaya membeli beberapa keping tanah di kampung-kampung Melayu.

Satu kelemahan orang Melayu mudah cair

melihat wang di depan mata dan pada masa sama mereka suka berhutang. Berhutang pula jarang mahu bayar, tetapi mereka tidak sedar keuntungan telah pun diperolehi daripada hutang pokok yang tidak dibayar. Bila hutang tidak dapat dibayar, maka hutang tersebut akan ditebus dengan menjualkan barang kepunyaan mereka seperti barang kemas, tanah, hasil subsidi kerajaan seperti biji benih, baja dan sebagainya. Semasa saya kecil dahulu, saya melihat begitu banyak hasil subsidi kerajaan telah dijual kepada bapa saya bagi mereka yang tidak mampu membayar hutang.

Kalau dulu hutang dipotong dengan menjual subsidi kerajaan, hari ini along telah mengambil alih tugas tersebut. Hutang mesti dibayar bersama faedah yang tinggi. Hutang bersama faedah akan terus bertambah dari masa ke semasa jika tidak dibayar. Inilah sifat yang menyamai sifat Yahudi. Kebanyakan harta umat Islam tergadai kepada along kerana harta mereka telah tergadai.

Saya ingin ingatkan rakan sebangsa saya, orang Melayu yang saya kenali suka memendam rasa. Hari ini mereka asyik mengalah. Kita pula seronok melihat orang lain kalah atau dikenakan tindakan.

Kita sentiasa mahu menang, tanpa menyedari kemenangan itu meninggalkan implikasi besar ke atas orang lain. Kita jarang mengkaji parut yang tinggal akibat kekalahan yang diterima. Parut inilah yang bahaya kerana parut ini akan meninggal kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Dari sudut psikologi, parut itu akan dikenang hingga ke akhir hayat. Inilah yang disebut luka di tangan nampak berdarah, luka di hati siapa yang tahu. Parut ini biasanya akan menyebabkan seseorang itu memendam rasa. Sesuatu yang dipendam tidak selama-lamanya terpendam. Satu hari ia akan meletup. Letupan itulah yang paling saya takuti.

Saya bangkitkan isu ini kerana saya sayangkan bangsa saya yang tidak ultra kiasu. Saya bimbang mereka turut menjadi mangsa disebabkan oleh tindakan segelintir ultra kiasu. Mungkin sekarang kita tidak dapat kesannya. Tetapi ia tidak mustahil akan berlaku. Cuma masa akan menentukan. Saya cukup bersetuju dengan kata-kata bahawa negara kita nampak sahaja stabil tetapi sebenarnya tension.

Di petik dari Rencana Ridzuan Tee Abdullah.

Monday, March 8, 2010

HARGAILAH TOLERANSI PRIBUMI TANAH MELAYU INI

Rencana ini di petik dari Penulisan Sdr. Ridzuan Tee Abdullah.

Hargai toleransi pribumi

Sekali lagi isu bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri (PM) dibangkitkan oleh beberapa sarjana Melayu Islam. Kesempatan dan peluang ini disebar luaskan oleh laman-laman web ultra kiasu dan mereka anti Islam. Saya tidak pasti apakah muslihat serta maksud tersurat dan tersirat di sebalik membangkitkan perkara ini.

Kalaupun benar bukan Melayu boleh menjadi PM, tidak perlu dibangkitkan kerana ia sukar menjadi realiti, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti bangsa pribumi ini. Lagipun pada saya, orang kanan selepas Melayu adalah bumiputera Sabah dan Sarawak, bukannya orang lain. Kalaupun mereka layak, tidak seharusnya mereka menerima jawatan PM. Ini kerana masih ramai majoriti orang Islam yang layak dan lebih berhak di buminya sendiri. Jangan pula bandingkan dengan Thailand, kerana bukan Siam di sana lebih Siam dari Siam. Saya tidak bertujuan untuk membela Melayu, tetapi saya cuba memahami psiki bangsa Melayu berbanding bangsa lain, setelah memahami psiki bangsa saya sendiri. Tidakkah itu lebih baik kerana kita semua berada dalam komuniti majoriti masyarakat Melayu?

Sebagai bukan Melayu, saya amat bersyukur berada di bumi bertuah ini. Walaupun saya lahir selepas merdeka, tidak dapat melihat bagaimana kontrak sosial dipersetujui, namun saya amat bersyukur kerana nenek moyang saya diterima menjadi warganegara di bumi ini. Nenek moyang saya diterima secara pukal tanpa sebarang syarat. Nenek moyang saya tidak dikenakan syarat sehingga boleh mengubah dan mengganggu-gugat cara hidup dan jati diri mereka. Mereka seperti seadanya sebagaimana asal, tanpa ada ubah suai walaupun sedikit. Mereka bebas berbahasa sendiri, hidup dalam kelompok sendiri, bersekolah sendiri, malah dapat mengaut kekayaan tanpa sekatan dan halangan, sehingga kekayaan melimpah ruah. Sejarah sebegini tidak pernah berlaku di negara lain. Di negara lain, bukan sahaja mereka ditolak, malah akan dikenakan syarat-syarat yang ketat sebelum diterima menjadi warganegara. Paling ketara mereka akan diasimilasikan. Beruntung sungguh kita di sini. Inilah nikmat yang mesti disyukuri bukan dikufuri.

Tidak perlu saya kemukakan bukti, jeling-jelinglah negara-negara jiran seperti Thailand, Burma, Indonesia dan Filipina. Bilangan mereka yang diterima hanya di sekitar tiga – sepuluh peratus, selebihnya ditolak. Berbanding negara kita, bukan pribumi melebihi 40 peratus. Pada masa sama, kekayaan yang dikuasai dan diperolehi melebihi 70 peratus sehingga menimbul keresahan kepada pribumi. Inilah bentuk toleransi yang tidak ada tolok bandingnya yang perlu disampaikan kepada generasi akan datang. Menurut Amy Chua, seorang Profesor Cina berasal dari Filipina yang telah berhijrah ke Amerika Syarikat, toleransi bukan bermakna persamaan atau penghormatan, tetapi toleransi adalah memberikan peluang kepada orang yang berlainan cara hidup, bekerja, berpartisipasi dan berjaya dalam masyarakat tanpa melihat latar belakang etnik atau agama. Walaupun Amy Chua ini telah berhijrah ke Amerika, pendapat beliau agak berpijak di bumi nyata, tidak ultra kiasu. Kita perlu ramai orang seperti ini. Toleransi bukan sama rata atau sama rasa. Apa yang berlaku dahulu dan kini di negara kita bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Amy Chua. Orang Islam tidak pernah menghalang bukan Islam untuk hidup lebih berjaya dalam apa jua sektor pekerjaan dan berpartisipasi. Apatah lagi untuk campur tangan dalam hal-ehwal agama mereka, kecuali jika agama kita dicabar.

Penerimaan

Selaku warga yang memahami sejarah, saya dapat merasakan betapa bertuahnya kita pada hari ini. Jika ditakdirkan, tidak berlaku penerimaan pribumi, apakah saya masih hidup hari ini? Sepanjang pembacaan saya, mereka yang telah keluar berhijrah, tidak akan diterima kembali, kecuali mempunyai bakat dan kebolehan yang luar biasa ataupun mungkin mereka yang belot dengan menjual rahsia kedaulatan negara atau menjual harta negara seperti membawa wang keluar negara atau menjual pasir ke negara jiran.

Justeru, adalah tidak menghairankan jika orang seperti Tan Siew Sin dan Sambanthan pernah mengeluarkan ucapan di sekitar tahun-tahun 1950-an, yang amat menghargai toleransi yang telah ditunjukkan oleh pribumi. Mereka benar-benar merasa bersyukur kerana diberi peluang dan diterima seadanya. Sejarah ini mesti difahami oleh setiap rakyat Malaysia tanpa ketinggalan. Jika tidak, mereka akan menjadi ultra kiasu. Menuntut sesuatu yang tidak seharusnya dituntut. Mengungkit sesuatu yang tidak perlu diungkit.

Ramai yang tertanya-tanya kenapa tidak ramai pribumi yang berjaya atau menguasai kekayaan di bumi sendiri? Fenomena pribumi tidak berjaya di bumi sendiri bukan fenomena baru. Ia berlaku di mana-mana, terutama di negara Asia Tenggara dan juga dunia lain yang sudi menerima kedatangan mereka yang berhijrah. Kenyataan ini diakui oleh semua sarjana, kejayaan dan harta yang dimiliki oleh mereka yang berhijrah menenggelamkan kekayaan pribumi di bumi mereka sendiri, sehingga menimbulkan keresahan atau iri hati pribumi kepada mereka. Namun, ramai sarjana tidak mengatakan punca-punca yang menyebabkan ia berlaku sedemikian rupa. Saya mempunyai jawapan mengenai perkara yang masih belum dijawab oleh sarjana-sarjana ini termasuk Amy Chua.

Pada saya, pribumi merasa selamat dan selesa di bumi mereka sendiri. Mereka bersangka baik terhadap rakan mereka yang datang berhijrah. Mereka tidak dengki dengan kekayaan yang dimiliki walaupun hidup terpisah dalam kelompok sendiri mengikut cara hidup yang agak ekstrim. Pribumi sudah bahagia dengan kehidupan ala kadar atau cukup makan, walaupun sikap ini tidak sepatutnya berlaku. Inilah sifat pribumi yang saya kenali. Tidak tamak, bersyukur dengan apa yang ada. Jika kaya pun, sekadar boleh hidup mewah bukannya untuk membina empayar. Sikap rendah diri, lembut, sopan santun menguasai diri. Itulah Melayu menurut sajak-sajak Lim Swee Tin, Usman Awang dan Muhammad Haji Salleh yang saya teliti.

Kefahaman dan latar belakang inilah menjadikan saya amat terharu dengan majlis perasmian pelancaran buku terbaru profesor tersohor Syed Naguib Al-Attas oleh Raja Nazrin Shah baru-baru ini. Penghormatan Raja Nazrin terhadap ilmuwan amat tinggi di luar jangkauan saya dengan sifat baginda sebagai anak raja. Teks ucapannya yang begitu menyanjung tinggi ilmuan begitu mengkagumkan dan baginda hampir sebak membacanya. Ini tidak termasuk aksi penghormatan baginda terhadap ilmuan Syed Naguib ketika berada di pentas. Syed Naguib dipimpin dan diminta duduk ketika bangun untuk memberikan penghormatan kepada baginda. Inilah sifat orang Melayu yang amat saya puji. Tidak bongkak, tetapi amat merendah diri, tanpa melihat darjat keturunan. Tetapi janganlah pula diambil kesempatan oleh orang lain.

Hari ini kita lihat seolah-olah kita mengambil kesempatan. Sikap pribumi yang sedemikian diambil peluang untuk menangguh di air yang keruh. Benar, mereka tidak berapa pentingkan kekayaan kerana kekayaan tidak boleh dibawa ke mati. Hanya iman dan takwa nilaian Allah SWT. Tetapi janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan merosakkan mereka melalui rasuah, wanita, riba, wang dan sogokan lain terbentang di depan mata.

Janganlah kita ikuti atau meniru perangai Yahudi. Kenapa Yahudi begitu berjaya dan dapat membina empayar walaupun bukan di bumi sendiri? Jawapannya mudah, Yahudi mengambil kesempatan di atas kelemahan atau sikap tolak ansur orang lain, terutama orang Islam. Ketika merempat, Yahudi berbuat baik dengan umat Islam di Palestin. Namun, sedikit demi sedikit mereka khianat, untuk menguasai pribumi dan kekayaan buminya. Antaranya ialah dengan memberikan pinjaman melalui sistem riba dan merasuah mereka. Bila pinjaman tidak berbayar, ditambah dengan faedah yang tinggi, maka tanah sebagai galang gantinya. Tanah milik pribumi diambil seinci demi seinci. Lama-kelamaman, kini hampir seluruh bumi pribumi Palestin terlepas ke tangan Yahudi. Bangsa yang dahulunya sehelai sepinggang, berjaya menjadikan pribumi berdagang atau merempat di bumi sendiri.

Wednesday, March 3, 2010

Seorang Demi seorang Ahli Parlimen Keluar.



PKR dilanda masalah besar

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Mac - Tindakan 10 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melafazkan ikrar taat setia kepada parti itu menunjukkan PKR sedang dilanda masalah dalaman yang berat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia kerana ketika ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan akan melompat keluar daripada parti itu selepas 'peristiwa 16 September' tahun lalu, pihak pengurusan parti tidak pernah pula meminta mereka berikrar untuk taat setia.

''Jadi, nak angkat sumpah ikrar setia menunjukkan sebenarnya mereka ada masalah sehingga terpaksa minta wakil-wakil rakyat berikrar sebegitu rupa, lebih-lebih lagi dalam keadaan di mana tahun lepas mereka kata, kitalah yang akan berada dalam tenat dan pada masa itu, kita tidak minta pula wakil-wakil rakyat kita berikrar.

''Mungkin apa yang mereka lakukan itu, rakyat boleh menilai betapa beratnya keadaan di sana (PKR) sehingga terpaksa pula meminta orang yang sepatutnya setia kepada parti berikrar. Adakah yang tidak berikrar itu tidak setia kepada PKR?," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, hari ini.

Hari ini satu portal berita melaporkan 10 Ahli Parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti itu menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan pembangkang.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri bagaimanapun menyeru ahli-ahli BN supaya tidak melihat kelemahan parti pembangkang itu sebagai satu kekuatan kepada parti.

Menurutnya, ahli parti perlu meneruskan agenda kerajaan dalam apa jua keadaan parti pembangkang kerana ia adalah janji kepada rakyat dan bukan kepentingan politik parti.

''Ia kerana rakyat akan mengadili kita bukan kerana kelemahan parti pembangkang itu tetapi kekuatan BN dan UMNO sama ada berjaya melaksanakan tanggungjawab atau tidak kepada mereka.

''Ini khususnya dalam keadaan yang mana kita bertanggungjawab melaksanakan beberapa agenda nasional dan tidak penting sama ada semua Ahli Parlimen PKR keluar parti atau tidak," katanya.