Monday, August 31, 2009

KEKALKAN KEMERDEKAAN INI





Kekalkan semangat merdeka

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my


YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah bersama para pemimpin negara termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyertai ribuan rakyat menyambut Hari Kemerdekaan Ke-52 di Dataran Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 kali ini disambut secara ringkas, semangat di sebalik sambutan itu kekal seperti tahun-tahun sebelumnya.

Kata Perdana Menteri, apa yang lebih penting ialah ia disambut dalam suasana aman dan harmoni serta harus dipastikan negara terus kekal seperti itu.

"Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tahun ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya kerana pada kali ini kita menyambutnya dalam bulan Ramadan.

"Walaupun ia disambut dalam suasana kesederhanaan, martabatnya tetap sama," katanya melalui perutusan Perdana Menteri dalam buku aturcara sambutan kali ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 dengan tema 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan disambut di pekarangan Parlimen dan berlangsung hampir 40 minit.

Perdana Menteri berkata, penduduk negara ini harus melihat nikmat kemerdekaan yang dikecapi hari ini sebagai satu anugerah yang tidak ternilai harganya.

"Kita seharusnya sedar bahawa tanpa sikap penerimaan antara satu sama lain, kita tidak mungkin berada di tahap ini dan dapat menikmati pembangunan serta kemewahan seperti sekarang," katanya.

Tambah beliau, kejayaan tidak mungkin dapat dicapai tanpa penglibatan semua rakyat Malaysia.

Kata beliau, perpaduan yang wujud mesti terus dipupuk dan dibaja.

"Tanggungjawab ini harus dipikul bersama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, bangsa, umur serta latar belakang pendidikan agar perpaduan yang telah terjalin tetap terpelihara.

"Kita harus ingat negara ini bukanlah milik mutlak generasi kini tetapi harus kita pertahankan untuk diwariskan kepada generasi akan datang," katanya.

Justeru Perdana Menteri meminta rakyat agar bersama-sama menginsafi bahawa kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada sejauh mana sikap semua warganya secara bersama-sama berganding bahu untuk mempertahan dan menguruskan kemerdekaan dengan tindakan bersepadu yang menyeluruh.

"Akhirnya saya juga ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas usaha dan komitmen berterusan bagi memastikan kemerdekaan ini dapat dipertahankan," katanya.

Sunday, August 23, 2009

BANTAH " RUANGAN KAUM " DIGUGURKAN



Bantah 'ruangan kaum' dalam dokumen rasmi kerajaan digugurkan

SAYA merujuk mengenai cadangan bagi mengkaji kemungkinan menggugurkan 'ruangan kaum' pada borang dan dokumen rasmi kerajaan.

Saya sebagai bangsa Melayu atau bumiputera, sangat-sangat tidak bersetuju mengenai cadangan menggugurkan 'ruangan kaum' pada borang dan dokumen rasmi kerajaan tersebut.

Cadangan ini tidak adil dan menampakkan seolah-olah status kaum bumiputera hilang keistimewaan secara halus.

Difahamkan cadangan ini datangnya daripada 'beberapa pihak tertentu', daripada pihak mana? Tepuk dada tanyalah selera. Nampaknya kemelut perpecahan orang Melayu dan konsep 1Malaysia telah digunakan oleh 'pihak ini' bagi menjayakan agenda mereka.

Dari dulu sehingga sekarang nampaknya kita sajalah yang asyik mengalah sehinggakan menggadai hak kita sedikit demi sedikit. Apabila kita cadangkan untuk menubuhkan Sekolah Wawasan atas dasar penyatuan kaum, cadangan ini ditentang habis-habisan oleh 'pihak ini'.

Hak kita sajalah yang boleh diambil dan hak mereka tidak boleh disentuh langsung walaupun demi perpaduan.

Jika pengguguran ruangan kaum ini dibuat atas tiket 1Malaysia atau atas soal penyatuan kaum, kenapa soal Sekolah Wawasan tidak? Jawapannya kerana mereka tidak mempunyai kepentingan di sini.

Asimilasi dan integrasi ditolak, cakap bahasa Melayu pun masih tergagap-gagap walaupun telah 52 tahun merdeka. Mereka ini sibuk hendak hak orang lain demi kepentingan mereka.

Saya harap pemimpin kita usahlah melayan lagi tuntutan yang bakal merugikan kaum bumiputera sendiri. Sekarang ruangan kaum dipersoal, mungkin tiga tahun lagi ruangan agama pula.

Mereka yang menuntut ini boleh diibaratkan seperti duri dalam daging yang sering mengambil kesempatan. Ayuh bangsaku, maruah jangan tergadai. Bersatulah kembali.


Balik Pulau, Pulau Pinang.


Putrakencana :

Ketahuilah di Dalam Perlembagaan hanya termaktub 5 bangsa sahaja :

1. Bangsa Orang Asli

2. Bangsa Melayu

3. Bangsa Bumiputera Sarawak

4. Bangsa Bumiputera Sabah

5. Bangsa lain-lain
( Cina, India dan punjabi )


Fikir-fikirlah.

BAGI BETIS MAHU PEHA :



Selepas kuasai ekonomi...

ANDAIAN sebelum ini bahawa kaum Cina hanya berminat untuk menguasai ekonomi sementara kuasa politik akan terus dipegang oleh orang Melayu, nampaknya tidak lagi begitu.

Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 membuktikan bahawa banyak pihak kaum Cina sedang mengasak habis-habisan untuk turut sama menguasai politik negara ini.

Makin banyak petunjuk ke arah itu termasuk menerusi laporan media tertentu khususnya berbahasa Cina yang mempromosi sentimen sedemikian. Mesej yang boleh dibaca ialah banyak kalangan kaum Cina sudah tidak berpuas hati dengan sekadar menguasai ekonomi?

Persoalannya apakah yang akan berlaku jika kaum Cina juga menguasai politik dan di mana kedudukan Melayu nanti? Awang lontarkan persoalan ini untuk renungan kita semua lebih-lebih lagi kedudukan Melayu kini makin kritikal.

Apa sahaja yang tinggal pada Melayu mahu dirungkai termasuk yang termaktub dalam perlembagaan negara. Realitinya walaupun Melayu menguasai politik tetapi yang lebih berkuasa di negara ini adalah kaum Cina disebabkan penguasaan dalam ekonomi yang amat ketara.

Di sebalik banyak rungutan terhadap dasar kerajaan, sebenarnya kaum Cina paling banyak mendapat nikmat. Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan sebelum ini hanya memberikan kouta 30 peratus kepada bumiputera tetapi penguasaan 70 peratus terus dinikmati oleh masyarakat usahawan Cina yang sudah membentuk kartel mega, selain berlaku gejala ali baba dan ketirisan dalam 30 peratus kouta bumiputera.

Jika Melayu dibantu dalam bidang perniagaan ia dianggap tongkat tetapi jika syarikat-syarikat Cina diselamatkan oleh kerajaan, ia didiamkan sahaja. Jika banyak usahawan bukan Melayu mendapat bisnes monopoli seperti gula, stesen televisyen satelit, stesen janakuasa bebas dan sebagainya sehingga menjadi kaya raya dan mengalihkan berbilion ringgit ke luar negara, ia juga tidak mengapa. Jika ada usahawan Melayu cuba menceburi bidang penguasaan usahawan Cina seperti membekalkan limau, ia akan diboikot sampai gagal. Namun jika ada usahawan bukan Melayu menguasai bisnes seperti pengedaran produk daging dan ayam halal, yang melibatkan pasaran orang Islam, itu dianggap biasa.

Penguasaan Cina dalam syarikat-syarikat swasta dan persendirian selain mengutamakan pekerja kaum itu juga bukan isu. Pada masa yang sama majoriti Melayu di sektor awam makin hebat dipersoalkan malah terus diperlekehkan.

Awang bukanlah mahu bersikap rasis. Apa yang disuarakan ini sekadar menyanggah gelombang fitnah, tohmahan dan persepsi liar banyak pihak terhadap usaha meningkatkan pencapaian bumiputera, yang masih jauh ketinggalan berbanding kaum Cina.

Begitulah kebijaksanaan banyak pihak kaum Cina berpercaturan. Dalam mereka mengeluh dan merintih, mereka terus kaya dan berkuasa. Kouta untuk bumiputera mahu dihapuskan tetapi 'kouta khas' bukan bumiputera seperti bisnes berkaitan pusat hiburan, arak, judi dan maksiat yang mereka kuasai selama ini, tidak boleh disentuh sama sekali.

Pada hari ini, kaum Cina yang merupakan 24 peratus penduduk negara ini menguasai ekonomi. Tradisi dan budaya niaga yang lama terpahat selain dasar kerajaan yang terbuka, membolehkan kaum Cina terus melonjak. Masyarakat Cina mempunyai simpanan wang yang banyak berbanding kaum lain dan itulah antara asas kekuatan ekonomi kaum itu. Sedangkan Melayu yang merupakan kaum majoriti terus keciciran. Bayangkan seketika jika Melayu lenyap kuasa politiknya.


Putrakencana :

Beringatlah wahai Bangsa Melayu.

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA, ITULAH HAKIKATNYA.



Melayu dalam Perlembagaan

SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yang diberikan kepada orang-orang Melayu.

Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan orang Melayu daripada pelbagai segi padahal keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.

Ada pihak yang mempertikaikan kenapa orang Melayu diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnya pendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkan pengorbanan orang Melayu memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.

Pertikaian tentang hak keistimewaan orang Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India menjadi tonggak di negara ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah menjelaskan, dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.

“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegas Mohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRIL ABDUL HAMID Khamis lalu.

MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalam Perlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?

MOHD NOOR: Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang orang Melayu di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindak dalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertama sekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataan Malaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalah Persekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali dunia sebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Itu istilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebut Semenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagai sebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat di Semenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagi Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk di Sabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera). Orang Melayu juga bukan Orang Asli. Orang Melayu juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawak dalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28 suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native. Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.

Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalam Perlembagaan?

MOHD NOOR: Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aborigin adalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Maka bumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir di situ adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapi keadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.

Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India di negara ini dalam konteks Perlembagaan?

MOHD NOOR: Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cina dan India. Apakah kerana orang Melayu datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudian India? Atau kerana orang Melayu paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahu saya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu ada bangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsa Indonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.

Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajak kaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Apabila menurunkan taraf orang Melayu kepada kaum, orang Cina dan India juga diturunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jika kita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah. Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut orang Melayu, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendak definisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka dan keturunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang ada hubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negara asal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya. Orang Melayu pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segi sejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas orang Melayu barulah kaum-kaum lain sampai ke negara ini.

Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang kerana penduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?

MOHD NOOR: Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dari Beijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga orang Melayu hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernah mempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satu dunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namun apa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan dunia Melayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidak dipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah. Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerak berkelompok di sekitar dunia Melayu ini.

Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayu seperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang orang Melayu dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dari India. Orang Melayu di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antara nusa-nusa.

Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yang dipisah-pisahkan?

MOHD NOOR: Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alam Melayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Nadu ke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika orang Melayu yang bergerak dari Indonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan pada masa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-

undang imigresen dianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita, dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaum tadi, kedudukan Orang Asli, orang Melayu dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabah dan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaan tidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan orang Melayu dan Melayu disebut sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan. Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukan ini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.

Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?

MOHD NOOR: Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semua pihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihak bersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawa Perlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contoh Barack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahu yang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku mereka sebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja. Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese lebih penting daripada nama Malaysian. Ini menunjukkan mereka lebih berbangga dengan nama Chinese diletakkan di depan bukan Malaysian.

Apa mesej Datuk daripada contoh di atas?

MOHD NOOR: Bagi mereka nama Chinese yang lebih penting daripada Malaysian. Orang Cina sangat berbangga dengan tamadun mereka yang maju. Oleh itu, di mana mereka berada mereka lebih berbangga dengan kedudukan dan tamadun mereka. Maka kita harus memberitahu mereka ini bahawa mereka adalah Chinese Malaysian supaya mereka tahu mereka menghargai negara ini dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.

Bagaimana dengan kedudukan raja-raja Melayu?

MOHD NOOR: Raja-raja Melayu ini merupakan yang empunya Semenanjung Tanah Melayu. Mereka ini memerintah secara mutlak. Walaupun mereka memerintah tetapi tetap ada penasihat seperti bendahara, temenggung dan sebagainya. Namun akibat dari peranan penjajah semua ini dimanipulasi hinggalah kita mencapai kemerdekaan. Sebenarnya raja yang memerintah. Kuasa memerintah terletak kepada raja dan bukan Perdana Menteri. Raja yang memerintah dan Perdana Menteri mengurus tadbir negara. Cara pemerintahan itu ialah pertama raja sendiri yang memerintah. Kedua raja memerintah mengikut nasihat. Ketiga raja memerintah melalui Perdana Menteri. Namun raja adalah berperlembagaan dan tidak lagi seperti dahulu. Kini kuasa raja hanya terhad kepada tiga sahaja iaitu yang pertama melantik Perdana Menteri. Kedua, raja yang memperkenankan pembubaran Parlimen. Ketiga apabila raja ingin mengadakan Persidangan Majlis Raja-Raja maka mereka mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat tersebut.

Bagaimana pula dengan kontrak sosial yang membawa kepada kemerdekaan negara ini?

MOHD NOOR: Kontrak sosial bukanlah istilah undang-undang. Ia satu perjanjian antara kaum-kaum di negara ini di mana orang Melayu memberi kerakyatan sebanyak 800,000 kepada orang Cina dan India semasa kita menuntut kemerdekaan dahulu. Mereka ini subject to British colony di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Mereka ini bukan warganegara negara ini ketika itu. Maka penjajah British memberi syarat jika mahukan kemerdekaan mereka ini perlu diberi kewarganegaraan. Oleh itu sebagai balasan, orang Melayu perlu diakui mempunyai kedudukan istimewa sebagai peribumi di negara ini. Tiga keistimewaan harus diberi kepada orang Melayu iaitu pentadbiran negara ini diberi kepada orang Melayu. Pelajaran dan biasiswa diberi kepada orang Melayu dan permit dan perniagaan diberikan kepada orang Melayu. Ini kerana orang Melayu keciciran dalam banyak bidang. Dahulu penjajah buat sekolah di kawasan bandar. Oleh sebab itu orang Cina ramai yang pandai manakala orang Melayu pula ramai yang tinggal di kampung, asalkan dapat makan pakai serta dapat mereka beribadat, itu sudah cukup. Namun apabila merdeka orang Melayu ini tidak mahu lagi keciciran dalam semua segi.

Bagaimana pula dengan hak keistimewaan orang Melayu selepas 52 tahun merdeka?

MOHD NOOR: Jika kita lihat raja-raja kita dahulu berpandangan jauh telah memikirkan untuk menubuhkan Rejimen Askar Melayu untuk menjaga keselamatan orang Melayu kemudian ditubuhkan pula undang-undang rezab tanah Melayu. Semua ini dilakukan atas nama kebimbangan sekiranya sesuatu berlaku terhadap orang Melayu. Saya istilahkan dua tiga serangkai, rangkai pertama ini saya namakan warisan orang Melayu iaitu Raja Berperlembagaan, agama Islam dan Bahasa Melayu. Definisi orang Melayu ialah orang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan adat Melayu yang mewakili raja-raja Melayu.

Seterusnya rangkai yang satu lagi saya namakan pusaka orang Melayu. Pertamanya ialah Askar Melayu, kedua tanah rezab Melayu dan yang terakhir kedudukan istimewa orang Melayu. Ia dinamakan pusaka kerana ini merupakan peninggalan pemimpin kita dahulu. Oleh itu semua usaha ini perlu diteruskan dan dipertahankan oleh semua orang Melayu.


Putrakencana :

Itulah hakikatnya Kaum Melayu adalah bangsa yang mempunyai kuasa di Tanah Melayu.
Kepada bangsa pendatang ini, janganlah dipertikaikan lagi akan hak-hak Bangsa Melayu ini. Semua telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.

Bangsa Melayu bermurah hati, jadi janganlah bagi betis hendak peha.

PEMIMPIN PKR SUDAH MULAI SEDAR




Adun Lunas keluar PKR
Oleh Azman Mahmood dan Nahar Tajri
bhnews@bharian.com.my

Mohd Radzhi Salleh

Radzhi umum jadi wakil rakyat Bebas, hilang kepercayaan terhadap parti

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh, mengumumkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti itu.

Turut keluar PKR ialah Pemangku Ketua Bahagian PKR Padang Serai yang dibubarkan, Jamaludin Abu Hassan yang mendakwa ada bukti rakaman perbualan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi telefon mengarahkan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan supaya mewujudkan ketegangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, 17 Ogos lalu.

Mohd Radzhi yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia negeri, mahu mengekalkan jawatan Exco negeri kerana ia pelantikan Sultan. Beliau juga tidak bercadang menyertai mana-mana parti lain.

Keputusan beliau keluar parti itu juga berikutan pembubaran PKR Bahagian Padang Serai yang diumumkan Jamaludin.

Mohd Radzhi dan Jamaludin menegaskan mereka tidak lagi yakin kepada perjuangan PKR yang hanya menjaga kepentingan peribadi dan mengamalkan kronisme.

Keputusan mereka disokong 14 ahli jawatankuasa bahagian itu dan kira-kira 200 ahli parti berkenaan.

Bercakap pada sidang media di sini, semalam, Mohd Radzhi berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada pentadbiran dan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, sejak Pakatan Rakyat (PR) memenangi lima negeri pada pilihan raya umum lalu (tetapi Perak diterajui semula BN), hala tuju dan perjuangan PKR lebih menjurus kepada kepentingan peribadi.

"Perjuangan PKR (hanya) untuk membela seseorang (Anwar). Itu yang menyebabkan saya mula terasa.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab kepada ahli jawatankuasa bahagian... saya keluar bagi menyokong keputusan mereka (bubar bahagian)," katanya.

Mohd Radzhi juga mengakui ramai pemimpin PKR Kedah tidak lagi selesa dan mungkin turut keluar parti.

"Kalau tidak tuan-tuan (wartawan) tak (akan) dengar apa yang berlaku (kekecohan kerajaan PR) di Perak dan Selangor sekarang. Ini berlaku kerana perasaan tak puas hati," katanya.

Beliau bagaimanapun menolak andaian mereka keluar PKR kerana dibeli parti lain.

"Kalau kena beli, kami dah masuk parti yang beli kami. Sekarang kami tak kena beli, kami masuk Bebas," katanya.

Jamaludin pula berkata, beliau keluar PKR kerana pemimpin parti itu mengamalkan kronisme membabitkan pembahagian jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri selain PKR Kedah menidakkan peranannya di Padang Serai.

"Ahli Jawatankuasa bahagian syorkan saya bubarkan bahagian dan keluar parti," katanya.

Mengenai rakaman perbualan Anwar menerusi telefon dengan Gobalakrishnan, beliau menjelaskan:

"Saya pasti apabila saya dapat rakaman perbualan melalui telefon pada 18 hari bulan (Ogos) lalu. Kita ada bukti rakaman itu," katanya.

Diminta mengulas lanjut mengenai rakaman itu, beliau berkata rakaman visual itu berada dalam simpanan pihaknya.

"Kita akan buat CD (cakera padat) dan kita akan edarkan dalam masa terdekat. Saya tak mahu cakap (kandungan perbualan), nanti orang kata saya yang cakap.

"Kita nak CD itu yang cakap, dengarlah CD itu nanti," katanya.

Gobalakrishnan ditahan pada hari penamaan calon 17 Ogos lalu kerana mencetuskan kekecohan dengan menampar seorang anggota polis di pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'dazam Shah hari ini bagi memohon perkenan baginda menggugurkan jawatan Exco yang disandang Mohd Radzhi.

Katanya, jawatan Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia negeri yang disandang Mohd Radzhi diperuntukkan kepada PKR sebagai komponen Pakatan Rakyat negeri dan sewajarnya jawatan itu dikosongkan apabila beliau keluar parti itu.



Putrakencana :

Bersyukur Mereka sudah sedar mereka telah diperalatkan oleh si anwar itu untuk kepentingan peribadinya.

Bersyukur Mereka sudah sedar mereka telah diperkudakan oleh DAP laknat itu.

Bersyukurlah, Mereka sudah sedar dari lamunan yang tak mahu melihat bangsa Melayu diperalatatkan oleh kaum pendatang ini.

Thursday, August 20, 2009



Kereta SPRM dibom
Oleh Saufi Hamzah, Jalal Ali Abdul Rahim dan Rafidah Mat Ruzki
bhnews@bharian.com.my

ANGGOTA polis sedang menjalankan siasatan kes serangan bom api di pejabat SPRM Cawangan Klang, semalam.

Polis percaya serangan punyai kaitan siasatan kes profil tinggi

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pacuan empat roda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Klang, rosak dibaling bom api pagi semalam dipercayai dilakukan samseng atau kongsi gelap yang mempunyai kaitan dengan ahli politik yang sedang disiasat SPRM.

Polis juga menyiasat kemungkinan serangan bom api itu ada kaitan dengan kes ugutan bunuh yang diterima Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, kira-kira sebulan lalu, berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ancaman terbaru terhadap SPRM itu mungkin bertujuan mahu menakut-nakutkan pegawai suruhanjaya berkenaan. "Kita kena lihat apa kaitan kedua-dua kes itu (serangan bom api dan ancaman bunuh ke atas Ahmad Said)," katanya kepada pemberita selepas menjadi panel Perhimpunan Khas dan Forum Sempena bulan Kemerdekaan Ke-52 anjuran Institut Pendidikan Guru (IPG) di Kampus Bahasa Antarabangsa di sini, semalam. Serangan ke atas kenderaan SPRM itu dipercayai berlaku antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam, tetapi hanya disedari selepas kakitangan suruhanjaya berkenaan memulakan tugas, kira-kira jam 7.45 pagi. Nissan X-Trail itu diletakkan di tempat letak kereta berbumbung bertulis SPRM di bahagian belakang bangunan yang pernah menempatkan Pejabat Tanah dan Daerah Klang di Jalan Kota. Sebanyak enam bom api dibaling pada jarak kira-kira lima meter dari luar pagar bahagian belakang bangunan itu, tetapi hanya meletup beberapa sentimeter dari sisi kiri kenderaan berkenaan menyebabkan tayar depan serta bahagian tepi sebelah penumpang mempunyai kesan terbakar. Bagaimanapun, beberapa bom api itu tidak meletup dan sumbunya ditemui tersangkut pada pagar bangunan berkenaan yang turut menempatkan Pejabat Rela dan Jabatan Perhutanan Selangor. Pejabat SPRM Cawangan Klang yang terletak di tingkat dua, mula beroperasi di bangunan itu sejak dua bulan lalu tetapi majlis perasmiannya dikatakan ditangguhkan berikutan kontroversi berhubung kes Teoh yang ditemui mati selepas disoal siasat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam. Ismail bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan serangan bom api itu mempunyai kaitan dengan kes Teoh. "Saya minta semua pihak jangan cepat buat kesimpulan, mendengar berita tidak berasas dan cuba mengeruhkan keadaan termasuk menambah cerita," katanya. Ditanya sama ada kawalan ke atas bangunan SPRM akan dipertingkatkan, Ismail berkata, polis akan mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima dan bersedia berbuat demikian jika keadaan memerlukan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata serangan bom api itu yang pertama kali berlaku di bangunan itu, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes profil tinggi membabitkan ahli politik yang sedang disiasat suruhanjaya itu. Pada 24 Julai lalu, Ahmad Said menerima ancaman melalui surat tulisan tangan yang dihantar ke Ibu Pejabat SPRM Selangor. Penulis surat itu menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh serta mengugut untuk menembaknya selepas tidak berpuas hati kerana suruhanjaya berkenaan didakwa tidak bertindak terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN) dan hanya menyiasat pemimpin DAP. Ahmad Said yang ditemui pemberita semalam, bagaimanapun menegaskan SPRM akan terus menjalankan tugas walaupun menghadapi tekanan akibat pelbagai tuduhan yang dilemparkan. "Namun, sebagai manusia, kalau benda (SPRM) tak buat (tetapi) dia tuduh kita buat, tuduh kita bunuh orang... pegawai muda kita tentu trauma apabila dituduh begitu," katanya. Di PUTRAJAYA, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata serangan bom api itu seolah-olah mengesahkan dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dalam blognya sebelum ini bahawa ada Exco Selangor terbabit dengan kumpulan penjenayah. "Kerja pengecut memang kerja kongsi gelap. Kalau kita tiada kaitan dengan kongsi gelap, kalau kita disiasat, kita tak akan melakukan perkara seperti ini," katanya pada sidang media selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPRM 2009. Mohamed Nazri berkata, tindakan itu tidak akan berjaya menakutkan kakitangan SPRM kerana negara ini mempunyai undang-undang. "Kita akan menggunakan undang-undang, kita akan cari mereka. Polis, SPRM dan Pejabat Peguam Negara faham betapa pentingnya untuk kita menguatkuasakan undang-undang dan memastikan ia dipertahankan supaya negara tidak menjadi anarki sehingga orang tidak hormat undang-undang," katanya. Mengenai Pekeliling Kerajaan Selangor Bilangan 4 Tahun 2009, Mohamed Nazri berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, kadang-kadang berasa dirinya masih pembangkang di negeri itu, pada hal beliau adalah ketua kerajaan yang turut bertanggungjawab menjaga SPRM untuk menyiasat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa. "Berapa ramai orang BN kena (siasat), kita tak pernah kacau pun. Dia ingat dia (pembangkang) wakil rakyat, dia malaikat," katanya.


Putrakencana :

Itulah cara samseng-samseng dan kongsi gelap yang melepaskan geram kepada penguatkuasa Undang-undang Negara.
Mereka semakinn berani kerana kegiatan mereka dilindungi oleh Exco-exco Selangor sendiri.

Wednesday, August 19, 2009

MUDAHNYA ISLAM DISELEWENG





Nik Aziz seleweng
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my

Majlis Fatwa putuskan kenyataan MB Kelantan salah

NILAI: Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata isu berkenaan sebenarnya sudah dibincangkan sejak 2000 lagi dan jawatankuasa itu memutuskan bahawa ketentuan sama ada seseorang Islam masuk syurga atau neraka hak mutlak Allah SWT.

Beliau berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001.

"Oleh itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka salah mengikut ajaran Islam.

"Jawatankuasa juga berpendapat sesiapa yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar," katanya di Universiti Sains Islam Malay-sia (Usim) dekat sini, semalam.

Pada hari penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Isnin lalu, Nik Abdul Aziz mendakwa ajaran Islam yang dibawa Umno sudah tentu tidak boleh membawa seorang Muslim ke syurga.

Kelmarin, ramai tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Mursyidul Am Pas itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij yang menganggap mereka saja betul, manakala orang lain salah dan kafir.

Abdul Shukor yang juga Naib Canselor Usim, menasihatkan umat Islam, terutama yang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Islam, berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara tidak betul atau bida'ah hingga boleh memecahkan ummah.

"Kepada orang ramai, saya ingin nyatakan dalam ajaran Islam sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka, kecuali Allah SWT yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

"Janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita," katanya sinis.

Abdul Shukor juga berharap Nik Abdul Aziz membetulkan semula pandangannya bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

"Saya mengharapkan politik itu tidak mengatasi agama. Saya harapkan juga supaya kita sama-sama tidak menggunakan Islam atau pandangan tertentu demi kepentingan politik, malah saya harapkan kita bersatu dan melupakan isu politik demi agama kerana isu agama lebih tinggi," katanya.

Tuesday, August 18, 2009

JANGAN PERTIKAI LAGI PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Pertahan kontrak sosial

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 18 Ogos – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah (gambar ) bertitah, negara akan berhadapan dengan bencana dan huru-hara jika kontrak sosial terus dipertikaikan serta dijadikan bahan untuk berpolitik.

Baginda khuatir tamadun dan kemerdekaan akan runtuh sebagaimana berlaku terhadap banyak negara apabila api kemarahan akar umbi tidak dapat dikawal.

Titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

‘‘Jika perkara-perkara ini dijadikan bahan perbincangan umum dan berpolitik, ia akan membawa bencana kepada masyarakat dan negara.

‘‘Kontrak sosial tidak wajar dipertikaikan, apatah lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan negara ini yang menjadikan rakyat pelbagai kaum hidup aman dan damai,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah menyampaikan ceramah pada seminar khas berkenaan yang dihadiri pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan Persekutuan serta ahli-ahli politik di Kedah.

Titah baginda, sejak kebelakangan ini keharmonian yang wujud sekian lama mula terjejas ekoran adanya pihak tertentu yang berani mempertikaikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pertikaian tersebut telah menimbulkan rasa marah di kalangan pemimpin Melayu dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan.

Baginda bertitah, antara sebab yang dikenal pasti berlakunya pertikaian mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan adalah kedangkalan pihak-pihak tertentu terhadap latar belakang sejarah mengapa ia dimaktubkan.

Selain itu, titah baginda, ia juga disebabkan pengaruh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diaplikasikan di negara ini tanpa bertunjangkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara.

“Situasi ini jika tidak dibendung boleh membawa kepada ketegangan kaum,’’ titah baginda.

Justeru Sultan Kedah menasihatkan semua pihak khususnya ahli politik, pegawai kerajaan dan rakyat supaya memandang serius serta mengambil iktibar mengenai perkara itu.

Baginda mahu pembuat dasar kerajaan memahami dengan jelas Perlembagaan Persekutuan supaya kepentingan kaum-kaum lain di negara ini terjamin dan terus menikmati hak mereka sebagai warga negara.

Titah baginda, keamanan yang dikecapi pada masa ini tidak datang bergolek kerana ia dicapai hasil permuafakatan, toleransi dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu.

‘‘Mereka duduk semeja berbincang bagi menuntut kemerdekaan. Perbincangan ini mewujudkan peruntukan perlembagaan yang menjamin kedudukan raja-raja Melayu, agama Islam dan hak istimewa orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain yang dikenali sebagai kontrak sosial.

‘‘Kontrak sosial ini merupakan pengorbanan besar orang Melayu kepada kaum lain.

“Oleh itu, tidak wajar kontrak ini dipertikai, disemak semula atau diubah kerana ia adalah asas pembentukan Malaysia,’’ titah baginda.

AKIBAT DARI SAYANGKAN KAFIL LAKNAT


Nik Aziz ekstrem
Oleh Norfatimah Ahmad, Jami'ah Shukri dan Nazura Ngah
bhnews@bharian.com.my

Tuduhan ajaran Islam diamalkan Umno tidak membawa ke syurga keterlaluan

KUALA LUMPUR: Tokoh agama dan ahli akademik menyifatkan tuduhan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa seseorang Muslim ke syurga sebagai keterlaluan dan tidak mencerminkan kewibawaannya sebagai ulama.

Malah, ada yang berpendapat Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrem serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij pada zaman kegemilangan sejarah Islam.

Ahli akademik yang pernah membuat kajian mengenai Pas, Dr Ibrahim Abu Bakar, berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz sebenarnya dibuat bagi menakut-nakutkan masyarakat sebagai strategi politik bagi meraih sokongan terhadap Pas yang dilihat semakin malap, terutama menjelang pilihan kecil kecil DUN Permatang Pasir.

"Sebagai seorang Islam, kita tidak seharusnya menyatakan kita saja yang betul termasuk mengenai syurga," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Ibrahim berkata, berdasarkan kenyataan terbaru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan itu sudah berada pada tahap ekstrim serta boleh disamakan dengan kaum Khawarij.

Mengikut sejarah, kaum Khawarij adalah penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang puak Muawiyah, tetapi tidak menerima majlis tahkim.

Bagaimanapun, golongan itu belot dan membunuh Saidina Ali kerana memprotes kesediaan beliau menerima keputusan majlis tahkim. Kaum Khawarij juga berpendapat pelaku dosa besar adalah kafir dan mengkafir serta menghalalkan darah semua umat Islam yang berbeza kepercayaan.

"Oleh itu, semakin jelas Pas sudah bersikap seperti kaum Khawarij yang menegaskan mereka (anggota Pas) saja yang betul dan orang lain salah atau kafir," katanya.

Ibrahim berkata, dari segi analisis psikologi pula, kelantangan Nik Abdul Aziz mencerca Umno mungkin mempunyai kaitan dengan kemarahannya yang terus membara sejak bekas Yang Dipertua Pas, Allahyarham Datuk Mohd Asri Muda, membawa masuk Pas ke dalam Barisan Nasional (BN).

"Justeru, tidak mustahil Nik Abdul Aziz kerap dilihat memberi kenyataan yang berbaur hasutan untuk membolehkan beliau terus mengukuhkan tempatnya di dalam politik, selain untuk meruntuhkan sokongan dan kesepaduan di dalam Umno," katanya.

Ibrahim juga berkata, Pas sudah menyimpang daripada perjuangannya apabila berebut-rebut untuk mendapatkan tempat serta kuasa menerusi platform politik.

Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik) Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pula berkata Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agama dalam perspektif politiknya kerana ia boleh mengelirukan orang lain, terutama umat Islam.

"Pandangan Tok Guru (Nik Aziz) mengenai politik yang berkaitan dengan agama ada kalanya menyebabkan sesetengah pihak salah faham kerana beliau mempunyai perspektif tersendiri. Oleh itu, tidak sesuai untuk beliau terus biarkan dirinya berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ahmad Nizamuddin Sulaiman, berkata kenyataan Nik Abdul Aziz itu keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin agama daripada sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

"Islam adalah untuk semua umatnya, tiada batasan mana-mana puak atau kaum, parti atau organisasi. Kenyataan Nik Abdul Aziz seolah-olah terlalu membahagi-bahagikan dan mengkelaskan Islam, semacam memberi laluan mudah kepada pengikut dan ahli Pas," katanya.


Putrakencana :

Ini semua akibat sayangkan kafil laknat dari bangsa seagama dan sebangsanya.

MAJORITI DIKUASAI OLEH MINORITI




KERANA SI PENGKHIANAT INILAH


Pakatan pembangkang tidak hormat Islam, Agong

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Keputusan kerajaan negeri Selangor meluluskan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam, yang majoritinya dihuni penduduk Islam menunjukkan pembangkang tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi dan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mendakwa, keputusan itu juga menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang lebih mementingkan golongan minoriti daripada perasaan umat Islam yang telah lama menetap di situ.

''Islam sebagai agama rasmi tidak dipandang oleh kerajaan negeri semasa meluluskan pembinaan kuil.

''Pada saya, ini satu keputusan melampau kerana perasaan umat Islam di Seksyen 23 langsung tidak dipeduli hanya kerana mahu meraih sokongan kaum India," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang meluluskan pembinaan kuil di tapak seluas 0.2 hektar sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam kerana seksyen 23 hanya dihuni 40 masyarakat India berbanding 75 peratus masyarakat Islam.

Kelmarin, 200 penduduk Islam mengadakan bantahan di tapak kuil berkenaan dan mendesak kerajaan negeri segera membatalkan pembinaan rumah ibadat tersebut.

Semalam, kumpulan penduduk Islam memberi amaran, mereka akan melancarkan bantahan besar-besaran sekiranya kerajaan negeri tetap meneruskan keputusan membina kuil berhampiran kediaman mereka.

Mengulas lanjut, Osman memberitahu, BBPM sedia berada di barisan depan bersama-sama penduduk demi mempertahankan Islam.

''Biar kami yang berjuang dan berada di barisan depan demi agama. Kami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan seperti pemimpin Islam dalam kerajaan pakatan pembangkang yang hanya menjadi kuda tunggangan," tegasnya.

Malah tambahnya, jika kerajaan negeri tetap berdegil, beliau dan beberapa NGO Melayu lain akan mendesak supaya masjid dibina di Batu Caves.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali menyelar sikap pemimpin Islam pakatan pembangkang yang sanggup menggadaikan agama demi menjaga undi masyarakat bukan Melayu.

Katanya, nasib orang Melayu dan agama Islam semakin tidak terbela walaupun merupakan penduduk majoriti di negara ini.

''Kebebasan beragama bukan bermaksud mereka bebas untuk membina kuil di mana sahaja dan tiada sebab untuk membina sebuah kuil di kawasan majoriti penduduk Islam.

''Ini hanya akan menimbulkan persengketaan dan akhirnya negara kucar-kacir. Anehnya kerajaan negeri buta dalam menilai perkara ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Ibrahim memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam dan kerajaan pakatan pembangkang supaya berhenti mencabar kesabaran umat Islam dan Melayu.

Jelasnya, masyarakat Islam akan bangkit menentang jika agama suci itu tidak dihormati.

Monday, August 17, 2009

ITULAH KUASA YANG TELAH DIBERI OLEH ANDA


JAIS persoal Exco lulus bina kuil

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 17 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjelaskan keputusan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu termasuk di Seksyen 23 di sini yang mendapat bantahan penduduk Islam ditentukan oleh jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Exco berkaitan portfolio berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, amalan itu adalah berbeza dengan dahulu iaitu sebarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam sama ada kuil, tokong dan sebagainya diputuskan oleh jawatankuasa negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sendiri.

Ekoran itu jelasnya, selepas Selangor diperintah kerajaan campuran urusan berkaitan pembinaan rumah ibadat bukan Islam diputuskan oleh Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam yang dipengerusikan oleh Dr. Xavier Jayakumar.

Xavier adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor.

‘‘Maka itu dalam soal cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Islam di Seksyen 23, kita mahu supaya kerajaan negeri menimbang semula pembinaan kuil di kawasan berkenaan.

‘‘Pertimbangan sedemikian perlu dibuat kerana isu pembinaan rumah ibadat itu dikhuatiri akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat di Selangor terutamanya melibatkan soal agama,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Muhammed Khusrin menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri mahu membina sebuah kuil di seksyen tersebut.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan penduduk dan menuntut kerajaan negeri memberi kewajarannya kerana hanya terdapat 40 penghuni India di situ berbanding kira-kira 400 orang Islam tinggal di kawasan tersebut.

Beliau menambah, walaupun terdapat perubahan dari segi amalan pentadbiran tetapi pembinaan rumah ibadat bukan Islam di kawasan majoriti umat Islam perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga mengundang perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun beliau berharap penduduk Islam di kawasan terlibat khususnya tidak bertindak di luar batasan agama dan undang-undang ekoran bantahan itu sebaliknya menghormati antara satu sama lain tidak mengira apa kaum dan agama yang dianuti.


Putrakencana :

Bagilah undi kat Pembangkang lagi. Inilah akibatnya.

Tak perlulah ulas panjang........Sedih.

Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz ditegur

Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

“Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.

“Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

“Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.

Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.

“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

CINTA BUTA TIGA SEGI PAS-PKR-DAP


Cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, siapa yang kena jual?

SEKIRANYA ditakdirkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri adakah beliau akan menghalalkan protes jalanan? Adakah beliau akan membenarkan rakyat memberontak sehingga melumpuhkan ekonomi negara?

Sudah pasti bila sahaja beliau meneraju negara ini beliau akan turut menggunakan pendekatan yang sama (seperti kerajaan sekarang) malah mungkin lebih teruk terhadap golongan-golongan pemprotes jalanan.

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang yang cetek pemikirannya, bukan seorang pemimpin unggul bukan juga pejuang tulen.

Sehingga kini apa yang jelas perjuangan beliau hanyalah bersifat peribadi. YB Datuk Seri Anwar hanya ada satu cita-cita, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri. Nafsu serakah menguasai pemikiran beliau, tiada yang lagi penting daripada cita-cita 'suci' tersebut walaupun terpaksa menggadai negara ini dan menjual kaum sendiri.

Pas, parti politik yang berjuang atas landasan Islam (kononnya) pun turut terperangkap dalam permainan jijik YB Datuk Seri Anwar.

Pas seolah-olah terpukau, terpana, terpaku dengan kehebatan YB Datuk Seri Anwar menjual 'kelentong' beliau. Pas yang selama ini 'berperang' dengan DAP sanggup pula berganding menjadi satu, menggadai maruahnya untuk berjuang menentang saudara seIslam sendiri.

Ternyata dalam cinta tiga segi Pas-PKR-DAP, parti yang paling rugi ialah Pas. Semua tahu matlamat utama Pas adalah untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Dan, jika diizinkan Allah mereka ini menang dan dapat menubuhkan kerajaan, apa mungkin DAP akan menurut kemahuan Pas untuk menubuhkan sebuah negara Islam?

Bak kata Karpal Singh, 'Langkah mayat saya dulu'. Betullah kata orang, bila 'bercinta' kentut pun bau wangi.

YB Datuk Seri Anwar dalam apa cara sekalipun akan pastikan 'kentut' DAP sentiasa wangi bagi Pas. Pakatan Rakyat bimbingan beliau tidak boleh berpecah, kerana bila berpecah maka berkecailah cita-cita 'suci' menjadi Perdana Menteri.

Namun dalam kisah cinta the three beast ini sudah pasti ada pihak yang paling beruntung. Tidak lain, tidak bukan sudah tentunya DAP. Dalam protes jalanan Sabtu, 1 Ogos 2009 lepas, tanpa perlu mengerahkan jenteranya DAP telah berjaya menggerakkan hampir 10,000 macai untuk 'berjuang' bagi kepentingannya. Paling menarik macai-macai DAP ini semuanya orang Pas dan PKR. Sikap Yes Bos Pas inilah yang sebenarnya menjadi kesukaan DAP.

Namun sampai bila? Bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang. DAP hanya menunggu masa untuk menghancurkan Pas. Setelah matlamat dan cita-citanya tercapai, Pas akan diludah, diterajang keluar daripada Pakatan Rakyat oleh cintanya DAP.

Tapi dalam semua ini, siapa yang benar-benar rugi?

AKU TAHU KAU PUN TAHU

Puchong

Wednesday, August 12, 2009

LUCUT SAHAJA KERAKYATAN MEREKA.


Lucut kerakyatan hina raja – Mufti

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SITI MARIAM MD. ZAIN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Ogos – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan kumpulan ekstremis dan pelampau bahawa tanpa institusi raja yang menjaga golongan majoriti orang Melayu, negara ini tidak mungkin aman.

Tegasnya, kerana institusi rajalah, negara ini yang suatu ketika dikenali Tanah Melayu kemudian Malaya seterusnya Malaysia terus kekal stabil dan makmur didiami pelbagai kaum.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan ekstremis yang cuba mewujudkan unsur perpecahan dalam negara.

“Benda ini (menghormati institusi raja dan agama Islam) sudah ada dalam Perlembagaan Negara, kalau tidak suka, keluarlah dari negara ini.

“Selama 52 tahun negara kita aman makmur, tiba-tiba ada pihak cuba hancurkan semua ini, sengaja nak buat kacau.

“Dulu mereka diberi kerakyatan setelah setuju mahu patuhi syarat-syarat yang diberi, kalau tak suka lagi, keluarkan mereka dan kalau ada orang Melayu sendiri tak suka, keluarkan juga mereka dengan melucutkan kerakyatannya,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas kemarahan orang Melayu terhadap kandungan satu blog baru-baru ini menghina Islam, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Sebelum itu pelbagai pihak turut mengkritik tindakan Exco DAP negeri Selangor, Ronnie Liu yang campur tangan dan mempertikaikan tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas minuman keras di Seksyen 8, Shah Alam dan tindakan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mengaitkan syariah Islam sebagai ekstremis.

Menurut Harussani, setiap orang Islam wajib mempertahankan agamanya daripada dihina oleh mana-mana pihak dan tidak seharusnya menyokong penghinaan itu dengan apa sahaja alasan.

“Jangan kerana politik, mereka sanggup menjual agama. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk pertahankan agama daripada dihina, bukan melakukannya kerana kepentingan diri,” katanya.

Pada masa yang sama, kata beliau, Islam juga tidak membenarkan umatnya menghina agama lain kerana perbuatan saling menghina itu hanya akan menyebabkan berlaku suasana tidak tenteram.


Putrakencana :

Memang sepatutnya kerakyatan mereka yang menghina dan menderhaka kepada Kesultanan dan Perlembagaan Tanah Melayu ini. Mereka tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka perolehi ketika menjadi Rakyat Malaysia.

Jangan jadi kaduk naik junjung.

Thursday, August 6, 2009

HAYATILAH 7 WASIAT RAJA MELAYU



7 wasiat raja Melayu

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Putrakencana :

Kita hayatilah 7 wasiat Raja Melayu buat semua Rakyat Melayu khasnya dan Rakyat Malaysia amnya. Itulah Hak Keistimewaan Orang Melayu, jangan sesekali bangsa pendatang ini mempertikaikan akan Hak Istimewa ini.

Kalau mereka hendak mempertikaikan Hak ini, dipersilakan keluar dari Tanah Melayu ini dengan segera. Carilah Rezeki di Negara lain yang tidak akan sama dengan apa yang mereka perolehi di Tanah Melayu. Orang Melayu telah banyak berkompromi dengan bangsa pendatang ini.

Janganlah bermain api, nescaya memakan diri.

Melayu tidak akan berdiam diri.

Wednesday, August 5, 2009

MELAYU MENJADI BALACI DI TANAH AIR SENDIRI


ISA: Apabila Melayu jadi balaci

MELAYU itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sawah sejalur tinggal sejengkal

Tanah sebidang mudah terjual

Itulah antara bait-bait puitis sajak Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang, merungkai sikap bangsa Melayu sedangkan kampung telah tergadai, negara mahu dijualnya.

Mungkin juga sajak itu paling sesuai dalam memperkatakan mengenai tindakan segolongan kecil penderhaka bangsa bertempik, bersorak, berpesta melaungkan kononnya ‘Mansuhkan ISA’. Mereka lupa akta itulah yang telah menjadikan negara kita selamat, aman dan makmur sejak 52 tahun kemerdekaan negara.

Malu, marah, geram, kesal, muak, mual semua perasaan itu timbul apabila melihat wajah-wajah pengkhianat bangsa Melayu, kebanyakan berkopiah serta bertudung, yang sanggup menjadi balaci atau orang suruhan hanya untuk menganggu-gugat keamanan dan kestabilan negara yang telah kita kecapi selama ini.

Kenapa dalam zaman moden ini dan kebanyakannya berpelajaran sanggup diperkudakan hanya untuk kepentingan politik golongan tertentu sahaja yang berhasrat mengalih perhatian masyarakat terhadap masalah dalaman yang melanda pembangkang dan isu peribadi yang dihadapi.

Sekalung tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tegas dan berjaya memastikan golongan teramai tidak menjadi mangsa demonstrasi berkenaan.

Beliau berjaya memastikan pihak polis menjalankan tugas dari awal dengan menyekat laluan utama ke kawasan yang dirancang dan menahan mereka serta mendakwa sesiapa sahaja yang menyebabkan ia berlaku. Jelas dalam dirinya, yang salah tetap salah dan yang haram tetap haram.

Dakwaan pembangkang perhimpunan itu berjaya nyata meleset apabila sasaran 100,000 akan hadir tetapi hanya sekitar 5,000 dan 7,000 sahaja yang hadir.

Sedarkah orang Melayu, daripada 589 orang yang ditangkap 99 peratus atau 583 orang adalah Melayu dan 27 orang daripadanya pelajar, termasuk 20 orang pelajar sekolah di bawah 17 tahun.

Apabila polis menjalankan undang-undang dengan tegas, pembangkang mulalah mencanangkan ke seluruh dunia mendakwa polis zalim dan mengikut telunjuk UMNO. Ada juga kenyataan mereka yang sanggup berkata, polis sengaja berbuat demikian sebagai membalas dendam hasrat pembangkang yang mahukan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, meletak jawatan dan tidak disambung perkhidmatannya.

Persoalannya, bukankah polis dan menteri berkaitan sudah acap kali memberi amaran.

Bukankah perhimpunan itu tidak mempunyai permit. Yang haram tetap haram. Mana boleh yang hitam hendak diputihkan.

Bukankah sejak hari pertama Datuk Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan negara, beliau sudah memberi jaminan ISA akan dikaji semula. Jadi tunggulah kajian, janganlah lebih sudu daripada kuahnya.

Mereka yang bertanggungjawab dan menjadi dalang di sebalik perhimpunan itu patut didakwa dan dikenakan hukuman yang berat bagi menjadi contoh bagi rakyat lain agar tidak melakukan kesilapan yang serupa.

Kepada mereka yang mengikuti demonstrasi berkenaan, bacalah akta berkenaan sebelum meminta ia dibubarkan. Janganlah hanya mahu menang sorak sedangkan kampung dan negara menjadi galang gantinya.

Bayangkanlah sekiranya tanpa akta seumpama itu. Walaupun kerajaan sudah tahu seseorang mahu menghancurkan negara, tetapi tidak boleh bertindak awal kerana mahu menunggu ia melakukan kesalahan baru hendak ditangkap. Kehancuran sudah berlaku baru boleh bertindak.

Saya harap mereka bersembahyang istiharah sebelum melakukan perbuatan seumpama itu. Mintalah petunjuk daripada Allah SWT sama ada betul atau tidak tindakan yang telah menimbulkan kekacauan, kerosakan dan kehancuran kepada negara.

Janganlah hanya pandai memakai baju yang tertulis perkataan ‘ISA Bukan Cara Islam’ tetapi lupa tindakan mereka itu lebih jauh tidak Islam.


Presiden Persatuan Bekas Pelajar
UPM Sarawak">


Putrakencana :

Mereka kata ISA kejam. Membiarkan Perosak Negara merosakkan keamanan Malaysia lebih kejam dari ISA. Apalah nak di takutkan dengan ISA, jangan lah menimbulkan provokasi yang melampau. Malaysia Aman dan Damai dengan adanya ISA.

Tuesday, August 4, 2009

NEGARA AKAN KACAU BILAU TANPA ISA





MUAK saya melihat kelibat dua pemimpin pembangkang yang turun semasa perhimpunan haram 1 Ogos lalu. Mereka ternyata merestui perhimpunan tanpa faedah itu.

Apa yang rakyat peroleh? Berapa ramai Melayu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekarang sehingga majoriti Melayu menjadi bahan untuk memansuhkan ISA.

Apa kepentingannya kepada rakyat? Tidak ada rakyat yang mahu menyusahkan diri, menimbulkan ketegangan dan sanggup ditahan di bawah ISA.

Hanya orang yang berkepentingan peribadi, yang ingin mewujudkan suasana tidak aman sahaja yang akan melakukan sesuatu yang akhirnya menyebabkan mereka ditahan di bawah ISA.

Hanya mereka ini sahaja yang mahu ISA dimansuhkan supaya kegiatan mereka tidak boleh dibendung dengan undang-undang apa sekali pun.

Percayalah jika negara huru-hara, generasi akan datang akan menerima akibat dan pihak yang begitu lantang ini akan menerima kutukan kerana perbuatan mereka.

Kalau kita selesa dengan kehidupan sekarang, maka itulah yang sepatutnya kita wariskan untuk anak-anak kita, bukannya sebuah negara yang kacau-bilau.

Nasib Melayu di bumi Melayu ditentukan oleh Melayu sendiri. Melayu sesama Melayu bertelagah kerana kuasa, bangsa lain sibuk menguasai ekonomi, teknologi, IT dan sebagainya.

Percayalah jika perkara yang merugikan ini berterusan, kita akhirnya meminta-minta di tanah air sendiri. Fikirlah, hanya kita yang berguling-guling di jalan raya selepas solat Jumaat. Kita jugalah yang disembur gas pemedih mata selepas saja mengabdikan diri kepada Allah SWT, berpanas, basah kuyup hanya kerana menentang sesuatu akta yang sepatutnya kita pertahankan.

Yakinlah, jika tiada ISA, tuntutan dan isu yang lebih menggugat perpaduan akan timbul, terutama dari golongan yang rakus kepada kuasa.

Pada saya, ia sekadar untuk menutup kesalahan dan kebatilan yang kian ketara, kerana kebenaran akan timbul juga akhirnya.

Fikirkan negara mana anak-anak kita akan meneruskan kehidupan. Fikirkan juga pemimpin dan kerajaan yang bagaimana untuk anak-anak kita terus hidup penuh toleransi dan persefahaman.

Janganlah melatih anak-anak kita menjadi juara maki-hamun jalanan, pejuang yang terjerit-jerit menyeru keruntuhan, sedangkan anak-anak bangsa lain ketawa kerana mereka akhirnya terus hidup penuh kemewahan .

Fikirkan juga betapa ramai anggota keselamatan Melayu yang dimaki-hamun, dicerca dan dilontar batu. Tapi apakah kita lupa, mereka inilah yang menjaga dan memastikan keselamatan agar pemimpin pembangkang yang serba mewah dapat hidup tenang dan aman.

Lupakah kita betapa Ronnie Liu berkata tidak percayakan pihak polis, tetapi beliau lupa kerana adanya polislah beliau dapat berkereta untuk ke mana-mana.

Fikirkanlah betapa kita kejam kepada pihak keselamatan kerana ingkar arahan mereka supaya tidak menyertai perhimpunan tempoh hari.

Melayu jangan mudah lupa dan Melayu juga jangan malas berfikir - jangan menyokong membabi buta.

Insaflah dan fikirkan.


Tanjong Karang,
Selangor">

Monday, August 3, 2009

ORANG MELAYU DIPERKUDAKAN OLEH DAP



Siapa sebenarnya kuda kayu...

KEHADIRAN hanya 5,000 penyokong (20 ribu mengikut laporan oleh portal Malaysiakini) Gerakan Mansuh ISA (GMI) menyertai demonstrasi pada 1 Ogos yang lalu menjelaskan hanya sebilangan kecil sahaja rakyat Malaysia yang tidak mahu mengaku akan kesan positif dan keberkesanan ISA dalam memelihara keamanan negara.

Sasaran 100,000 pendemonstrasi seperti yang diuar-uarkan oleh penganjur GMI ternyata jauh menyimpang!

Seperti yang diduga majoriti yang terlibat dengan demonstrasi haram ini adalah orang Melayu. Gambaran awal GMI seolah-olah semua kaum dari gabungan lebih 80 NGO akan turun berdemonstrasi, namun terbukti kaum-kaum lain tersebut hanya berehat di rumah bersama keluarga sambil menikmati hidangan tengah hari, sedangkan pada masa yang sama terdapat segelintir Melayu sedang melakukan ‘kerja-kerja bodoh’!

Golongan Melayu ini juga tidak ubah seperti golongan Melayu “Mat Rempit” yang bodoh, sanggup mempertaruhkan nyawa demi menguji prestasi “mesin bodoh” ciptaan orang lain!

Saya ingin berpesan kepada Haji Hadi Awang, sekiranya beliau bercadang mengerahkan ahli-ahli Pas untuk menyertai apa-apa demonstrasi seterusnya, eloklah beliau berpesan kepada Lim Kit Siang agar sama-sama mengerah ahli-ahli DAP agar turun beramai-ramai.

Ia bagi memastikan tidak hanya ahli-ahli Pas merasai ‘nikmat’ meriam air dan gas pemedih mata pasukan FRU, sebaliknya ahli-ahli DAP juga patut menikmati kemeriahan ‘pesta air dan gas’ tersebut.

Namun mungkin apa yang berlaku itulah “keadilan” mengikut tafsiran PR. Askar-askar Melayu berkorban nyawa mempertahankan tanah air sedangkan sesetengah kaum pula hidup senang lenang, itulah keadilan.

Anggota polis berkorban nyawa menjaga keselamatan rakyat, malah kadang-kadang dituduh pembunuh oleh PR, sebaliknya ada pemimpin yang membela kongsi gelap, menghentak meja membentak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam yang merampas minuman keras!

Tetapi itulah konsep “keadilan” mereka! Trend terkini, wakil-wakil PR bukan Melayu akan mencetuskan idea penentangan dan orang-orang Melayu pula akan melakukan demonstrasi jalanan! Ini lagilah adil!

Bagaimanapun, alhamdulillah sokongan rakyat terhadap “kerja-kerja bodoh” ciptaan pembangkang ini semakin menurun dan apa yang boleh dikatakan kepada Anwar Ibrahim... Sudah sudahlah tu Anwar Ibrahim ooii!


Kota Sarang Semut, Kedah.


Putrakencana :

Sememangnya orang Melayu yang bersimpati dengan DAP ni telah diperkudakan oleh DAP untuk mencapai agenda Bangsa Pendatang ini untuk menguasai ekonomi dan politik di Tanah Melayu ini.

Kepada penyokong Melayu yang menyokong perjuangan DAP ini beringatlah sebelum terlambat. Jangan nanti anak cucu anda kencing di atas kubur anda semua.

Sunday, August 2, 2009

Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu


Anwar pengkhianat

Oleh SAHBULAH DARWI
pengarang@utusan.com.my

BATU PAHAT 2 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat besar terhadap perjuangan orang Melayu.

Timbalan Perdana Menteri turut menyifatkan Anwar sebagai pemimpin lidah bercabang kerana sanggup memutarbelitkan fakta mengenai usaha UMNO untuk memartabatkan orang Melayu.

“Dulu dia pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO seperti saya sekarang, tetapi dia sekarang menggunakan cara yang memperdayakan untuk memusnahkan perjuangan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini semalam.

Muhyiddin berkata, Anwar selaku Ketua Pembangkang kini menyebarkan dakyah untuk mencipta persepsi negatif terhadap usaha UMNO dalam mempertahankan hak keistimewaan Melayu dan institusi raja.

“Dia kata kepada semua orang bahawa UMNO zalim, tetapi beritahu saya sekarang dalam cara apa yang kita zalim? Kenapa dia tidak beritahu ini semasa dia jadi pemimpin kita?” soalnya.

Beliau mendedahkan taktik pembangkang mengulangi pembohongan hingga rakyat mempercayai penipuan itu.

“Hingga sampai ke tahap ini, orang menganggap apa yang dilakukan oleh UMNO adalah salah dan apa sahaja yang dilakukan kita tidak baik untuk rakyat.

“Maka semua kebaikan yang pernah kita lakukan membangunkan negara sejak 50 tahun lalu tidak lagi dihargai,” katanya.

Muhyiddin mengakui UMNO bukanlah parti yang tidak pernah melakukan kesilapan namun ia telah melakukan yang terbaik untuk menghapuskan rasuah, keangkuhan dan pengurusan yang tidak cekap.

“Tiada masalah untuk mengkritik kerana kita bukan maksum tetapi saya tidak boleh terima kalau pembangkang menghina dan tidak menghormati orang Melayu,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru ahli dan pemimpin UMNO mengubah persepsi negatif pembangkang terhadap parti dengan terus mendekati rakyat terutama di peringkat akar umbi.

Menurutnya, pendekatan itu jika dilakukan secara berterusan akan menyedarkan rakyat terhadap perjuangan ikhlas UMNO dalam membela nasib mereka terutama bangsa Melayu.

“Kita hanya mempunyai dua tahun untuk mengubah persepsi dan imej buruk itu,” katanya.

Menurutnya, UMNO juga bukan parti yang semata-mata mahukan undi rakyat pada setiap pilihan raya, tetapi untuk membela dan membangunkan mereka.

“Tetapi disebabkan dakyah serta pelbagai tuduhan pembangkang terhadap UMNO menyebabkan timbul persepsi buruk rakyat terhadap parti sejak kebelakangan ini,” katanya.

Ekoran itu, beliau berkata, tindakan segera perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mengembalikan semula keyakinan tersebut agar UMNO dapat terus berjuang untuk membela mereka.